fbpx
Now Reading
L’Oréal Paris Perkenal Maskara ‘Voluminous Panorama Waterproof’ Baharu

L’Oréal Paris Perkenal Maskara ‘Voluminous Panorama Waterproof’ Baharu

Maskara yang inovatif ini meluaskan mata pemakainya sebanyak 1.4 kali ganda, menjanjikan hasil yang bebas mendapan, serta rintang kelupas dan comotan sehingga 24 jam lamanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama kecantikan terkemuka L’Oréal Paris memperkenalkan inovasi terbaharunya: L’Oréal Paris ‘Voluminous Panorama Waterproof Mascara’, yang membawa orang ramai untuk menyingkap dunia dari sudut panorama.

Berlangsung di atas perkarangan yang berprestij, iaitu Aurum Theatre di The Exchange TRX, acara ini membawakan tayangan eksklusif filem ‘Divertimento’ yang menekankan komitmen L’Oréal Paris untuk memperkasakan wanita sejurus meraikan jati diri mereka.

Mencerminkan sofistikasi dan sari kecantikan Paris yang mendefinisikan jenama L’Oréal Paris, maskara yang inovatif ini meluaskan mata pemakainya sebanyak 1.4 kali ganda, menjanjikan hasil yang bebas mendapan, serta rintang kelupas dan comotan sehingga 24 jam lamanya.

‘Voluminous Panorama Waterproof Mascara’ membuatkan mata sang pemakainya tampak sinematik, selaras mencerminkan sebuah perspektif luar biasa yang hanya dibawakan oleh panorama.

Majlis pelancaran ini telah menarik perhatian para pengunjung dengan sesi-sesi interaktif yang serba imersif, termasuk sesi karpet merah dan percubaan produk yang eksklusif, membolehkan para tetamu mengalami pesona kecantikan sinematik sambil mengamati kuasa transformatif panorama.

Menerusi kerjasama dengan Alliance Française de Kuala Lumpur (AFKL), L’Oréal Paris juga telah membawakan keunggulan dunia pawagam Perancis ke Malaysia, memupuk sebuah kolaborasi yang bermakna dan berimpak. Usaha sama yang berpanjangan ini menonjolkan nilai-nilai yang dikongsi bersama seperti semangat untuk meraikan kecemerlangan artistik, kemasyhuran sinematik, dan pemerkasaan wanita melalui persilangan budaya.

Kemuncak kerjasama dan  acara ini telah membawakan tayangan eksklusif filem ‘Divertimento’. Diarahkan oleh Marie-Castille Mention-Schaar, pengarah terkemuka dari Perancis, filem ini menyingkap kisah Zahia dan Fettouma yang cuba mencabar norma sosial dan meluaskan perspektif mereka dalam dunia muzik klasikal.

Berlatarkan kota Paris pada tahun 1995, filem ini mempamerkan kuasa transformatif di sebalik kelincahan dan keazaman yang dipamerkan oleh dua adik beradik kembar ini.

Sambil kita merenung kembali tema-tema yang dipamerkan dalam filem ini yang merangkumi pemberdayaan dan penerimaan identiti unik masing-masing, L’Oréal Paris juga mempelawa anda untuk mendakap perspektif kecantikan yang lebih luas – memberi anda kuasa untuk mencorak naratif anda sendiri dengan citra keyakinan dan ketulenan.

Tayangan filem ini juga amat selari dengan misi L’Oréal Paris untuk meraikan diversiti serta menggalakkan setiap insan untuk mendakap jati diri mereka. L’Oréal Paris telah menekankan dedikasi tingginya terhadap usaha pemerkasaan wanita, menyuluh kepercayaan jenama ini dalam meraikan jati diri setiap insan. Menerusi cogan ikoniknya ‘#BecauseYoureWorthIt’, L’Oréal Paris menggalakkan para wanita untuk mendakap kecantikan dalaman serta jati diri mereka, mencabar stereotaip dan mengubah perspektif masyarakat.

“Voluminous Panorama Waterproof Mascara’ mempelawa anda untuk melihat kecantikan dalam segala dimensinya. Seperti kerjasama kami dengan Alliance Française de Kuala Lumpur yang meluaskan spektrum kebudayaan bersama, acara ini menyuluh komitmen L’Oréal Paris untuk memperkasakan para insan dan meraikan pengalaman unik serta jati diri mereka. Menerusi usaha sama ini, kita membawakan keunggulan dunia pawagam Perancis ke Malaysia, memberi inspirasi dan membarakan semangat para penonton. Kita sekali lagi menegaskan bahawa setiap insan layak mendakap identiti mereka yang unik dengan citra keyakinan dan ketulenan.” – Jaren Ong, Pengarah Pemasaran bagi L’Oréal Paris MYSG.

Acara ini telah menyaksikan kehadiran tetamu-tetamu istimewa, termasuk rakan-rakan industri, para pemegang tara, rakan-rakan media, dan personaliti media sosial, yang telah berhimpun berpandukan semangat apresiasi yang dikongsi bersama terhadap kecemerlangan sinematik serta pemerkasaan jati diri.

*L’Oréal Paris Voluminous Panorama Waterproof Mascara boleh didapati di saluran Shopee, Lazada, dan TikTok Shop milik L’Oréal Paris, termasuk outlet-outlet Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.