fbpx
Now Reading
Grab Malaysia Taja Lebih 180,000 Caruman SKSPS Rakan Grab Aktif

Grab Malaysia Taja Lebih 180,000 Caruman SKSPS Rakan Grab Aktif

Menurut Grab Malaysia, ini merupakan tambahan kepada GrabBenefits yang memberi akses kepada produk kewangan berpatutan dan sokongan peningkatan kemahiran kepada Rakan Grab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Grab Malaysia telah menyumbang kepada caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) untuk lebih daripada 180,000 rakan-pemandu dan penghantarnya.

Inisiatif ini sebahagian daripada kerjasama terbaharu Grab Malaysia bersama PERKESO untuk menyediakan perlindungan sosial kepada Rakan Grab. Ini di samping perlindungan kewangan dan peluang meningkatkan kemahiran di bawah program GrabBenefits oleh Grab Malaysia. 

Sejak April 2024, Grab Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM4 juta bagi pihak rakan-pemandu dan penghantar yang layak melalui inisiatif Caruman Padanan SKSPS Bajet 2024. Di bawah skim padanan ini, individu, atau syarikat yang memilih untuk menaja individu yang terlibat, akan mencarum 10 peratus manakala baki 90 peratus ditanggung oleh kerajaan. 

GrabBenefits – Memenuhi keperluan harian Rakan Grab

GrabBenefits merupakan program manfaat pertama seumpamanya bagi ekonomi gig di Malaysia. Terdiri daripada tiga fokus utama – Perlindungan, Simpanan, dan Akademi – program menyeluruh ini bertujuan untuk melindungi Rakan Grab serta keluarga mereka semasa dan selepas bekerja, membolehkan mereka untuk mengurus kewangan dan berjimat walaupun dengan kos operasi harian, sambil menawarkan program digital untuk peningkatan kemahiran berterusan mereka. 

Inisiatif dibawah GrabBenefits yang memberi tumpuan kepada Perlindungan dan Simpanan termasuk: 

  • Perlindungan Insurans

Sejak dari awal, Grab telah menyediakan insurans Group Personal Accident percuma untuk insiden yang berlaku semasa perjalanan dan Insurans Bulanan 24/7 (penambahan untuk rakan-penghantar). Pada tahun 2023, Grab telah melabur RM5.5 juta untuk menyediakan pelan perlindungan  percuma bagi semua rakan-pemandu dan penghantarnya. 

Selain itu, Grab juga telah membahagikan kos liputan tambahan, membolehkan Rakan Grab memilih untuk melindungi diri dan keluarga mereka melalui Personal Accident Plus Insurance (PA+). Pada tahun lepas, satu daripada 10 Rakan Grab telah memilih untuk mendaftarkan diri mereka, pasangan dan keluarga untuk perlindungan tambahan dengan PA+.

  • Advance Vouchers 

Rakan Grab mempunyai akses kepada pelbagai Advance Vouchers untuk membantu mengurus dan membiayai perbelanjaan dan kos operasi mereka seperti petrol, barangan runcit dan pembaikan kereta. Baucar ini boleh dibayar balik melalui pembayaran ansuran harian yang berpatutan, tanpa sebarang caj, dan tiada caj tersembunyi. Sehingga kini, Rakan Grab telah berjimat lebih daripada RM200,000 dalam bentuk pulangan tunai.

  • Grab Cash Financing-I

Grab Cash Financing-i adalah satu produk pembiayaan patuh Shariah yang diperkenalkan pada 2022 di mana Rakan Grab yang layak boleh memohon dan membayar dengan pembayaran balik harian yang berpatutan dan automatik. Pada tahun 2023, 54.3% daripada Rakan Grab yang layak telah memohon untuk produk pembiayaan patuh ini lebih daripada sekali dan menggunakannya untuk kegunaan peribadi (cth. penyelenggaraan rumah, bayaran pendahuluan kereta) atau penyatuan dan pembayaran balik hutang. 

Program GrabBenefits telah memberi impak positif yang besar terhadap para Rakan Grab, dan merupakan talian hayat kewangan yang tidak ternilai bagi mereka semasa dan selepas pandemik global. Bantuan kewangan yang disediakan oleh Grab Malaysia juga telah membantu mereka mencapai matlamat peribadi yang penting, membiayai perniagaan kecil sendiri, menyatukan dan membayar balik hutang serta menyumbang kepada pendidikan keluarga dan menampung perbelanjaan perubatan yang penting. 

Sebagai contoh, Patrick Chan, rakan-pemandu Grab sejak 2018 yang layak mendapat sokongan pembiayaan ini telah menggunakan produk pembiayaan patuh Shariah ini untuk melabur dalam peralatan bagi kegunaan perniagaan fotografinya. Baki dari pembiayaan ini juga telah disimpan dan digunakan untuk menguruskan perbelanjaan hariannya. 

Kak Leen, rakan-penghantar Grab sejak 2018 juga telah menggunakan produk pembiayaan patuh Shariah ini untuk membayar deposit motosikal anaknya, menyatukan hutang dan juga membina simpanannya dengan ASB.

Komitmen Grab Malaysia kepada rakan-pemandu dan penghantar membuktikan dedikasi syarikat untuk terus memperkasakan semua orang dengan produk kewangan yang mudah, telus dan fleksibel sambil mengubah landskap di Malaysia. Grab Malaysia juga berhasrat untuk terus membangunkan produk inovatif bagi memenuhi keperluan kewangan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.