Sunway Sanctuary Rai Ulang Tahun Pertama, Tawar Pelbagai Aktiviti Untuk Warga Emas
Sunway Sactuary turut memperkenalkan Sanctuary Club yang menawarkan pelbagai aktiviti dari segi kecergasa, aktiviti sosial, pendidikan mengikut tiga peringat keahlian iaitu Gangsa, Perak dan Emas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui setiap individu akan melalui fasa kitaran hidup dari bayi, kanak-kanak, dewasa dan kemudian warga emas.
Apabila sudah menjadi warga emas kebanyakannya sudah tidak lagi bekerja atas beberapa faktor seperti had umur, kemampuan dan banyak lagi.
Namun ramai juga sedar apabila sudah tua, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental dengan lebih serius.
Oleh itu, di masa kini ramai mula mencari pusat komuniti yang menawarkan pelbagai aktiviti yang dapat membantu mereka dari pelbagai sudut antaranya aspek kesihatan.
Sunway Sanctuary rai ulang tahun pertama
Antara pusat komuniti yang menawarkan aktiviti adalah Sunway Sanctuary yang menjadi rumah penjagaan warga emas terulung di negara ini.
Malah pada hari ini (6 Jun), Sunway Sanctuary meraikan ulang tahun pertamanya. Mereka dalam masa sama ingin mengetengahkan misi untuk mengalakkan kehidupan yang aktif di kalangan masyarakat yang sudah bersara.
Dalam tempoh setahun, Sunway Sanctuary telah menjadi pelopor kepada kehidupan persaraan berorientasikan gaya hidup untuk golongan Gen X di Malaysia yang semakin meningkat.
Malah dengan jumlah penghuni sebanyak 30% hingga 35% bagi tempoh tahun pertama ia secara tidak langsung telah menempatkan Sunway Sanctuary dalam kedudukan tersendiri.
Kejayaan ini telah menunjukkan trend yang semakin meningkat di kalangan warga emas yang mahukan gaya hidup selepas bersara yang lebih bertenaga selain memberi fokus terhadap kesihatan.
Bukan hanya itu, kualiti hidup yang tinggi di negara ini dan disokong dengan kadar pertukaran mata wang yang kompetitif telah membuatkan Malaysia antara destinasi persaraan pilihan terutama di kalangan warga Singapura.
Komited dengan persekitaran warga emas agar dapat jalani kehidupan yang lebih baik dan berkualiti
Menurut Pengarah Urusan Operasi Hospital & Penjagaan Kesihatan Sunway Healthcare Group, Dr Khoo Chow Huat mereka ingin menawarkan pilihan kepada warga emas yang mencari gaya hidup yang aktif serta sihat sewaktu di pasca persaraan.
“Kami komited untuk menyediakan persekitaran di mana warga emas boleh menjalani kehidupan segar, mengecapi kebebasan serta menikmati kualiti hidup yang diperkaya dengan perkhidmatan kesihatan dan aktiviti rekreasi yang mudah diakses.
“Terletak bersebelahan dengan Pusat Perubatan Sunway di samping perkhidmatan kesihatan komprehensif dan bersepadu kami iaitu Sunway Home Healthcare dan Sunway TCM Centre, warga emas akan berasa tenang kerana keperluan penjagaan kesihatan mereka dijaga dengan baik,” ujarnya.
Mendapat beberapa pengiktirafan anugerah
Malah apa yang lebih menarik Sunway Sanctuary turut mendapat beberapa pengiktirafan seperti:
- Anugerah Inovasi Eldercare ke-12 2024 di Singapura
- Anugerah Facility of the Year – Active Aging (berpusat)
- Anugerah Design of the Year – Dining Space
Kesemua pengiktirafan yang diterima ini adalah bukti Sunway Sanctuary menyediakan program inovatif yang dijalankan melalui ruang reka bentuk bermatlamat dengan menekankan keselesaan dan keselamatan.
Perkenal Sanctuary Club dan Care Stay Package
Selain itu, Sunway Sanctuary turut tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan Sanctuary Club yang mempunyai konsep kelab dinamik yang dapat memupuk komuniti, kesihatan, pembelajaran sepanjang hayat.
Ia juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti kelas kecergasan, aktiviti sosial, bengkel pendidikan, serta program kesihatan melalu tiga peringkat keahlian iaitu Gangsa, Perak dan Emas.
Bukan hanya itu, ia juga menawarkan ‘Care Stay Package’ iaitu Program Penginapan Jangka Pendek Warga Emas yang akan menyediakan persekitaran yang selamat serta menarik untuk warga emas apabila ahli keluarga mereka pergi melancong.
Malah ia turut menawarkan penginapan berserta pilihan makan dan terdapat pelbagai pakej bermula daripada beberapa hari, minggu termasuk tempoh yang lebih lama.
“Di Sunway Sanctuary, kami sentiasa berinovasi dan mengatur program yang meningkatkan
tahap kesihatan dan aktiviti warga emas kami.
“Bersempena ulang tahun pertama kami, Sunway Sanctuary akan terus menyediakan penjagaan luar biasa menerusi program inovatif yang meningkatkan kehidupan para penghuni kami,” jelas Pengurus Besar Sunway Sanctuary, Leonard Theng.
Baca artikel berkaitan: Sunway Sanctuary Dedah Kepentingan Kognitif & Kesejahteraan Mental Selepas Bersara