
5 Penginapan Indah Airbnb di Sabah & Sarawak Yang Pasti Buat Trip Anda Ke Borneo Sempurna
Daripada Gunung Kinabalu yang berdiri megah sehingga hutan tropika Sarawak yang memukau, apa kata rancang untuk meneroka tempat penginapan yang indah di Borneo ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan dari kita pasti gemar melancong dan mengembara ke mana sahaja. Jadi buat kaki travel pasti ramai yang sentiasa tidak sabar untuk merancang pengembaraan dan destinasi anda yang seterusnya.
Bersempena Hari Gawai dan Kaamatan yang baru sahaja berlalu, kami ingin memperkenalkan lima penginapan yang luar biasa di Sabah dan Sarawak sebagai inspirasi untuk percutian anda yang akan datang.
Daripada Gunung Kinabalu yang berdiri megah sehingga hutan tropika Sarawak yang memukau, apa kata rancang untuk meneroka tempat penginapan yang indah di Borneo ini.
Tidak kira anda mengidamkan percutian yang santai, atau hujung minggu yang dipenuhi aktiviti dan pengembaraan, tempat-tempat ini pasti menjadi kenangan indah buat anda sepanjang berada di Borneo.
#1 Arcadia Mount Kinabalu, Ranau, Sabah

Kabin indah, Arcadia Mount Kinabalu ini terletak di tengah-tengah kehijauan daerah Ranau. Ia dilengkapi pendiang api dan teres luar yang luas, ideal untuk untuk menghayati keindahan dan suhu nyaman Gunung Kinabalu bersama rakan dan keluarga.
·Penginapan ini menyediakan 4 bilik dan 4 bilik air (4r +4b) yang mampu memuatkan lapan orang tetamu.

#2 KTG Residence, Kundasang, Ranau, Sabah

Bayangkan menghirup kopi pagi anda atau menghayati bintang-bintang yang bergemerlapan di langit malam Sabah, sambil menikmati panorama bukit-bukau dari patio yang luas di KTG’s Residence.
Penginapan ini pasti menjanjikan percutian yang tenang dalam keindahan alam semula jadi Sabah.

#3 Bonheur Villa 135, Kota Kinabalu, Sabah

Inginkan percutian yang aman damai di Kota Kinabalu? Apa kata rancang percutian anda di Bonheur Villa 136, yang hanya 40 minit pemanduan dari pusat bandar.
Di sini anda boleh menikmati panorama bukit-bukau dan lautan sambil beristirahat di ruang yang luas dan selesa.
Vila tepi laut ini dilengkapi satu kolam renang peribadi dan pelbagai kemudahan moden, ideal untuk warga kota yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar.


#4 Ray’s Place, Kuching, Sarawak

Jika anda merancang percutian ke Kuching, janganlah terlepas peluang menginap di Ray’s Place, penginapan bandar yang menampilkan rekaan moden bagi melengkapkan percutian anda.
Rumah menawan ini menyediakan 4 bilik tidur dan 4 bilik air (4r + 4b) yang selesa untuk tetamu.

#5 The Lintang Corner, Kuching, Sarawak

Jika anda mahukan kehidupan kota yang disuntik dengan unsur alam semula jadi, Lintang Corner adalah tempat yang patut anda kunjungi.
Penginapan ini memaparkan estetika perindustrian dengan satu ‘hutan mini’, sekali gus menawarkan satu tempat beristirahat yang sempurna selepas anda menerokai pelbagai tarikan yang hebat di Kuching
Rumah dengan 5 bilik dan 5 bilik air (5r +5b) ini boleh memuatkan 15 tetamu dalam satu-satu masa.


Untuk lebih inspirasi percutian, layari www.airbnb.com