fbpx
Now Reading
Mydin Jalin Kerjasama Eksklusif Bersama Boost Bank Dengan Tawaran Lebih Menarik

Mydin Jalin Kerjasama Eksklusif Bersama Boost Bank Dengan Tawaran Lebih Menarik

Menurut Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, kerjasama ini bakal menawarkan tawaran istimewa khusus buat pelanggan MYDIN yang membuat pembayaran melalui Boost Bank.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa dahulu, urusan pembelian barang kebanyakannya hanya dibuat menerusi penggunaan wang tunai atau kad kredit.

Namun, kemajuan teknologi pada masa kini telah mengubah segalanya. Kini, pengguna mempunyai pelbagai pilihan urus niaga baik dari segi pembayaran ataupun urusan pembelian antaranya seperti pembayaran melalui QR Pay atau e-wallet melalui aplikasi perbankan digital.

Sebagai pengguna yang bijak, manfaat dan tawaran yang menguntungkan sering menjadi kriteria utama dalam membuat pemilihan penggunaan sesuatu aplikasi.

Tawar Diskaun & Penjimatan Buat Pelanggan

Terbaharu, rangkaian pemborong dan peruncit terkemuka tempatan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Boost Bank.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, kerjasama ini bakal menawarkan penjimatan dan tawaran istimewa khusus buat pelanggan MYDIN yang mendaftar dan membuat pembayaran melalui Boost Bank.

“Menariknya, menerusi kerjasama ini, pelanggan yang menggunakan Boost Bank berpeluang menikmati penjimatan eksklusif ketika mereka berbelanja di pasar raya kami.

“Antara promosi melibatkan barangan keperluan seperti gula pasir (harga asal RM2.85), Tepung Gandum (harga asal RM2.80), Sardin MyRasa (harga asal RM5.50) serta Roti Gardenia (harga asal RM4.00) yang dijual pada harga rata RM2.00 bagi setiap barangan tersebut bermula hari ini sehingga 23 Jun 2024,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya menggalakkan pengguna untuk membuat bayaran secara digital bagi mempercepatkan proses dan memudahkan proses bayaran di kaunter.

“Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati penjimatan dan keistimewaan yang ditawarkan Boost Bank,” jelasnya lagi.

Bantu Pelanggan Nikmati Pengalaman Perbankan Lebih Mudah

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank Fozia Amanulla berkata kerjasama strategik yang terjalin bersama MYDIN itu adalah bertujuan untuk memupuk inklusi kewangan dan mempermudahkan urusan perbankan untuk semua rakyat Malaysia.

“Melalui aplikasi Boost Bank, pelanggan MYDIN akan menikmati penjimatan yang lebih tinggi dan keistimewaan eksklusif seperti kadar faedah yang lebih tinggi melalui Boost Bank Savings Jars kami.

“Pengalaman perbankan digital tanpa batasan ini bertujuan untuk mengubah cara pelanggan berbelanja dan menguruskan kewangan mereka, menyediakan kemudahan dan faedah kewangan yang dipertingkatkan.

“Kami teruja untuk menawarkan penyelesaian kewangan yang inovatif kepada pelanggan setia MYDIN, memastikan mereka dapat membeli-belah dan melakukan urusan perbankan dengan mudah dan pantas,” katanya.

Tambah Fozia, jalinan kerjasama itu turut direalisasikan dengan DuitNow Online Banking oleh PayNet bagi memberikan pengalaman online transfer yang lancar dalam akaun Boost Bank.

“Selain itu, dengan Kad Debit yang akan datang dan sangat dinantikan daripada Boost Bank, yang dikuasakan oleh skim MyDebit oleh PayNet, pelanggan boleh menikmati akses yang lebih mudah dan selamat kepada dana bank digital mereka tidak lama lagi,” kata Fozia.

Tawaran Menarik Lain Turut Menanti Pelanggan

Kerjasama strategik yang terjalin ini turut menawarkan tawaran lain yang menarik buat pengguna.

Antaranya kadar faedah harian eksklusif sehingga 4% setahun khusus buat pelanggan MYDIN yang membuka akaun Boost Bank dengan deposit sekurang-sekurangnya RM2,000 ke dalam Savings Jars serta membuat pembelian sekurang-kurangnya RM50 menggunakan aplikasi Boost eDompet di mana-mana cawangan MYDIN bermula 13 Jun hingga 30 September 2024.

Pelanggan juga secara automatik akan menjadi Platinum President di aplikasi Boost Bank dan Boost eDompet namun pelanggan perlu memastikan Boost Bank dihubungkan dengan aplikasi Boost sebelum membuat transaksi.

Selain itu, pelanggan MYDIN yang membuka akaun Boost Bank juga layak menerima pulangan tunai RM10 melalui Partner Wallet di aplikasi Boost yang boleh diaktifkan melalui kod promo “BOOSTMYDIN”.

Namun, pulangan tunai ini tertakluk kepada pelanggan terawal yang menebus kod promo tersebut.

Buat anda yang belum mempunyai aplikasi Boost Bank, anda boleh memuat turun dan mendaftar akaun melalui App Store buat pengguna Apple dan Google Store buat pengguna Android.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.