fbpx
Now Reading
Shopee dan KKM Lancar Kempen Pek Kasih Mama

Shopee dan KKM Lancar Kempen Pek Kasih Mama

Menurut Shopee kerjasama strategik dengan KKM akan membantu meningkatkan akses kepada barangan penjagaan anak dan ibu yang mampu milik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Shopee Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pek Kasih Mama pada Sabtu, 15 Jun.

Shopee dalam satu kenyataaan berkata, inisiatif ini adalah untuk meningkatkan komuniti tempatan melalui teknologi dan menyediakan sokongan penting kepada para ibu di seluruh Malaysia.

Majlis yang diadakan di Dewan MPKS Puncak Alam ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad yang secara peribadi telah menyampaikan 300 pek penjagaan kepada ibu dan bakal ibu.

Menurut Shopee, sebanyak 1,000 pek penjagaan telah disediakan untuk kempen CSR ini. Baki 700 pek penjagaan akan diagihkan di pelbagai acara kerajaan di seluruh negara, termasuk Program Madani Afiat.

“Setiap Pek Kasih Mama dipilih susun dengan teliti yang merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu yang penting seperti lampin yang disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyusuan anak, dan produk penjagaan kulit yang selamat untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak.

“Melalui kerjasama strategik dengan KKM, Shopee membantu meningkatkan akses kepada barangan penjagaan anak dan ibu yang mampu milik.”

Kod QR akan diletakkan secara strategik di pelbagai acara kerajaan yang ditetapkan di seluruh negara, supaya para ibu mudah mendaftar secara percuma ke Shopee Mum’s Club yang membuka pelbagai faedah seperti baucar dan diskaun eksklusif, kandungan keibubapaan, tips dan nasihat keibubapaan melalui sesi Shopee Live, serta ciri-ciri lain yang direka untuk menyokong ibu sepanjang perjalanan keibubapaan mereka.

Apa itu Shopee Mum’s Club?

Shopee Mum’s Club adalah komuniti yang menyokong dan memperkasakan para ibu dengan akses pendidikan oleh pakar yang disampaikan melalui sesi Shopee Live informatif, di mana ia membentuk sokongan persekitaran di mana para ibu boleh berkongsi pengalaman dan belajar antara satu sama lain.

Sesi-sesi Shopee Live ini telah konsisten menyediakan maklumat penting tentang pelbagai topik keibubapaan dari pakar penjagaan anak. Antara topik yang telah distrim langsung adalah penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja, piawaian keselamatan kerusi kereta anak, menguruskan tantrum, psikologi warna untuk mencipta bilik anak yang menenangkan, dan memilih kereta sorong bayi yang betul.

Kelab ini akan terus menganjurkan sesi Shopee Live, dengan pelbagai topik keibubapaan membolehkan para ibu juga terlibat bersama dalam perbincangan terbuka dan melalui perjalanan sebagai seorang ibu bersama-sama. 

Menurut Dr. Dzulkefly Ahmad, kempen Pek Kasih Mama ini adalah mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong komuniti.

“Ia juga diharapkan dapat meringankan bebanan kos sara hidup keluarga. Shopee Mum’s Club adalah sebuah komuniti yang membolehkan ibu-ibu mendapat akses pendidikan daripada pakar. Sesi Shopee Live, yang menampilkan pakar penjagaan bayi dan kanak-kanak, menyediakan pandangan bernilai mengenai pelbagai topik keibu-bapaan. Sesi-sesi ini juga memudahkan perbincangan supaya ibu-ibu dapat berkongsi dan belajar antara satu sama lain.”

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit menekankan dedikasi Shopee untuk membawakan perbezaan bermakna melalui kuasa transformasi teknologi.

“Shopee komited menjadikan e-dagang mudah diakses dan bermanfaat untuk seluruh rakyat Malaysia, termasuk meningkatkan akses terhadap barang keperluan. Kerjasama kami dengan kerajaan, seperti inisiatif Pek Kasih Mama dengan kerjasama KKM ini membolehkan kami membawakan impak positif secara langsung kepada komuniti terutamanya kepada ibu dan keluarga. Melalui pek penjagaan keperluan dan sumber berharga di Shopee Mum’s Club, kami berusaha untuk membawakan sokongan segera dan berjangka masa panjang buat ibu-ibu di seluruh Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2019, Shopee Mum’s Club telah muncul sebagai tonggak sokongan untuk para ibu di seluruh Malaysia. Ini dapat dilihat melalui komitmen pelaburan berterusan melalui subsidi harga dan baucar untuk keperluan penjagaan ibu dan anak.

Menawarkan keahlian percuma dengan faedah eksklusif, termasuk baucar khas RM30 untuk ahli baharu dan baucar eksklusif RM20 untuk pengguna sedia ada*, Shopee berusaha untuk menyediakan penjimatan dan kemudahan yang signifikan kepada semua ibu. Melalui kerjasama dengan jenama bayi terkemuka, Shopee memastikan akses kepada produk berkualiti pada harga yang berpatutan, yang dihantar terus ke pintu ibu. 

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyertai Shopee Mum’s Club, tekan di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.