KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40
Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di 20 universiti awam di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sempena meraikan pembabitan lebih setengah abad dalam memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia dengan makanan yang enak dan detik-detik istimewa, KFC Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran Biasiswa KFC, satu peruntukan yang bertujuan untuk memperkasakan lebih 30 pelajar daripada komuniti kurang bernasib baik di Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
Peruntukan RM2.1 juta itu disasarkan kepada pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di salah satu daripada 20 universiti awam di Malaysia.
Selain yuran pengajian, biasiswa itu turut meliputi elaun sara hidup bulanan dan baucar makan KFC.
Permohonan untuk biasiswa itu dibuka pada 28 Mei melalui laman sesawang KFC dan lebih 500 permohonan diterima setakat ini.
Pelajar yang telah menerima surat tawaran daripada universiti awam Malaysia boleh memohon program biasiswa itu di sini sehingga tarikh tutup pada 31 Julai 2024.
Menurut kajian yang dijalankan oleh USCI Poll Research Centrepada tahun 2023, hanya separuh daripada 1,000 calon SPM yang ditinjau merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Antara alasan yang diberikan oleh mereka termasuk kekangan kewangan yang menjadi halangan ketara: 32% menyatakan pinjaman pelajar sebagai penghalang, dan 32% lagi menyatakan yuran pendidikan yang tinggi.
Biasiswa KFC bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan memperkasakan pelajar untuk fokus pada pelajaran mereka.
Kenaikan kos sara hidup dan yuran pendidikan menjadi cabaran kepada kebanyakkan keluarga, terutama mereka yang berada dalam komuniti yang kurang mendapat perhatian untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka.
“Pendidikan adalah modal penting dalam kehidupan,” kata Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.
“Sebagai pengendali rangkaian makanan segera terbesar di Malaysia, kami di QSR Brands menggunakan kelebihan kami untuk mengubah kehidupan masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik dan mewujudkan masyarakat yang lebih saksama. Biasiswa KFC mencerminkan komitmen kami untuk melabur dalampembangunan komuniti dan memperkasa generasi pemimpin masa depan. Dengan mengurangkan halangan kewangan, kami berhasrat untuk membuka pintu yang lebih luas kepada pendidikan berkualiti dan membina peluang ekonomi untuk masa depan.”
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands,Nehchal Khanna berkata, “Pendidikan penting untuk menyediakankehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dan kami berharap melalui program biasiswa ini, kami akan membuka laluan yang lebih cerah untuk pemimpin masa depan negara.”
Biasiswa KFC adalah lanjutan daripada Add Hope Foundation, cabang kebajikan KFC Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan masyarakat. Dengan menyalurkan sumber ke dalam bidang pendidikan, KFC Malaysia berhasrat untuk meningkatkan aspirasi akademik pelajar serta memupuk masa depan yang lebih cerah untuk mereka dan negara.
“Di KFC Malaysia, kami percaya dalam mewujudkan impak positif dan berkekalan kepada masyarakat,” kata Ketua KFC Malaysia Chandrasagran Munusamy.
“Melalui pelancaran Biasiswa KFC yang pertama ini, kami melabur untuk masa depan Malaysia dengan memperkasakan generasi muda dengan asas yang mereka perlukan untuk mengatasi halangan sosial dan ekonomi untuk menggapai impian mereka dan menyumbang kepada pembangunan negara. Kami berharap dapat memberi impak kepada lebih ramai golongan belia Malaysia pada tahun-tahun akan datang.”
Permohonan Biasiswa KFC akan terus dibuka sehingga 31 Julai. Pelajar yang disenarai pendek akan mengambil bahagian dalam proses saringan dan pemilihan oleh panel yang terdiri daripada pengurusan QSR Brands. Biasiswa itu akan diberikan kepada 30 pelajar yang akan menerima bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda sehingga tempoh empat tahun.
Biasiswa KFC diwujudkan atas komitmen berterusan QSR Brands terhadap program pembangunan dan peningkatan komuniti. Melalui Program Add Hope dan KFC Feeding, KFC Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM32 juta sejak tahun 2007. QSR Brands juga baru-baru ini menyatakan komitmen mereka dengan ikrar sebanyak RM2 juta untuk memerangi kelaparan kanak-kanak dalam menyokong pelajar kurang bernasib baik di 28 sekolah di Malaysia.
Siapa Yang Boleh Memohon?
- Pelajar dari keluarga B40 yang berumur di antara 18 hingga bawah 21 tahun semasa pemohonan. Telah menerima surat tawaran tanpa syarat dari universiti awam Malaysia.
- Mendapat keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya 6A (gabungan A dan A+) dengan A atau A+ dalam mata pelajaran asas berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah.
- Mendapat keputusan STPM, Asasi atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0.
- Mendapat keputusan STAM di tahap Jayyid Jiddan dan PNGK minimum 3.0.
Pelajar warganegara Malaysia yang berminat digalakkan melayari laman biasiswa di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa KFC, termasuk kriteria kelayakan, proses permohonan dan tarikh akhir.