Kempen Derma Darah Bersama Warga Klang Berjaya Kumpul 621 Beg Darah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kempen Derma Darah 2024 anjuran 99 Speedmart dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berjaya mengumpul 621 beg darah.
Ini jauh melebihi sasaran awal iaitu sebanyak 600 beg darah.
MBDK dalam satu kenyataan berkata, Kempen Derma Darah itu yang berlangsung di Dewan Hamzah, Klang pada Sabtu (6 Julai) turut dihadiri lebih 1,000 peserta yang mendaftar bagi tujuan menyokong kempen berkenaan.
Datuk Bandar MBDK, TPr. Datin Paduka Noraini Roslan hadir seawal jam 9.00 pagi bagi merasmikan acara bersama Y.A.D Tengku Dato’ Setia Putra Al Haj Bin Almarhum Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah dan Y.A.D Dato’ Setia Hj Mohammed Khusrin Hj. Munawi.
Kehadiran Pengarah Bomba Selangor, YS PKPjB Wan Razali Wan Ismail, Yang Setia PKPjB (K) Baba Jace bersama Ketua Balai Bomba Kota Raja disambut oleh Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang.
“Terima kasih kepada para penderma yang sudi membantu golongan yang memerlukan,” kata MBDK dalam kenyataan sama.