fbpx

Naratif ESG Malaysia Dirangsang Dengan Platform Analitik Berita Oleh publiCT.io

Pengenalan platform ini merupakan respon publiCT.io terhadap permintaan kepada alat komunikasi ESG yang khusus, yang mengutarakan beberapa ciri utama sseperti AI dan Analisis katakunci ESG.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

publiCT.io, sebuah syarikat permulaan teknologi perhubungan awam (PR) yang ulung di Malaysia memperkenalkan ESGNewslytics.AI, sebuah platform yang direka bentuk untuk menambahbaik cara syarikat-syarikat menganalisis liputan berita yang berkaitan dengan topik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Berlangsung sebelum pelancarannya, satu perbincangan panel bertajuk ‘Penceritaan untuk ESG: Impak daripada Naratif yang Kuat’. Lebih daripada 250 orang hadir dari pelbagai sektor telah mendapat perspektif berharga daripada pakar industri dalam bidang kelestarian, PR, media dan komunikasi seperti Philip Ling, Ketua Kelestarian, CelcomDigi, Syed Mohammed Idid, Pengurus Besar, Komunikasi Strategik & Keterlibatan Pemegang Kepentingan di West Coast Expressway (WCE) dan Chia Ting Ting, Ketua Pegawai Eksekutif FG Media.

“Sesi panel ini akan memulakan pelbagai perbincangan penting mengenai kepentingan naratif strategik bagi ESG. Dengan memanfaatkan data, ESGNewslytics.AI  direka bentuk untuk membolehkan syarikat menyelaraskan naratif mereka secara lebih berkesan dengan nilai korporat dan jangkaan pemegang kepentingan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas publiCT.io, Manminder Kaur Dhillon pada pelancaran itu.

Pengenalan platform ini merupakan respon publiCT.io terhadap permintaan kepada alat komunikasi ESG yang khusus, yang mengutarakan beberapa ciri utama iaitu:

  1. AI dan Pembelajaran Mesin bagi Pengekstrakan Data: ESGNewslytics.AI  menggunakan AI dan teknik pembelajaran mesin untuk mengekstrak data yang relevan secara tepat dan efisien, dan memastikan pengguna mempunyai akses kepada maklumat paling penting dan terkini. 
  2. Analisis Katakunci ESG: Platform ini menganalisis kandungan berita bagi katakunci berkaitan ESG, dan menyediakan laporan kepada frekuensi dan konteks bagaimana syarikat disebut berkaitan dengan katakunci berkenaan, seterusnya meningkatkan pemahaman kepada naratif ESG syarikat berkenaan.
  3. Analisis Perbandingan: ESGNewslytics.AI  membolehkan pengguna membuat perbandingan jejak berita ESG bagi syarikat-syarikat yang berbeza. Ia menawarkan tul analisis persaingan untuk memahami bagaimana kedudukan syarikat berbanding dengan syarikat lain dari segi liputan berita ESG, yang seterusnya membolehkan penempatan strategik dilakukan. 
  4. Analisis ESG Meliputi Seluruh Sektor: Platform ini membolehkan penelitian terhadap trend dan liputan berita ESG di dalam sektor perniagaan yang spesifik.
  5. Penjana Kandungan ESG dikuasakan AI: Platform ini mengenalpasti katakunci ESG yang paling kurang disebut di dalam berita bagi jenama berkenaan dan menjana cadangan kandungan strategik. Ini akan membantu jenama untuk membina naratif ESG melalui laporan yang disasarkan dan berasaskan data, seterusnya mengukuhkan impak ESG mereka.

ESGNewslytics.AI, dibina dengan algoritma AI termaju, memberi khidmat kepada keperluan khusus ahli komunikasi, pelabur dan pengamal undang-undang. Dengan menganalisis data berita ESG yang luas, ia menyediakan laporan tepat-masa, spesifik bagi sektor dan analisis industri, dengan memberi tumpuan kepada topik ESG yang penting.

“Untuk mengelak berlakunya “greenwashing” dan “greenhushing” (maklumat palsu mengenai produk mesra alam), data adalah penting untuk memacu naratif yang telus dan tulen. Ia bukan sahaja akan meningkatkan nilai pemegang saham dan menarik pelabur, tetapi juga meletakkan syarikat korporat Malaysia sebagai peneraju dalam amalan lestari dan seterusnya mengukuhkan pewujudan nilai jangka panjang,” kata Manminder.

Seterusnya, platform ini juga membolehkan syarikat-syarikat untuk mewujudkan startegi ESG yang lebih baik dengan menganalisis katakunci mengenai jenama mereka di dalam laporan berita, tambah Manminder.

“Analitik platform ini menawarkan syarikat-syarikat pandangan kritikal untuk menilai semula dan menambahbaik strategi ESG mereka. Dengan menganalisis liputan berita mengenai katakunci ESG yang relevan, syarikat-syarikat boleh mengukur keberkesanan inisiatif semasa dan mengenalpasti bidang yang perlu ditambahbaik.”

“Matlamat semasa kami adalah untuk membantu syarikat berhad (PLC) di Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk membina naratif ESG berasaskan data.” 

Dengan mengutarakan sinergi antara ESGNewslytics.AI dan liputan media yang dijamin yang disediakan oleh publiCT.io, Puspavathy Ramaloo, pengasas bersama kepada syarikat pemula, menyatakan bahawa kombinasi ini penting dalam merealisasikan visi syarikat untuk menyediakan penyelesaian PR yang komprehensif. 

“Dengan pengenalan ESGNewslytics.AI dan platform sedia ada kami yang menjamin liputan media, publiCT.io, kami telah melengkapkan penyelesaian PR dari awal ke akhir, dengan matlamat menjadikan kami sebuah gedung PR yang unggul di rantau ini. Pendekatan serampang dua mata ini memastikan pelanggan kami tidak hanya dilengkapi dengan laporan yang dipacu AI terkini mengenai trend berita berkaitan ESG, tetapi juga mendapat manfaat daripada liputan media yang dijamin untuk menyampaikan naratif mereka secara berkesan.”

Syarikat permulaan ini mencatat pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun 84.5% pada 2023, bukti kepada dedikasi terhadap inovasi dan peneraju dalam sektor teknologi PR. Mengenai strategi masa depan dan perluasan pasaran, Manminder menekankan trajektori syarikat terhadap pertumbuhan eksponen melalui peluang pelaburan baru yang strategik dan fokus yang kukuh kepada pembangunan teknologi terkini.

Dengan memanfaatkan pelaburan dan mengutamakan inovasi dalam industri teknologi PR/media, syarikat ini bermatlamat untuk meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkannya dan meluaskan perkhidmatan di pasaran serantau yang sedang membangun.

Untuk maklumat lanjut mengenai ESGNewslytics.AI dan publiCT.io, sila layari di sini dan sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.