Selain Blackthorn & Musang King, Ini Antara Durian ‘Underrated’ Yang Korang Patut Cuba!
Jenis-jenis durian ini juga memiliki satu profil rasa serta tekstur unik!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bila sebut sahaja Durian atau turut digelar ‘Raja Buah’, memang ramai yang menggemarinya khususnya penduduk di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, dan banyak lagi.
Pendek kata, kalau setibanya musim, berebut-rebut semuanya.
Dengan musim durian yang kini sedang ‘hangat’ berlangsung di Malaysia, bukan hanya ‘Raja Buah’ popular je yang patut mendapat perhatian.
Di sebalik populariti durian Black Thorn, D24, dan Musang King, terdapat juga variasi durian lain yang kurang dikenali dari seluruh negara namun sebenarnya tidak kurang hebatnya dengan apa dengan yang sering dinikmati ramai.
Dan setiap satu dengan profil rasa serta tekstur unik, ‘permata’ tersembunyi ini menanti kaki durian di luar sana untuk dinikmati bersama.
Dari Johor ke Pulau Pinang yang dikenali sebagai ‘syurga makanan’ dan landskap subur di Pahang, setiap wilayah mempunyai variasi duriannya sendiri.
Tapi jangan risau, durian yang dimaksudkan ini masih berlemak dan sedap. Percayalah.
GrabMart Destinasi Tepat Untuk ‘Hantu’ Durian
Sama ada anda ingin menerokai variasi durian yang kurang dikenali atau menikmati kegemaran klasik musim durian ini, GrabMart adalah destinasi pilihan korang! Lebih menarik lagi, dengan kempen tahunan GrabDurian yang berlangsung ini, korang boleh menikmati diskaun hingga 50% untuk varian durian kegemaran daripada senarai peniaga yang mengambil bahagian seperti:
- DurianMan
- DKing
- Berkeley Durian
- Sinnaco Durian Specialist, dan banyak lagi!
Jom kami ringkaskan serba sedikit tentang beberapa varian durian unik yang boleh korang nikmati:
Terokai Durian Yang Kurang Terkenal (Underrated) Di Malaysia!
#1. Johor
Terkenal dengan durian “Sultan” yang juga dikenali sebagai D24, negeri di selatan Semenanjung ini mempunyai banyak khazanah varian durian yang unik.
Sebagai contoh: Durian IOI dari Muar, Johor.
Meskipun saiznya kecil, durian ini menawarkan rasa manis dan tekstur berkrim. Dengan rasa buah yang kuat dan warna oren yang hampir sama, durian ini sering disalah anggap sebagai D101 – satu lagi varian durian yang dicari-cari dari Johor.
Dikenali dengan rasa pahit manis yang disukai rakyat Malaysia, durian D101 menonjol dengan dagingnya yang sedikit kering berbanding durian lain. Ia adalah kegemaran di kalangan mereka yang lebih suka tekstur kurang berkrim dan profil rasa seimbang.
#2. Pulau Pinang
Walaupun Pulau Pinang terkenal dengan durian “Udang Merah”, pulau ini turut menawarkan pelbagai lagi jenis durian yang menarik. Terokai durian “Hor Lor” iaitu satu permata tersembunyi yang semestinya memikat.
Nama tersebut diberikan oleh kerana bentuknya yang unik seperti labu.
Durian Hor Lor adalah satu keindahan deria, menawarkan rasa manis dengan sedikit pahit. Dagingnya berkrim dan berwarna kuning muda, satu visual yang menarik yang sepadan dengan rasanya yang memikat. Tambahan pula, dengan bijinya yang kecil hingga sederhana, terdapat lebih banyak daging yang lazat untuk dinikmati!
#3. Pahang
Selain terkenal dengan durian “Musang King”, Pahang juga mempunyai durian “Mas Hijau” atau “Emas Hijau”. Varian durian ini menonjol dengan isinya yang berwarna kuning keemasan.
Tetapi bukan hanya tentang estetik, ya.
Daging durian Mas Hijau adalah tebal, lembut, dan berkrim, menawarkan tekstur mewah. Selain itu, durian Beserah yang dikenali dengan isi berwarna kuning keemasan yang padat dan berkilat, menggabungkan manis dengan sedikit pahit, menjadikannya buah yang menjadi gilaan ramai.
Walaupun dengan harga yang agak ‘keras’, ia terus mendapat permintaan tinggi.
Varian durian ini juga dikatakan dapat mengatasi rasa durian premium seperti Musang King dan Black Thorn.
Nak Rasa Sesuai Yang Lebih Unik?
Korang rasa berani tak untuk mencuba sesuatu yang baharu? Ha, GrabFood juga menawarkan pelbagai kombinasi durian yang menarik, ya. Jom cuba Durian Lassi eksotik dari Big Singh Chapati, Durian Burger inovatif dari KGB, atau hidangan Nasi Goreng Durian enak dari Cauli and Rice.
Fuh, dengar pun terliur.
Sama ada korang ini peminat tegar durian atau ‘kaki makan’ yang bersifat ingin tahu, terdapat pelbagai jenis durian di seluruh dunia durian yang menanti korang.
Jadi, kenapa tunggu lagi?
Ayuh selami pengembaraan durian hari ini, dan rasai ‘Raja Buah’ lain daripada yang lain dengan kempen #ApaSajaDurian bersama GrabMart! 😀
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bahan Terbaik Untuk Hilangkan Bau Durian Dengan Cepat. Penggemar Raja Buah Wajib Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bahan Terbaik Untuk Hilangkan Bau Durian Dengan Cepat. Penggemar Raja Buah Wajib Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: 7 Pantang Larang Lepas Makan Durian, Jangan Ambil Mudah
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)