
Kolaborasi Mokky’s Pizza X PMC Hasilkan Baju Eksklusif Menarik [Video]
Pengasas Bersama Mokky’s Pizza, Azfar Abdul Aziz berkata idea untuk kerjasama ini muncul kerana PMC adalah pemain utama dalam komuniti streetwear.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Restoran tempatan, Mokky’s Pizza telah mengembangkan lagi sayapnya dalam dunia perniagaan makanan dengan melakukan kolaborasi sulung mereka bersama jenama streetwear terkenal, Pestle & Mortar Clothing (PMC).
Bagi meraikan perkongsian ini, sebuah acara tertutup telah diadakan di Mokky’s Pizza cawangan Bukit Tunku pada 23 Julai lalu pada jam 7 hingga 10 malam.
Acara ini dihadiri oleh media, influencer, pelanggan VIP, dan rakan-rakan. Tetamu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk ‘Customize Your Own Pizza Toppings’ dan ‘Draw Your Dream Pizza Box’.

CEO Mokky’s Pizza bangga bekerjasama bersama PMC
Ketua Pegawai Eksekutif Mokky’s Pizza, Umar Abdul Aziz berkata, beliau sangat berbangga dengan projek kerjasama antara restoran terbabit bersama PMC.
“Kami tidak menyangka dapat menguruskan acara yang begitu berjaya semasa kami meraikan ulang tahun pertama sejak memulakan perniagaan pada Julai 2023.
“Kami pasti akan menjalin lebih banyak kerjasama pada masa hadapan untuk memastikan jenama kami dikenali secara meluas,” katanya.
Kenapa Mokky’s Pizza pilih PMC untuk berkolaborasi?
Sementara itu, Pengasas Bersama Mokky’s Pizza, Azfar Abdul Aziz berkata idea untuk kerjasama ini muncul kerana PMC adalah pemain utama dalam komuniti streetwear.
Menurutnya lagi, jenama itu sendiri yang mempunyai peminat yang kuat di dalam negara ini jugu menjadi penyebab Mokky’s memilih PMC sebagai rakan kerjasama mereka.
Kolaborasi ikonik bersama PMC
Kolaborasi yang inovatif ini menampilkan cetakan dan reka bentuk ikonik baju, kotak dan kertas pelapik pizza yang menggabungkan cerita-cerita unik dari sejarah 14 tahun Pestle & Mortar Clothing.
Lebih daripada sekadar fesyen, kerjasama antara kedua-dua jenama tempatan ini meraikan budaya, masakan, dan komuniti.

Koleksi eksklusif Mokky’s Pizza X PMC
Koleksi baju Mokky’s Pizza X Pestle & Mortar Clothing dijual pada harga RM119. Koleksi eksklusif ini akan tersedia secara offline di cawangan Mokky’s Bukit Jelutong mulai 27 Julai 2024, jam 11 pagi.
Sebanyak 150 t-shirt eksklusif akan tersedia untuk dibeli pada harga RM119 setiap satu. 100 orang pelanggan pertama juga akan menerima keychain Mokky’s x PMC secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @mokkyspizza dan @pestelmortarclothing di Instagram untuk kemas kini dan pengumuman terkini.
Mokky’s Pizza bukan lagi nama asing dalam dunia makanan tempatan
Untuk info, Mokky’s Pizza & Coffee bukan lagi nama asing dalam dunia makanan tempatan, ia dikenali ramai kerana dedikasinya terhadap kualiti dan piza gaya New York yang autentik, pizeria ini dengan pantas menjadi kegemaran komuniti.
Ia mula diitubuhkan pada tahun 2022, pasca pandemik COVID-19, Mokky’s Pizza telah mengembangkan kehadiran pasaran dengan ketara.
Pada Julai 2023, syarikat ini mengalami perubahan besar dengan pelancaran cawangan pertama di Bukit Jelutong sebelum membuka cawangan kedua di Bukit Tunku pada 1 Jun lalu.
Pengembangan ini didorong oleh usaha kolaboratif empat rakan kongsi yang berdedikasi, semuanya bekerja bersama-sama untuk memastikan kejayaannya.