fbpx
Now Reading
Cuaca Panas Tak Halang Ribuan Pengunjung Dalam & Luar Negara Banjiri Art of Speed 2024 [Video]

Cuaca Panas Tak Halang Ribuan Pengunjung Dalam & Luar Negara Banjiri Art of Speed 2024 [Video]

SoundCircus Takeover bagi AOS 2024 ini juga diadakan di dalam Dewan A dengan penampilan beberapa band popular seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (28 Julai), berakhir sudah acara terulung kustom kulture, Art of Speed (AOS 2024) ke-13 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang sejak Sabtu lalu (27 Julai).

Acara tahun ini yang bertemakan ‘Stop The Violence’ itu mendapat sambutan yang hangat sepanjang dua hari ia berlangsung dengan kehadiran ribuan orang dari dalam dan luar negara.

Sudah menjadi tradisi, AOS akan menjemput tetamu-tetamu antarabangsa yang ulung dalam ‘genre’ kustom untuk bertemu dan beramah-mesra dengan para pengunjung yang hadir.

Tahun 2024 memperlihatkan tetamu yang lebih ramai lagi, termasuklah:

  1. Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES; Japan
  2. Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari Fat Five Racing
  3. Katie’s Customs, Jepun yang menampilkan motosikal kustom Vincent Black Shadow.
  4. STOOP Motorcycles, Jepun – menampilkan Harley-Davidson Panhead kustom milik Masato Ikemori
  5. EVILACT, Jepun – menampilkan Harley-Davidson Knucklehead EL 1947 milik Minato Yamamoto
  6. Nigel Petrie dari Engineered To Slide, Australia
  7. Spinny, Thailand – Pemenang Best European Custom Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024
  8. Little Boy Cycles, Thailand – Pemenang Best of Show di Bangkok Hot Rod Show 2024
  9. Dino Dalle Carbonare & Alexander Iain dari Speedhunters.com, Global
  10. ONE LOW, Masashi Tasaki, Jepun
  11. Tengku Djan Ley, The Prince of Drift
  12. Makoto dari Makoto M&K Custom Signs, Jepun
  13. 2 Percenter, Jepun
  14. Masanari Kobyashi dari Jepun
  15. Burnout Magazine, Jepun
  16. Majalah Vibes, Japan
  17. Majalah Ignite, Thailand
  18. Cynar, Jepun
  19. Mow, Australia
  20. Choppajoop, Singapura
  21. Sixty Sick Paintlab, Indonesia (kumpulan kolektif 15 artis ‘pinstripe’)
  22. Fahmi Freeflow, Indonesia
  23. Mill Art, Indonesia
  24. Mr. Pinman, Thailand
  25. Irvine Jasta, Indonesia
  26. Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapore
  27. Bangkok Hot Rod Show, Thailand
  28. Mooneyes Bangkok, Thailand
  29. Kustomfest, Indonesia
  30. Borneo Kustom Show, Brunei
  31. BBQ Ride, Indonesia
  32. Wicked Wallop, Singapore
  33. Ya Seat, Thailand
  34. Wheelspin, Thailand
  35. Von Dutch, Indonesia

BuzzKini amat berpuasa hati hadir ke AOS 2024 sepanjang dua hari berlangsung

Team BuzzKini sebagai rakan media turut hadir acara terbesar ini selama dua hari berturut-turut. Boleh dikatakan setiap sudut pameran yang kami pergi semuanya menarik perhatian dan memukau mata.

Para pengunjung yang hadir bukan hanya disajikan dengan pameran ribuan kenderaan diubahsuai sahaja, malah terdapat juga pelbagai aktiviti-aktiviti yang boleh disertai untuk orang dewasan mahupun golongan kanak-kanak.

Maka tidak hairanlah jika Art of Speed Malaysia edisi ke-13 ini juga dihadiri oleh pengunjung berkeluarga dari serata dunia.

Berikut, aktiviti yang diadakan sepanjang AOS 2024 ini:

AOS Invitational Build-Off

AOS Invitational Build-Off tahun ini menampilkan 10 orang pembina automotif yang bertanding untuk hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (pilihan awam).

Kesemua pilihan juri dan pilihan umum telah sebulat suara menobatkan Irwann Cheng dari FNG Works sebagai pemenang dengan binaan RXZ Twin Boss V2 yang menakjubkan.

FNG Works membawa pulang wang tunai tersebut dan akan menghantar motosikal kustom mereka ke Jepun untuk 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show bagi pemenang pilihan juri.

The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia

The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia kembali lagi ke Dewan C untuk peminat-peminat dan pengumpul jenama die-cast.

AOS 2024 merasmikan pelancaran modal die-cast eksklusif konvensyen pertama dari Mattel untuk Malaysia bersama-sama Pengurus Pereka Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.

AOS 2024 x Selangor FC, MB Selangor turut hadir rasmikan kolaborasi

Lebih menarik lagi, AOS tahun ini juga telah berkolaborasi bersama Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen yang sedang berjalan iaitu ‘Stop The Violence’.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut hadir semalam untuk merasmikan kolaborasi itu dan diberi lawatan khas sekitar AOS 2024.

Aktiviti tambahan AOS 2024 merangkumi:

  • Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  • Food Park – Vendor dan foodtrucks
  • Bazar vintaj automobil
  • Pelancaran produk di atas pentas
  • Test Ride Zone untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain)

Konsert SoundCircus Takeover sajikan persembahan pelbagai band popular

Antara acara keramat bagi AOS semestinya konsert SoundCircus yang menjadi kegilaan ramai terutamanya golongan muda.

Bagi tahun ini, SoundCircus Takeover diadakan di dalam Dewan A, berbeza berbanding tahun sebelumnya yang dilakukan di luar dewan (outdoor).

Barisan kumpulan yang membuat persembahan juga tidak kurang hebatnya dengan penambilan beberapa band muzik ternama seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi.

Pengunjung sertai cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik

Akhir sekali, para pengunjung juga diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah. Pada hari Sabtu, hadiah cabutan bertuah iaitu perjalanan berbayar ke Jepun untuk menghadiri 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 telah dimenangi oleh Fitri Wahyudi B Suparno.

Pada hari Ahad pula, hadiah utama untuk AOS 2024 kali ini adalah sebuah Honda Jazz yang telah dimodifikasi hasil kerjasama antara AOS X QARTEL TV dan ia dimenangi oleh Muhammad Farish B Mohd Fadzil.

Jelas, para pengunjung bukan hanya dapat mencuci mata dengan pelbagai koleksi kereta dan motosikal rare atau menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sahaja, malah mereka turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Pemenang-pemenang kategori Best of Show untuk kereta dan motosikal telah memenangi hadiah pakej pelancongan sebagai Tetamu Khas ke 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show.

Pa’Din Musa dinobat pemenang Best of Show Motorcycle AOS 2024

Dalam pada itu, Anugerah Khas AOS bagi kategori Best of Show Motorcycle pula dimenangi oleh Pa’Din Musa dengan model motosikalnya iaitu Harley-Davidson Shovelhead 1969.

Pa’Din Musa atau nama sebenarnya Ahmad Fadzil Musa merupakan seorang legenda pemain papan selaju (skateboard) Malaysia.

Beliau pernah mengharumkan nama negara dengan menjuarai Asian X Games sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 di Phuket, Thailand dan tahun 2004 di Kuala Lumpur.

Para pengunjung puas hati dengan Art of Speed tahun ini

Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan acara AOS 2024 ini, malah rata-rata pengunjung yang kami temui turut memaklumkan perkara sama.

Kebanyakan pengunjung yang hadir berkata mereka sangat seronok meluangkan waktu bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang hari di sana.

Jika tiada aral melintang, insya-Allah Art of Speed akan kembali lagi pada tahun hadapan pula, jadi korang jangan lepaskan peluang berharga ini untuk sama-sama memeriahkan lagi acara terbesar di Malaysia itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.