fbpx
Now Reading
UNDEFEATED Buka Cawangan Di The Exchange TRX, Pertama Di Asia Tenggara [Video]

UNDEFEATED Buka Cawangan Di The Exchange TRX, Pertama Di Asia Tenggara [Video]

Butik NDEFEATED ini akan berfungsi sebagai hab komuniti, dengan reka bentuk modular yang membolehkan penganjuran aktiviti perhimpunan, pengaktifan jenama, dan pelancaran produk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lalu, jenama pakaian sukan terkenal dari Amerika Syarikat (AS), UNDEFEATED mengumumkan pembukaan cawangan pertamanya di Asia Tenggara di The Exchange, TRX Kuala Lumpur.

Dibuka secara rasmi pada 26 Julai lalu, ia menandakan penampilan pertama UNDEFEATED di rantau ini yang meliputi kawasan dua tingkat dengan keluasan 9,083 persegi selain turut merangkumi ruang jualan, ruang acara, serta kafe.

Diinspirasi daripada reka bentuk Asia, hadir dengan elemen kayu dan batu

Diinspirasikan oleh reka bentuk Asia, UNDEFEATED Kuala Lumpur menampilkan elemen seni bina berasaskan kayu dan batu, yang digabungkan dengan palet warna akromatik khusus jenama itu untuk mewujudkan persekitaran yang serba moden dan tak lapuk dek zaman.

Ia juga direka bagi menggalakkan penglibatan komuniti menerusi tiga tonggak utama yang mewakili DNA jenama tersebut iaitu sukan, gaya hidup, dan komuniti.

Hadir dengan rekaan seakan bilik persalinan atlet

Selain itu, reka bentuknya juga selari dalam bidang sukan apabila mengenakan rekaan dalaman (interior) berkonsepkan bilik persalinan di aras dua dan turut dilengkapi dengan sebuah skrin gergasi jumbotrom empat sudut yang digantung di atas siling seakan di gelanggang sukan.

Bangku dan kawasan tempat duduk seperti di stadium juga disediakan bagi menyerlahkan suasana acara sukan.

Butik ini akan berfungsi sebagai hab komuniti, dengan reka bentuk modular yang membolehkan penganjuran aktiviti perhimpunan, pengaktifan jenama, dan pelancaran produk.

Siap ada kedai kopi untuk orang ramai menikmati sambil menonton acara sukan

Selain itu, kedai tersebut akan menampilkan UNDEFEATED CAFÉ, yang dikendalikan oleh kafe tempatan Coffeeboy Club.

Kerjasama ini bertujuan untuk meluaskan lagi jangkauan komuniti jenama itu dengan mencipta persekitaran yang sesuai untuk membina hubungan dan memperkayakan lagi keseluruhan pengalaman para pelanggan.

Bagi meraikan pembukaan besar-besaran UNDEFEATED Kuala Lumpur, orang ramai kini boleh mendapatkan koleksi kapsul UNDEFEATED x Muhammad Ali dan UNDEFEATED Nike Air Terra Humara dalam warna ‘Light Menta’ di kedai itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran produk, acara, dan promosi akan datang, sila ikuti @undefeated_my di media sosial.

UNDEFEATED jenama pakaian sukan paling terkenal

Untuk info, UNDEFEATED merupakan antara jenama pakaian sukan paling terkenal dan butik jualan yang disusun rapi di seluruh dunia.

Sejak penubuhan jenama itu pada tahun 2002, UNDEFEATED kekal menjadi suara tidak rasmi yang mendefinisikan era budaya sukan dan jalanan sebagai salah satu jenama paling berpengaruh untuk generasinya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.