
Acara Sunway-Rapid KL Good Run 2024 Tarik 10,000 Penyertaan, Berjaya Kumpul RM430,000 Sumbangan
Kutipan sumbangan lebih RM430,000 itu akan disalurkan kepada lima pertubuhan kebajikan di negara ini antaranya UNICEF, Persatuan Kanser Kebangsaan dan banyak lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Acara larian Sunway-Rapid KL Good Run 2024 yang berlangsung di sekitar Bandar Sunway pada Ahad (28 Julai) lalu telah berjaya menarik kira-kira 10,000 peserta.
Larian ini yang merupakan salah satu inisiatif bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Sunway telah diadakan di laluan Bas Rapid Transit bertingkat yang direka khas – pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Bukan itu sahaja, kutipan sumbangan lebih RM430,000 berjaya dikumpulkan dan akan disalurkan kepada lima pertubuhan kebajikan di negara ini seperti UNICEF, Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Women of Will (WOW), dan Rumah Perlindungan Darul Ukhwah.
Pelepasan larian peserta Sunway-Rapid KL Good Run disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Digital dan Strategik Kumpulan Sunway Evan Cheah; Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, Datuk Lau Beng Long, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia, Mohd Azharuddin Mat Sah; Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Ku Jamil Zakaria; Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Ismail Salim; Pengarah Urusan Hospital & Operasi Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sunway Dr. Khoo Chow Huat; Ketua Pegawai Strategi Jenama Kumpulan Sunway Nik Tasha Nik Kamaruddin; Ketua Bas Rapid Wilayah Tengah Encik Khairul Azhar Hamidullah, dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat.
Michelle Ng yang menekankan kepentingan inisiatif CSR kepada masyarakat berkata, “Acara Sunway-Rapid KL Good Runs sangat penting untuk memupuk semangat dalam komuniti, aa juga memperkasakan penglibatan orang ramai dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan dan rasa kebersamaan.
Larian ini menampilkan tiga kategori iaitu 21.1KM separuh maraton, 10KM dan 5KM.
Larian itu juga menampilkan perkampungan perlumbaan yang meriah di Sunway Geo Avenue, di mana peserta dan penonton dapat menikmati pelbagai gerai yang menyeronokkan dan bemanfaat dari Taman Tema Sunway, Sunway Healthcare Group, Sunway Property, UNICEF, Rapid KL serta banyak lagi.
Acara larian kemudiannya diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan penyampaian mock cheque kepada lima penerima.
Menurut Presiden Sunway Healthcare Group Datuk Lau Beng Long, pihaknya bersemangat mengenai kesihatan komuniti.
“Dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, obesiti dan diabetes, kami perlu menekankan kepentingan gaya hidup sihat dengan lebih Oleh itu, kami berbesar hati menyokong larian ini yang menggalakkan golongan muda dan tua untuk aktif secara fizikal, dengan hasil daripada Larian ini akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan,” kata Lau.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Encik Muhammad Yazurin Sallij berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Kumpulan Sunway tahun ini untuk Sunway-Rapid KL Good Run 2024, tepat pada masanya iaitu pada ulang tahun ke-20 tahun Rapid KL. Ini telah memberi kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada perkara penting dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, sambil mengukuhkan hubungan jenama kami dengan masyarakat.”
Meraikan lima dekad komitmen terhadap kecemerlangan, kemampanan dan inovasi sebagai konglomerat terkemuka di Asia Tenggara, Sunway memandang ke hadapan untuk satu siri aktiviti tanggungjawab korporat di bawah payung utamanya #SunwayforGood, sejajar dengan komitmennya untuk berbuat baik dengan melakukan kebaikan tanpa meninggalkan sesiapa.
Ini termasuk Meal Pack-a-thon pada September 2024 yang akan dianjurkan dengan kerjasama Rise Against Hunger, sebuah syarikat bukan keuntungan yang berpangkalan di AS dalam menangani keselamatan makanan, yang akan menyaksikan syarikat itu mencapai sasaran mereka untuk membungkus dua juta makanan buat masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia dan di luar negara.
Sebagai salah satu konglomerat terkemuka di Asia dan rakan kemampanan rasmi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Sunway juga berbangga untuk bekerjasama bersama MAF, Majlis AIDS Malaysia (MAC), dan Kementerian Kesihatan (KKM) ke arah komitmen bersama untuk menamatkan AIDS menjelang 2030 dan untuk memastikan akses kepada rawatan antiretroviral dan sokongan psikososial untuk Orang yang Hidup dengan HIV (PLHIV) dan komuniti B40 di Sabah dan Sarawak.
Inisiatif ini membentuk sebahagian daripada komitmen Sunway yang lebih luas terhadap pembangunan mampan dan rangkuman sosial.
Untuk maklumat lanjut tentang acara sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Sunway serta usaha komuniti yang berterusan, sila layari di sini.