
Ini Antara 5 Jenis Jiran Paling Selalu Buat Korang Menyirap. Tapi Yang Last Tu Berguna!
Kalau dapat jiran yang baik tu memang untung sangatlah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hidup berjiran ini sebenarnya mudah saja. Tapi mungkin wujud segelintir manusia (jiran tetangga) yang sejenis tak ada common sense. Kalau dia nak buat apa-apa perkara, dia hanya fikirkan dia sahaja – proses yang perlu dibuat dan pihak yang perlu menanggung, dia tak fikir dah.
Menjaga keharmonian hidup berjiran ini sebenarnya amat dititikberatkan dalam Islam.
Jangan menyakiti hati jiran, dan kalau pernah dengan tidak sengaja membuat salah, cepat-cepat perbetulkan keadaan dan minta maaf. Itu baru jiran yang baik. Bukan sebaliknya.

Ini Antara 5 Jenis Jiran Yang Selalu ‘Cari Pasal’ dan Buat Orang Menyirap!
Nak ‘score’ jiran yang baik sememangnya tidak mudah. Ikut nasib. Kalau dapat yang baik, jagalah hubungan silaturahim bersama dengan sebetulnya. Jangan pernah menyakiti hati sesiapa.
Tapi bila korang dapat jiran yang kurang sifat bertimbang rasa, ha itu baru rintangan sebenar hidup berjiran. Sebab kena hadap sahaja apa yang mereka lakukan. Kadangkala rasa macam nak mengamuk, tapi tak elok pula. Nak tegur baik-baik, takut dipandang enteng.
#1. Jiran Yang Suka Parking Bersepah-sepah

Ini merupakan perkara yang boleh dikatakan ‘common’ tapi bukan normal, ya. Ada perbezaannya. Korang mesti pernah / ada jiran yang satu rumah itu, kesemua ahli keluarga memiliki kenderaan masing-masing. Anak sulung, anak bongsu, anak saudara, cucu, cicit, dan ramai lagi.
Lebih parah, semuanya nak parkir berdekatan dengan rumah. (Walaupun terpaksa masuk area rumah jiran). Memang betul-betul tak ada common sense!
#2. Jiran Yang Jenis Bercakap Dengan Keluarga Sendiri, Tapi Suara Boleh Didengari Dari Hujung ke Hujung!
Kuat sungguh intonasi percakapan sesetengah individu meskipun bersama ahli keluarga sendiri, terutamanya anak kecil. Nak panggil si kecil makan je, tapi menjerit macam nak buat pengumuman rumah terbuka untuk satu taman.
Amboi kak, terkejut anak bulus saya kat rumah tu tau dengar suara akak yang lantang tu.
#3. Jiran Yang Jenis Selamba Buat Kerja ‘Construction’ Pada Hujung Minggu

Ini lagi tak masuk akal. Ada pula ya segelintir pihak yang betul-betul tak ada kefahaman tentang hidup berjiran ini. Sebab itulah kalau rumah strata, mereka akan meletakkan peraturan di mana kerja-kerja pembaikpulih ataupun ubah suai hanya boleh dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Peraturan sama turut terpakai untuk rumah teres juga.
Mana tidaknya, bunyi-bunyi drill yang kuat dan tidak menyenangkan itu akan menganggu ketenteraman jiran tetangga yang ingin beristirahat pada hujung minggu. Sudahlah bekerja dari Isnin hingga Jumaat – hujung minggu inilah waktu paling sesuai untuk duduk bersantai di rumah.
Bukan nak dengar ‘orkestra’ dari dinding rumah jiran.
#4. Jiran ‘Kaki Complain’ Dalam Grup WhatsApp / Telegram
Ha, ini pun perangai juga.
Nak cakap normal, tidak. Tapi memang akan wujud sejenis manusia (jiran) yang 24 jam nak complain. Itu tak kena, ini tak kena. Contohnya ada kanak-kanak bermain basikal pada waktu petang dan TERsalah parkir / letak basikal di hadapan rumahnya, masa itulah dia akan mengarang segala jenis complain dan dimasukkan ke dalam grup WhatsApp perumahan.
Benda kecil, boleh tegur depan-depan sahaja. Tak perlulah buat kecoh sekampung, bang.
#5. Jiran Yang Ada Haiwan Peliharaan Tapi Dibiar Tanpa Pengawasan

Satu hal juga bila dikurniakan jiran seperti ini. Bab peribadi, memang penyayang sebab suka bela anak bulus. Kadang-kadang, ada juga yang membela sehingga 20-30 ekor! Jangan terkejut tapi memang wujud orang seperti ini.
Kasih sayang terhadap si bulus yang tiada tandingan.
Tapi, ada pula perangai yang suka membiarkan si bulus untuk ‘membuang hajat’ di rumah jiran. Tak kisahlah hajat kecil ataupun besar – ia tidak sepatutnya dibiarkan begitu saja. Kalau pun perkara itu terjadi tanpa pengawasan, bila korang nampak je kucing / haiwan peliharaan korang tersalah ‘kawasan’, tolong bersihkan semula.
Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi
Dalam banyak-banyak perangai jiran yang perlu dihadapi, ada satu jenis ‘jiran’ ini yang TERPALING function. Serius. Tanpa ‘jiran’ seperti ini, sukar jugalah kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi kalau kita memerlukan bantuan, mereka pasti ada sentiasa ada.
‘Jiran’ yang kami maksudkan adalah MR.DIY!
Paling menarik, menjadi sebahagian daripada inisiatif kempen, peruncit baru-baru ini menyediakan beberapa ruang tempat duduk baharu di Stesen LRT Ampang Park.
MR.DIY kini boleh diakses dengan mudah di 1,172 kawasan dan lebih 1,200 cawangan seluruh negara, sebab itulah layak digelar “Jiran Semua Orang”.
Bukan itu saja, MR.DIY juga merupakan sebahagian daripada komuniti sebagai sumber berguna – menawarkan bukan sahaja produk, tetapi juga tips dan idea serta petua kehidupan bagi memberikan gambaran tepat untuk proses penambahbaikan rumah!
Kalau tengah mencari bantuan jiran bila ada kecemasan di rumah, MR.DIY boleh menjadi Jiran Sejati yang sentiasa ada untuk membantu! Masuk je mana-mana kedai MR.DIY dan cari barangan keperluan, confirm jumpa. Sebab itulah tagline untuk kempen kali ini adalah, “Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi”. 😀
MR.DIY Adalah Jiran Sebenar!

Tempat duduk itu bukan sahaja memberikan keselesaan untuk para penumpang, malah ia direka khas dengan menggunakan tema panda yang comel bagi menambahkan lagi keceriaan orang ramai. Siap jadi tempat duduk extra untuk orang awam tau.
Idea ini menunjukkan dedikasi MR.DIY untuk meningkatkan ruang komuniti dan mencipta pengalaman menyeronokkan buat rakyat Malaysia.
Selebriti Terkenal Tanah Air, Alif Satar Tampil Jadi ‘Wajah’ & Jiran MR.DIY!

Untuk pengetahuan korang, selebriti terkenal, Alif Satar juga telah ditampilkan sebagai Jiran MR.DIY tau. Rakyat Malaysia boleh menonton Alif Satar dalam siri filem web ‘Jiran Sejati Sentiasa Di Sisi’ menerusi laman media sosial MR.DIY.
Bersempena dengan memeriahkan lagi kempen ini, MR.DIY telah menyampaikan mesej penting buat menarik perhatian rakyat Malaysia dengan menghasilkan beberapa senarai iklan seperti:
- Video atas talian menunjukkan bahawa MR.DIY sentiasa ada untuk membantu dalam pelbagai jenis rintangan dalam kehidupan harian seseorang.
Ketika Isteri Meleteri, MR.DIY Di Sisi:
Ketika Anda Menyanyi, MR.DIY Di Sisi:
Ketika Jiran Mencari, MR.DIY Di Sisi:
2. Billboard Digital (DOOH) untuk menunjukkan scenario pada waktu siang dan juga waktu malam di mana MR.DIY boleh tolong.

3. 17 buah billboard statik bermula 1 Julai di mana ia menunjukkan MR.DIY ada di mana-mana sahaja di Malaysia.



Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MR.DIY ‘Jiran Sejati, Sentiasa Disisi’, layari mrdiy.com, atau boleh terus ke media sosial MR DIY di Facebook, dan Instagram.
#JiranSejatiSentiasaDiSisi #MRDIY #AlifSatar

Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)