fbpx

Warung B40 Dengan Pemandangan T20 Di Indonesia Undang Perhatian Ramai [Video]

Kedai makan yang dikenali sebagai Warung Muslim 66 itu terletak di Bukit Holbung Samosir, Danau Toba, Indonesia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya sesuatu kedai makan dinilai menerusi makanan-makanannya yang sedap dan harga yang berpatutan.

Selain itu, kedai makan yang kelihatan unik, cantik atau memiliki pemandangan di sekeliling yang indah juga boleh menyebabkan restoran tersebut menjadi viral di media sosial sekali gus menarik minat ramai untuk ke sana.

Warung biasa tapi miliki pemandangan sangat indah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah warung di Indonesia yang kelihatan sangat biasa dari luaran namun memiliki pemandangan yang sangat indah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @faiqtheemcee, kelihatan luaran kedai makan tersebut adalah seperti warung-warung biasa di kawasan kampung.

Bahkan, dekorasi di dalam kedai makan terbabit seperti susunan kerusi dan meja makan juga kelihatan ‘simple’ dan tiada apa-apa yang menarik.

Warung dikelilingan tasik dan gunung-ganang di Danau Toba, Indonesia

Pun begitu, sebaik sahaja memasuki warung berkenaan, mata terus tertumpu di bahagian tingkap yang menyajikan pemandangan tasik serta gunung-ganang.

Kedai makan yang dikenali sebagai Warung Muslim 66 itu terletak di Bukit Holbung Samosir, Danau Toba, Medan.

Maka tidak hairanlah sekiranya pemandangan di sekeliling restoran terbabit sangat indah kerana Danau Toba merupakan salah satu kawasan pelancongan yang amat popular di negara jiran itu.

Terdapat banyak pelancong-pelancong luar negara termasuk dari Malaysia yang gemar ke Danau Toba untuk menikmati keindahan alam di sana.

Pemilik video juga sempat berseloroh dengan mendakwa bahawa warung tersebut terletak di Lenggong, Perak.

“Tak sangka dekat Lenggong je ada macam ini, warung B40 tapi pemandangan T20,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ramai puji Danau Toba memang cantik, rindu dan ingin ke sana semula

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang pernah pergi ke Danau Toba memuji kecantikan kawasan terbabit.

Tidak hanya itu, ada juga rakyat Malaysia yang pernah ke sana menyatakan perasaan rindu mereka untuk di kawasan itu selain bercadang ingin ke sana semula.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.