fbpx

16 Kumpulan Dari Malaysia Muncul Pemenang Dalam Legoland School Challenge 2024 Seluruh Asia

Seramai 3,700 pelajar di seluruh rantau telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan ia mencatatkan satu rekod baharu dengan jumlah sebanyak 554 penyertaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 24 April yang lalu Legoland Malaysia Resort telah melancarkan program yang dinanti-nantikan oleh ramai pelajar iaitu Legoland School Challenge 2024.

Pertandingan tahunan ini adalah anjuran Legoland Malaysia Resort bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sebanyak 50 set Lego turut diberikan bagi mana-mana sekolah yang menyertai pertandingan ini bagi membantu mereka merealisasikan kreativiti menggunakan blok tersebut.

Baca artikel berkaitan: Legoland School Challenge 2024 Kembali Lagi, Pemenang Bakal Bawa Hadiah Sehingga RM100,000

16 kumpulan sekolah dinobatkan sebagai pemenang bagi Legoland School Challenge

Selepas beberapa bulan berlalu, semalam (3 September) adalah tarikh kemuncak dimana Legoland mengumumkan pemenang bagi pertandingan Legoland School Challenge 2024.

Menerusi majlis yang diadakan di Legoland Malaysia Resort, sebanyak 16 kumpulan sekolah telah terpilih dan dinobatkan sebagai pemenang kerana rekaan Lego yang sangat mengagumkan.

Malah apa yang lebih menarik, selepas tiga tahun acara ini dilakukan ia juga mendapat sambutan yang sangat positif apabila ia berkembang merangkumi sekolah-sekolah di seluruh Asia buat kali pertama.

Seramai 3,700 pelajar ambil bahagian dalam Legoland School Challenge

Lebih 3,700 pelajar di seluruh rantau telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan ia sekaligus mencatatkan rekod penyertaan baharu dengan jumlah 554 penyertaan- 50% lebih tinggi dari tahun sebelumnya.

Secara khususnya cabaran ini terus mendapat perhatian antarabangsa dengan penyertaan daripada tiga negara baharu iaitu China, Thailand serta Laos.

Tema tahun ini adalah ‘Dunia Fantasi’

Buat anda yang tidak tahu, tema pertandingan pada tahun ini adalah ‘World of Fantasy’ atau ‘Dunia Fantasi’. Oleh itu, para perserta boleh bermain dengan landskap yang hebat dan berwarna-warni dengan kreativiti yang mempesonakan.

Malah pembina muda juga dapat mencipta jalan cerita yang mengasyikkan menerusi ciptaan mereka yang diilhamkan dari cerita rakyat global dan juga tempatan.

16 ciptaan Lego yang dihasilkan oleh kumpulan ini merupakan antara rekaan yang terbaik di mana ia dilihat lain dari yang lain.

Rekaan Lego 16 kumpulan dari Malaysia berjaya tawan panel juri

Mereka telah mempamerkan pelbagai kreativiti, imaginasi, inovasi dan kemahiran teknikal yang mengagumkan panel juri yang terdiri daripada Lego builders, pereka bentuk dan peminat sepanjang hayat.

Pada tahun ini, dapat dilihat tahap penyertaan antarabangsa yang tinggi, menjadikan persaingan lebih sukar berbanding sebelum ini. Namun apa yang lebih membanggakan kesemua pemenang yang terpilih adalah dari Malaysia.

Bukan hanya pamer kreativiti dan bakat anak muda

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya amat berbangga kerana Johor merupakan tuan rumah kepada Legoland Malaysia Resort dan Legoland School Challenge.

“Acara ini bukan sahaja mempamerkan kreativiti dan bakat belia kita bahkan ia sejajar dengan komitmen negeri kita untuk mempromosikan pendidik STEM.

“Saya amat berbesar hati melihat penyertaan yang begitu kuat dari sekolah-sekolah di seluruh Johor, ia mencerminkan semangat dan dedikasi pelajar kami untuk melibatkan diri dalam usaha yang inovatif dan kreatif.

“Ketika terus memupuk inovasi dan pembelajaran di sekolah kami, acara seperti ini memainkan peranan penting dalam menyediakan generasi pemimpin kami yang akan datang,” jelasnya lagi.

Penyertaan tahun ini pecah rekod, harap ramai yang akan sertai pada tahun hadapan

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian di Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata pihaknya sangat gembira apabila berjaya mencapai beberapa pencapaian baharu pada tahun ini seperti mencapai bilangan penyertaan yang memecahkan rekod.

“Sebagai inisiatif yang merangkumi intipati DNA Lego kami, belajar melalui permamainan, Legoland School Challenge merupakan sesuatu yang sangat dekat dengan hati kami. Kami sangat sangat gembira apabila berjaya mencapai beberapa kejayaan baharu pada tahun ini.

“Bermula dengan berjaya memecahkan rekod untuk penyertaan baharu seluruh Asia, dan apa yang paling penting adalah menjadikan pertandingan ini mudah diakses oleh pelajar yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

“Kami berterima kasih atas sokongan daripada kerajaan Malaysia dalam menjayakan kejayaan ini dan kami berharap untuk terus bekerjasama untuk meningkatkan pendidikan dalam negara. Kami lebih berbanding sebelum ini untuk mencapai tahap baharu melalui program ini dan berharap untuk melihat lebih banyak pasukan antarabangsa mengambil bahagian pada thaun hadapan,” ujarnya.

Juara 3 tahun berturut-turut sifatkan Legoland School Challenge satu pengalaman menarik

Sementara itu, pemenang tempat pertama bagi kategori sekolah menengah, Nathanael Yap, 16, dari Campus Rangers International School berpendapat ia adalah pengalaman yang sangat menarik apabila dapat menyertai Legoland School Challenge.

“Saya sangat sukakan Legoland sejak menjadi Junior Ranger Sea Life ketika berusia 10 tahun dan sudah menyertai cabaran ini selama tiga tahun.

“Ia bukan hanya sekadar membina Lego, ia adalah mengenai keseronokan, berjumpa rakan baru dan mencabar diri sendiri. Saya telah melakukannya dari mengikut arahan yang diberikan (manual) sehingga mencipta sendiri reka bentuk yang diinginkan. Cabaran ini membuatkan saya ingin melakukan sesuatu yang kreatif di masa akan datang, seperti mungkin menjadi pencipta model di tahap Master untuk Legoland.

“Ia secara tidak langsung menunjukkan kepada saya jika anda mempunyai keinginasi dan imaginasi, anda boleh lakukan segalanya,” jelas Nathanael Yap yang juga merupakan ahli kumpulan Five Guys.

Malah ketika ditanya apakah cabaran yang dihadapi sepanjang cabaran ini berlangsung, Nathanael memaklumkan kepada BuzzKini ia adalah pengurusan masa dan emosi. Ini kerana, ketika cabaran berlangsung dia juga perlu menjalani rutin sebagai pelajar dan perlu menduduki peperiksaan.

Oleh itu, pengurusan masa dan emosi yang betul adalah sangat penting agar ia tidak menganggu mereka menzahirkan kreativiti.

Apa yang lebih menarik, pemenang bagi tempat pertama kategori sekolah rendah iaitu Stargirls dari Sk Bukit Damansara adalah kesemua mereka berusia 8 tahun dan berada di dalam kelas yang sama.

Menurut guru kelasnya, Sanjhana Pillai Govind mereka semua diberikan tugas untuk mencipta rekaan mengikut imaginasi tersendiri dengan bimbingan dari ibu bapa untuk menghasilkan rekaan terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.