OCBC Singapura Bakal Perkenal Akaun Bank Digital & Kad Debit Khusus Buat Kanak-Kanak
Akaun OCBC MyOwn bakal diperkenalkan di Singapura pada 20 Oktober depan membolehkan pemegang akaun membuat bayaran digital seperti penggunaan kod QR atau bayaran melalui PayNow secara sendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Secara umumnya, institusi perbankan di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura membenarkan kanak-kanak membuka akaun ‘juniors’.
Namun, pembukaan akaun bagi kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun ini perlu dilakukan bersama ibu bapa sebelum secara automatik menjadi akaun simpanan (savings) sebaik mencecah 18 tahun.
Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai beberapa kekurangan antaranya tiada kad debit dan mempunyai had pengeluaran memandangkan ini adalah akaun amanah.
OCBC Perkenal Akaun Perbankan Khusus Buat Kanak-Kanak Usia 7 Tahun Hingga 15 Tahun
Terbaharu, Bank OCBC akan melancarkan kemudahan perbankan digital pertama di Singapura buat kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 15 tahun.
Kemudahan yang dikenali sebagai akaun OCBC MyOwn membolehkan kanak-kanak mempunyai akaun bank mereka sendiri termasuklah kad debit.
Malah, akaun yang bakal diperkenalkan pada 20 Oktober depan membolehkan pemegang akaun membuat bayaran digital seperti penggunaan kod QR atau bayaran melalui PayNow secara sendiri.
Kanak-kanak atau remaja yang merupakan pemegang akaun ini turut berpeluang untuk mereka bentuk kad debit OCBC MyOwn mereka serta menggunakannya di lokasi yang sering dikunjungi oleh golongan muda antaranya seperti kedai alat tulis dan platform e-dagang.
Meskipun akaun ini didaftarkan 100% atas nama anak, namun hanya ibu bapa yang boleh mendaftar akaun bank OCBC MyOwn berkenaan – menerusi aplikasi OCBC Digital milik mereka.
Ibu Bapa Masih Boleh Awasi Anak
Memahami kerisauan ibu bapa dalam penggunaan perbankan digital di kalangan kanak-kanak juga, OCBC akan memastikan terdapat kawalan tertentu yang hanya boleh diakses oleh penjaga dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.
“Ini termasuk menetapkan had transaksi pada akaun dan kad debit, mengemas kini maklumat, menerima notifikasi mengenai semua aktiviti akaun anak, menetapkan semula kad dan PIN, serta melaporkan kehilangan kad debit,” katanya.
Malah, ibu bapa masih boleh mengawasi anak mereka dengan memuat turun aplikasi OCBC Digital di telefon pintar secara berasingan sekali gus dapat memantau aktiviti anak melalui aplikasi tersebut.
Ini termasuklah pemindahan dana, pembayaran, deposit atau pengeluaran ATM serta penggunaan kad debit.
Tambah OCBC lagi, paparan papan pemuka yang boleh dilihat oleh ibu bapa dan anak ini adalah yang pertama bagi aplikasi perbankan digital di Singapura.
“Walaupun akaun bank didaftarkan atas nama remaja itu sendiri, ibu bapa masih boleh mengawasi aktiviti akaun anak mereka secara langsung melalui papan pemuka yang berasingan untuk akaun remaja pada aplikasi OCBC Digital mereka.
“Ibu bapa akan mendapat pemberitahuan secara serta merta melalui push notification atau e-mel apabila anak mereka membuat pembelian atau pemindahan dana,” jelasnya.
Perkenal Kanak-Kanak Dengan Literasi Kewangan
Berdasarkan hasil tinjauan yang dibuat oleh OCBC bagi tempoh 18 bulan mendapati ibu bapa yang mempunyai anak berusia bawah 16 tahun mempunyai keinginan untuk mendedahkan cahaya mata mereka dengan asas perbankan digital serta memberi kebebasan kewangan
Namun, pada masa yang sama tetap mempunyai kawalan terhadap golongan berkenaan.
Malah, bilangan remaja berumur 16 tahun yang membuka akaun telah meningkat sebanyak 25% sejak tahun 2022.
Baca Artikel Berkaitan: