Siap Sedia Dengan Semua Kelengkapan Ini, Baru ‘Smooth’ Jalan-jalan Di Kuala Lumpur
Sempurnakan pengembaraan anda dengan ‘gear’ yang betul.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang anak jati Kuala Lumpur, saya begitu bangga dengan bandar metropolitan yang menempatkan masyarakat pelbagai latar belakang ini. Malah ia juga digelar kota yang tidak pernah tidur – baik siang atau pun malam.
Salah satu aktiviti kegemaran di bandar ini pastinya ‘jalan-jalan cari makan’. Tapi ia boleh menjadi sukar jika anda tidak betul-betul bersedia. Sebab itulah ramai warga KL akan melengkapkan diri dengan ‘gear’ masing-masing sebelum keluar rumah untuk memastikan hari berjalan dengan sempurna.
Sebagai contoh, cuaca di KL adalah tidak menentu – sekejap panas terik, sekejap hujan lebat. Jadi saya sentiasa ke mana-mana dengan sunglasses dan juga payung. Yelah, berjalan dalam keadaan basah kuyup ketika musim hujan atau berpanas di bawah terik mentari dengan kelembapan yang tinggi bukan satu perkara yang menyeronokkan.
Malah saya juga sentiasa membawa sebotol air minuman ke mana-mana sahaja dan jaket kipas (cooling fan jacket) terbaharu yang dapat membantu menyejukkan badan agar kekal selesa sepanjang hari.
Persediaan menggunakan pengangkutan awam
Untuk bersiar-siar di KL sememangnya mencabar, namun kewujudan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan Monorail sangat memudahkan urusan perjalanan. Jadi pastikan anda sentiasa membawa kad Touch ‘n Go (TnG) untuk pengangkutan dan juga menghubungkannya ke aplikasi e-dompet bagi tujuan membeli belah.
Dengan semua hiruk-pikuk ini juga, bandar KL boleh menjadi agak memenatkan. Sebab itulah saya akan sentiasa membawa IQOS ILUMA saya.
IQOS adalah peranti pemanas tembakau yang bebas asap. Ianya memanaskan tembakau sebenar, dan tidak menggunakan e-cecair seperti vape yang tidak mengandungi tembakau. Malah, ia tidak melibatkan pembakaran seperti rokok yang menggunakan api, jadi ia tiada asap, bau, mahupun habuk melekat pada badan.
Namun sudah tentu, langkah paling bijak oleh perokok adalah untuk berhenti sepenuhnya dari nikotin dan tembakau.
Selain reka bentuknya yang cantik, muat dengan sempurna dalam poket saya dan bebas asap – yang betul-betul kena dengan jiwa saya, peranti ini juga sungguh sesuai digunakan untuk ‘urban escapade’. Apa yang saya suka tentang IQOS ILUMA adalah ia membolehkan saya mengalami kehidupan bandar dengan kurang bau asap melekat pada tangan dan pakaian atau perlunya menguruskan sebarang abu atau kekotoran. Dengan ini, saya boleh menikmati suasana bandar tanpa sebarang masalah
Meskipun ia bukan bebas risiko, IQOS ILUMA mengeluarkan 95% kurang bahan kimia berbahaya berbanding rokok*. Ini mungkin menjadi faktor kenapa lebih 28.6 juta perokok dewasa telah beralih daripada membakar tembakau ke memanaskannya dengan alternatif bebas asap seperti IQOS**. Ia perubahan yang kecil, tetapi pengembaraan KL saya telah menjadi lebih baik dan membolehkan saya menyerap kehidupan bandar yang meriah ini.
[Maklumat penting: Ini tidak bermakna risiko dikurangkan sebanyak 95%. IQOS bukan bebas risiko.] |
* Pengurangan 95% mewakili penurunan tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok. Lihat “Maklumat Penting” di IQOS.com
**PMI Financial (tidak termasuk Rusia dan Ukraine) pada Disember 2020 menganggarkan pengguna IQOS yang telah berhenti sepenuhnya daripada rokok dan tembakau yang dipanaskan mewakili sekurang-kurangnya 70% daripada penggunaan tembakau yang dipanaskan 7 hari sebelumnya.
Oh ya! Satu lagi tips terakhir buat mereka yang mahukan keselesaan semasa bersiar-siar di KL, pastikan anda memilih kasut atau sandal yang sesuai.
Percayalah, kaki kalian pasti akan berterima kasih. Sama ada bersiar-siar di Bukit Bintang, KLCC, beratur di Jalan Alor untuk menikmati Char Kuey Teow, atau berkunjung ke tarikan menarik lain yang terdapat di KL, semua ini tidak akan membuatkan segala sendi dan kaki anda berasa sakit atau melecet.
Bagi saya, KL bukan sekadar bandar raya, tapi ia adalah pusat di mana terletaknya pelbagai budaya dan masyarakat yang ceria. Setiap ceruk mempunyai 1,001 kisahnya tersendiri dan setiap lorong penuh dengan kehidupan. Jadi adakah anda bersedia untuk pengembaraan di KL?
(Penafian: Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Ia juga hanya untuk orang dewasa yang merokok dan mengambil produk nikotin. IQOS ILUMA juga direka hanya untuk diguna bersama SMARTCORE STICKS sahaja. Jangan gunakan IQOS ILUMA dan SMARTCORE STICKS dengan mana-mana generasi IQOS terdahulu kerana ia boleh merosakkan peranti anda. Lihat maklumat penting di IQOS.com.