fbpx

Julie’s Sambut Hari Malaysia Dengan ‘Swag Pouch’ Edisi Terhad

“Swag pouch” Malaysia yang bergaya ini boleh didapati dengan pembelian mana-mana dua pek biskut sandwich mentega kacang Julie’s 360g dan/atau biskut sandwich keju Julie’s 336g dalam satu resit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena Hari Malaysia, Julie’s telah berkolaborasi bersama jenama pakaian streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) dengan melancarkan kempen khas untuk meraikan perpaduan dan kekayaan budaya tempatan.

Kempen ini menampilkan keluaran “swag pouch” bergaya edisi terhad yang direka khas dengan motif berinspirasikan Malaysia, sebuah item mesti dimiliki oleh mereka yang bangga bergelar anak Malaysia.

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Caranya mudah sahaja. “Swag pouch” Malaysia yang bergaya ini boleh didapati dengan pembelian mana-mana dua pek biskut sandwich mentega kacang Julie’s 360g dan/atau biskut sandwich keju Julie’s 336g dalam satu resit.

Kempen Hari Malaysia ini akan berlangsung dari 16 September sehingga stok masih ada.

Pengarah Julie’s Biscuits Tzy Horng Sai berkata, “Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan Malaysia dan merupakan satu penghormatan kepada budaya kita dan kebanggaan kolektif yang dikongsi bersama sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Kerjasama kami dengan Pestle & Mortar Clothing telah membolehkan Julie’s menghasilkan ‘swag pouch’ yang benar-benar menonjolkan semangat negara kita dalam reka bentuknya dan ia juga amat mencerminkan identiti Malaysia. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ‘swag pouch’ ini dan menjemput semua rakyat Malaysia untuk membawa pulang sebahagaian dari ‘Malaysia’ melalui ‘swag pouch’ eksklusif kami.”

“Swag pouch” Malaysia ini direka dengan mengambil kira rupa estetik dan kefungsiannya. Bahagian luarnya mempamerkan gabungan unsur-unsur Malaysia seperti reka bentuk batik moden berserta sentuhan kontemporari dengan motif biskut sandwic mentega kacang Julie’s. Untuk reka bentuk dalamannya, ia menampilkan icon klasik Malaysia seperti bas sekolah kuning, Rafflesia, Durian, Teh Ice Ikat Tepi, dan biskut sandwich mentega kacang Julie’s yang merupakan hidangan kegemaran sejak turun-temurun.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, biskut sandwich Julie’s merupakan makanan ruji semasa membesar dimana biskut ini dapat mengimbas kembali kenangan zaman kanak- kanak dengan setiap suapan.

Biskut sandwic mentega kacang Julie’s diperbuat daripada campuran krim mentega kacang yang kaya dan biskutnya yang rangup, menjadikannya snek yang boleh dinikmati pada bila-bila masa. Biskut sandwich keju Julie’s yang digemari oleh semua peringkat umur pula diperbuat dari krim keju yang menggabungkan rasa manis dan masin yang lengkap diapit dengan biskut emas yang cukup rangup.

Untuk rai keunikan rakyat Malaysia

“Kerjasama dengan Julie’s ini sebenarnya adalah untuk meraikan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia. Di Pestle & Mortar Clothing, reka bentuk produk kami sentiasa bertemakan penceritaan pengalaman seharian rakyat Malaysia, dan’swag pouch’ edisi terhad ini merupakan salah satu cara kami merealisasikannya. Kami teruja untuk menawarkan ‘swag pouch’ ini sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia tahun ini, dan berharap rakyat Malaysia akan bangga menggunakannya sepertimana kami bangga menghasilnya,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Wawasan PMC, Hugh Koh.

Sebagai jenama tempatan, Julie’s senantiasa berbangga dengan budaya negara kita dan ia sudah menjadi tradisi Julie’s untuk mempromosikan budaya Malaysia melalui pelbagai initiatif.

Pada tahun 2022, Julie’s telah bekerjasama dengan artis grafiti terkenal Cloakwork untuk mencipta sebuah dinding mural yang dikenali sebagai Julie’s Magnifity yang telah menjadi mercu tanda ikonik di bandaraya Melaka. Hasil seni ini telah memperkayakan Melaka dan menjadikan tempat itu sebagai destinati foto estetik yang mesti dikunjungi oleh pelawat, di samping mempromosikan kekayaan budaya dan warisan Malaysia melalui seni grafitinya.

Selepas dua tahun di bandaraya Melaka, kontrak mural Julie’s Magnifity telah berakhir pada Ogos 2024 dan sebagai tanda peringatan, Julie’s telah menganjurkan acara penghormatan di lokasi mural ini di Jalan Munshi Abdullah.

Acara tersebut menampilkan sebuah hadiah istimewa, magnet Julie’s Magnifity dan memberi pengunjung peluang untuk merakam detik-detik akhir mural ini berada di Melaka.

Sebagai komitmen berterusan Julie’s dalam mempromosikan warisan kaya Malaysia, ciptaan “swag pouch” Malaysia terbaharunya boleh didapati di kedai runcit seperti Max Value, Aeon Big, Lotus’s, Mercato, Cold Storage, Sam Groceria, Jaya Grocer, Village Grocer, The Food Merchant, Bens Independent, dan melalui kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. Untuk menonton video promosi “swag pouch” dan menikmati reka bentuknya yang unik, kilk di sini.

Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk meraikan Hari Malaysia dan membawa pulang “swag pouch” edisi terhad unik yang anda akan pasti bangga memiliki. Untuk mendapatkan informasi berterusan mengenai promosi, peraduan dan aktiviti terkini Julie’s, lawati di sini atau ikuti Julie;s di Facebook dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.