Sunway Hotel Tawar Check-in 10 Pagi & Check-out 4 Petang Sepanjang Oktober
Inisiatif untuk menawarkan kepada tetamu check-in pada 10 pagi dan check-out jam 4 petang ini dilakukan sepanjang bulan Oktober.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui sebelum ini isu pendaftaran masuk (check-in) dan keluar (check-out) atau di hotel telah menjadi perbualan hangat di media sosial.
Ini kerana, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati ekoran waktu pendaftaran masuk yang ditetapkan segelintir hotel terlalu lewat manakala waktu keluar agak awal seperti contoh jam 4 petang (check-in) dan 12 tengah hari (check-out).
Perkara ini secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai termasuklah Kementerian Pelancongan dan persatuan yang mewakili industri perhotelan berhubung penetapan waktu pendaftaran masuk dan keluar hotel.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Check-In 4 PM, Check-Out Pukul 11 AM”- Ramai Tak Puas Hati Waktu Daftar Masuk & Keluar Segelintir Hotel
Tetamu boleh check-in di Sunway Hotel seawal jam 10 pagi
Namun siapa sangka, Sunway Hotel telah tampil dengan inisiatif berbeza apabila menawarkan tetamunya pengalaman penginapan yang lebih memuaskan.
Sepanjang Oktober ini, tetamu boleh menikmati pendaftaran masuk seawal jam 10 pagi dan pendaftaran keluar selewat jam 4 petang.
Antara hotel yang terlibat adalah:
- Sunway Resort Hotel
- Sunway Pyramid Hotel
- Sunway Lagoon Hotel
Tawaran ini untuk berikan kemudahan kepada tetamu untuk memanfaatkan penginapan di hotel
Tawaran ini sah untuk hari bekerja (Isnin-Jumaat) kecuali cuti umum dan ia ditawarkan untuk memberikan tetamu kemudahan dan fleksibiliti di mana mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya penginapan dengan pengalaman yang lebih santai dan baik.
Menurut Sunway inisiatif ini direka agar mereka dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik agar tetamu boleh memanfaatkan sepenuhnya layanan yang luar biasa ini. Ia juga mencerminkan dedikasi Sunway Hotel dalam memberikan perkhidmatan yang luar biasa serta bukti keprihatinan mereka dengan mengikuti maklum balas yang diberikan tetamu serta trend industri.
Jadi korang dengan inisiatif yang dilakukan oleh Sunway hotel ni tak perlu lagi nak terkejar-kejar kemas baju bila hari nak check-out. Lepas sarapan pagi korang boleh chill mandi kolam, gim, klub kanak-kanak dan macam-macam lagi aktiviti yang disediakan di hotel mereka.
Bagi mana-mana yang berminat untuk membuat tempahan tekan link di sini atau layari laman sesawang Sunway hotels.