Bukan Sekadar Stesen Minyak, Petron Boleh Jadi Lokasi Selamat Buat Orang Ramai Jika Berlaku Kecemasan
Syarikat minyak Petron merupakan stesen minyak pertama yang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui program Go-To-Safety-Points (GTSP).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu sentiasa mengharapkan perjalanan hidup mereka pada setiap hari berjalan dengan lancar. Namun jika sudah namanya manusia, pasti tidak lari dari diuji dengan ujian dan cabaran seperti masalah kesihatan atau hal kecemasan lain.
Apa yang lebih menjadi cabaran sekiranya hal tersebut boleh menganggu fokus atau mengancam keselamatan lebih-lebih lagi ketika berada di luar atau jalan raya.
Jika anda sedang berhadapan dengan situasi ini, pasti anda buntu memikirkan lokasi yang tepat dan selamat bagi mendapatkan bantuan.
Petron Jadi Lokasi Selamat Untuk Orang Ramai
Jangan risau! Sebenarnya ada lokasi selamat buat anda yang berhadapan dengan situasi kecemasan terutama ketika berada di jalan raya.
Masih ramai yang tidak tahu, stesen minyak antaranya Petron merupakan lokasi selamat buat orang ramai yang mahu mendapatkan bantuan awal menerusi program Go-To-Safety-Points (GTSP).
Malah, Petron merupakan syarikat minyak pertama yang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi program ini.
Secara ringkasnya, program GTSP merupakan kerjasama strategik antara Pengusaha Stesen Minyak dengan PDRM dalam menyediakan ‘titik selamat’ kepada orang awam bagi mendapatkan bantuan awal dalam apa saja insiden termasuk kecemasan, kemalangan serta jenayah.
Loya? Badan rasa kurang sihat? Elakan berhenti di bahu jalan, pandu ke stesen Petron terdekat!
— Petron_Malaysia 🇲🇾 (@Petron_Malaysia) July 31, 2019
Petron adalah Go To Safety Point & kakitangan kami dilatih untuk mengendali kecemasan.
❤️ Petron di Waze untuk kecemasan. #PetronGTSP#PetronMalaysia pic.twitter.com/BXDujkeCik
Malah, semalam (10 Oktober), Petron mengumumkan telah memperluaskan program GTSP ke lebih banyak stesen minyak.
Menurut Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek, objektif utama Petron dalam melaksanakan program GTSP adalah mahu menawarkan perlindungan dan bantuan awal kepada orang awam yang mengalami kes kecemasan sehingga ketibaan pihak berkuasa.
“Di Petron, kami percaya bahawa isu keselamatan bukanlah tanggungjawab pihak polis sepenuhnya, syarikat korporat juga harus cakna terhadap perihal keamanan komuniti.
“Pada hari ini (10 Oktober), PDRM turut serta memberi pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak Petron yang menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam membina komuniti yang lebih selamat.” katanya.
Petron Dah Beri Banyak Bantuan, Setiap Pengusaha Stesen Jalani Latihan Berkala GTSP
Tahukah anda, sepanjang tahun 2023 sahaja, lebih daripada 50 insiden GTSP telah dilaporkan dan kebanyakannya merupakan kes kecemasan yang memerlukan bantuan pihak polis, ambulans dan bomba.
Antaranya seperti bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya, kebakaran kenderaan, cubaan bunuh diri dan kejadian pelanggan dirompak.
Malah lebih menarik, setiap pengusaha stesen minyak Petron menjalani latihan berkala GTSP sebagai persediaan menghadapi detik kecemasan.
Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Dato’ Azman Bin Hj. Ayo ketika Majlis Penyampaian Surat Penghargaan GTSP Petron Malaysia.
“Saya amat kagum dengan dedikasi Petron dalam memastikan para pengusaha stesen minyaknya agar sentiasa bersedia untuk mengendalikan insiden menerusi penganjuran sesi latihan berkala GTSP.
“Setiap tahun, pihak kami juga memberi latihan simulasi GTSP di peringkat negeri, di mana anggota-anggota PDRM akan mempersembahkan sketsa yang meliputi langkah-langkah dan bantuan awal yang perlu diambil oleh para pengusaha dan pekerja-pekerja stesen minyak Petron ketika berhadapan dengan situasi kecemasan” katanya.
Ini Cara Kenal Pasti Stesen Minyak Petron Sebagai Lokasi GTSP
Buat orang ramai yang pertama kali mendengar program GTSP dan tidak tahu bagaimana nak kenal pasti stesen minyak itu adalah GTSP, mudah sahaja!
Ini kerana kebanyakan stesen minyak Petron yang terlibat dengan program ini mempunyai pelekat tingkap GTSP.
Malah, Petron turut menyediakan sudut ‘de-stress’ yang dilengkapi dengan kemudahan penting seperti peti pertolongan cemas, kerusi, dan selimut buat mangsa terlibat sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa.
Tidak hanya itu, bermula tahun ini, Petron akan mempamerkan poster GTSP daripada tiga mural yang terdiri daripada peribahasa Melayu Klasik hasil tangan kreatif Art Battalion yang memudahkan orang ramai mengenal pasti ia adalah stesen minyak GTSP.
Jadi lepas ini, dah tak perlu risau dah jika berlakunya kecemasan. Terus sahaja ke stesen minyak Petron terdekat dan dapatkan bantuan awal.