fbpx
Now Reading
Taman Tema Air Waktu Malam? SplashMania Jadi Lokasi Pertama Di Selangor, Barulah ‘Adventurous’!

Taman Tema Air Waktu Malam? SplashMania Jadi Lokasi Pertama Di Selangor, Barulah ‘Adventurous’!

Night Splash! oleh SplashMania ini dibuka selama 10 hari iaitu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan November ini bermula jam 7 malam sehingga 11 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hujung minggu merupakan waktu yang sering ditunggu-tunggu khususnya bagi individu yang bekerja.

Ini kerana pada waktu itulah dapat digunakan untuk berehat dan tidak membebankan kepala dengan hal pejabat.

Buat mereka yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, antara aktiviti yang sering dilakukan adalah berkunjung ke pusat beli belah dan berjalan di lokasi hot spot seperti Bukit Bintang atau lepak di KLCC.

Tapi, takkan setiap minggu nak buat benda yang sama? Anda mesti akan rasa bosan. Jangan risau, Taman Tema Air SplashMania Gamuda Cove ada segalanya.

SplashMania Anjur Night Splash! Waterpark Pertama Beroperasi Pada Waktu Malam Di Selangor

Bermula November ini, SplashMania akan menganjurkan Night Splash! istimewa buat anda yang mahu mencari keseronokan berbeza pada waktu malam.

Ini menjadikan SplashMania sebagai taman tema air yang pertama di Selangor beroperasi pada waktu malam.

Pengunjung tidak hanya berpeluang menikmati permainan gelongsor air terpilih namun anda juga akan disajikan dengan persembahan istimewa yang disediakan khusus buat pengunjung.

Antaranya adalah seperti penampilan istimewa DJ, persembahan Illumania dan fire breather (peniup api).

Foto: BuzzKini

Hanya Dibuka Pada Jumaat & Sabtu Sepanjang Bulan November

Namun, Night Splash! hanya dibuka selama 10 hari iaitu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan November ini bermula jam 7 malam sehingga 11 malam.

Tiket boleh didapati dengan harga RM65 tapi kalau anda nak jimat, anda boleh dapatkannya dengan harga RM50 jika menjadi pembeli terawal.

Selain mendapat harga tiket yang jauh lebih murah, pembeli terawal juga turut menikmati baucar makanan bernilai RM10.

Nak tahu lebih lanjut SplashMania Night Splash layari disini.

Dah Rasa Pengalaman Night Splash! Memang Unik

Semalam (29 Oktober), kami berpeluang merasai pengalaman pertama di Night Splash! anjuran SplashMania.

Apa yang boleh kami katakan adalah ia sememangnya pengalaman yang unik dan menyeronokkan apabila dapat bermain air pada waktu malam hingga rasa tidak puas dengan tempoh yang diberikan.

Foto: BuzzKini

Cantik juga pemandangan pada waktu malam dan nak main gelongsor serta tarikan menarik di situ juga rasa selesa kerana tidak panas.

Jangan risau tentang keselamatan kerana akan ada petugas yang sentiasa mengawasi pengunjung.

Foto: BuzzKini

Bukan itu sahaja, macam yang kami bagitahu sebelum ini, ada persembahan istimewa yang disediakan buat anda

Buat anda yang nak rasai kelainan, apa lagi, jom ke Night Splash!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.