fbpx
Now Reading
Julie’s Jadi Penaja Utama Pesta & Fun Run Pokémon, Promosi Gaya Hidup Sihat [Video]

Julie’s Jadi Penaja Utama Pesta & Fun Run Pokémon, Promosi Gaya Hidup Sihat [Video]

Pokemon Run In Kuala Lumpur 2024 tampil dengan keunikan yang mana trek laluan dipenuhi inflatables bertema Pokémon antaranya watak Pikachu dan Bulbasaur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (10 November), buat julung kalinya, Pokémon Run In Kuala Lumpur 2024 telahpun diadakan di Malaysia.

Team BuzzKini berpeluang menghadiri acara tersebut yang telah diadakan pada hari Ahad lalu bertempat di Pavilion Bukit Jalil.

Ia merupakan acara kemuncak sempena Pesta Pokémon yang berlangsung mulai 7 hingga 10 November dengan Julie’s sebagai penaja utama.

Julie’s Komited Amalkan Gaya Hidup Sihat Melalui Pokémon Run

Jelas Julie’s, acara tersebut merupakan komitmen mereka dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan kepada orang ramai.

Karnival yang berlangsung selama empat hari itu telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dengan acara kemuncaknya, larian fun run sejauh 4 kilometer (km).

Apa yang lebih menarik, acara fun run ini berjaya mendapat lebih 7,000 penyertaan yang kebanyakannya terdiri daripada peminat siri animasi Pokémon serta pengemar larian.

Foto: Fatin/BuzzKini

Peserta Alami Pengalaman Istimewa Sepanjang Trek Larian

Berbeza dengan acara larian yang lain, Pokémon Run In Kuala Lumpur 2024 memberi pengalaman istimewa kepada peserta dengan trek laluan yang dipenuhi inflatables bertema Pokémon.

Setiap peserta berpeluang bergambar dengan watak-watak popular siri animasi berkenaan antaranya seperti Pikachu, Bulbasaur dan Skelerdige.

Foto: Fatin/BuzzKini

Tidak hanya itu, Julie’s telah memberikan keunikan dengan memberikan peluang kepada peserta untuk menikmati hidangan canapés yang diperbuat daripada biskut Julie’s.

Resipi canapés yang diedarkan direka khas dengan kerjasama influencer makanan terkenal iaitu Hazwan, Sid Murshid serta Jun and Tonic.

Lebih menarik, botol air edisi terhad yang menampilkan watak Pokémon turut diedarkan khas buat peserta bagi menggalakkan mereka mengisi semula air di stesen yang dibina khas oleh Julie’s.

“Kami faham bahawa detik paling berharga dalam kehidupan seseorang berlaku apabila orang ramai berkumpul dan menikmati masa bersama-sama ada dikalangan keluarga, rakan-rakan atau komuniti.

“Sebagai penaja utama Fun Run Pokémon, larian ini merupakan peluang yang menarik untuk Julie’s mempromosikan budaya kebersamaan secara meriah dan unik.

Foto: Fatin/BuzzKini

“Sama seperti biskut kami yang mendekatkan orang ramai menerusi pengalaman bersama yang dikongsi sambil menikmati biskut Julie’s, Pokémon juga dapat memupuk hubungan di kalangan semua generasi melalui jenama mereka yang menyeronokkan.

“Kami berharap untuk menambahkan kegembiraan orang ramai dan memberi inspirasi kepada perserta untuk mencipta kenangan yang berkekalan bukan sahaja semasa larian ini, tetapi juga semasa aktiviti harian biasa seperti menikmati biskut kami bersama orang tersayang,” kata Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng Sai menerusi satu kenyataan.

Tawar Pengalaman Menarik Buat Peserta Termasuk Harga Istimewa Biskut Julie’s

Sempena karnival ini juga, Julie’s telah menawarkan tawaran eksklusif buat pengunjung yang mahu membeli biskut pada harga istimewa.

Tidak hanya itu, Julie’s turut menyediakan kawasan rehat yang dilengkapi beberapa tempat duduk, stesen pengecas telefon serta stesen isi semula air bagi memudahkan pengunjung khususnya peserta larian berehat sambil menikmati aktiviti di pesta tersebut.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan resipi istimewa canapés atau apa sahaja info berkenaan produk Julie’s, anda boleh melayari laman web rasmi atau berkunjung ke Facebook atau Instagram Julie’s.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.