Kempen ‘Get Active Let’s Move’ Oleh Anlene Malaysia Beri Kesedaran Tentang Pentingnya Kesihatan Tulang
Menurut Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dan Singapura, melalui kempen Get Active Let’s Move, orang ramai berpeluang untuk menilai status kesihatan tulang mereka melalui aktiviti Mobility Check secara percuma.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pernah tak anda rasa susah bila angkat barang atau lutut akan berasa sakit bila bangun secara tiba-tiba? Itu mungkin boleh jadi tanda-tanda awal tulang atau otot anda semakin lemah!
Risaukan? Keadaan sebegitu sudah pastinya boleh menganggu kehidupan seharian lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang yang aktif.
Tetapi, jika anda mengambil langkah awal dalam penjagaan kesihatan tulang, anda mingkin tidak akan berhadapan dengan situasi sedemikian.
Anlene Malaysia Lancar Kempen Get Active, Let’s Move
Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia 2024, Susu Tepung Dewasa Nombor Satu di Malaysia, Anlene, telah melancarkan Kempen Get Active Let’s Move di One Utama pada Oktober lalu.
Kempen tersebut bertujuan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya kesihatan tulang, sendi dan otot selain membantu orang ramai untuk terus bebas bergerak dan menikmati kehidupan tanpa batasan.
Menurut Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dan Singapura, Lim Siew Poh, adalah menjadi keperluan segera bagi Anlene untuk meningkatkan kesedaran tentang osteoporosis dalam kalangan orang dewasa di Malaysia.
“Sebagai jenama utama dalam kesihatan tulang, sendi, dan otot, kempen Get Active, Let’s Move oleh Anlene menekankan keperluan menggalakkan warga Malaysia mengenali tanda amaran badan mereka dan mengambil langkah proaktif ke arah kesihatan tulang dan otot yang lebih baik.
“Anlene terus berada di barisan hadapan dalam menyokong kesihatan tulang, sendi, dan otot dengan menyediakan imbasan ultrasound ketumpatan tulang dan penilaian kekuatan otot secara percuma melalui Anlene Mobility Check yang sedang berlangsung.
“Sejak Disember 2022, kami berkongsi maklumat yang penting mengenai kesihatan tulang dan otot kepada lebih daripada 50,000 warga Malaysia,” katanya.
Boleh Nilai Status Kesihatan Tulang Melalui Aktiviti Mobility Check
Jelasnya lagi, melalui kempen itu juga, orang ramai berpeluang untuk menilai status kesihatan tulang mereka melalui aktiviti Mobility Check.
“Kempen terbaru kami dan aktiviti Mobility Check bertujuan untuk menilai status kesihatan tulang dan otot masyarakat, membantu mereka mengenal pasti tanda-tanda awal, serta mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan mereka mempunyai kekuatan dan kebolehan bergerak untuk melakukan apa sahaja yang mereka gemari setiap hari,” jelasnya lagi.
Jalin Kerjasama Dengan International Osteoporosis Foundation
Apa yang lebih menarik, Anlene turut mengukuhkan komitmennya dengan menjalin kerjasama bersama International Osteoporosis Foundation (IOF).
Melalui kerjasama itu, IOF mengiktiraf produk Anlene sebagai sebahagian pilihan pemakanan penting dalam memenuhi keperluan nutrisi tulang.
IOF turut menyokong aktiviti Anlene Mobility Check yang menyediakan imbasan tulang secara percuma sekali gus meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai risiko osteoporosis.
Anlene GOLD 5X™ Beri Keperluan Nutrisi Orang Dewasa
Pada masa yang sama, Anlene sentiasa komited dalam menyokong kebebasan bergerak melalui kesihatan tulang, sendi dan otot dengan produk Anlene GOLD 5X™ yang mengandungi nutrien penting bagi menyokong keperluan nutrisi orang dewasa.
Dengan hanya dua gelas sehari, Anlene GOLD 5X™ menyediakan 100% keperluan harian kalsium, vitamin D, protein tinggi, kolagen, MFGM ActiveTM dan 17 vitamin serta mineral.
Malah, ada kajian menunjukkan pengambilan dua gelas susu yang kaya dengan nutrien seperti kalsium, vitamin D, magnesium, dan zink dalam sehari boleh membantu mengurangkan kemerosotan tulang dalam tempoh empat minggu.
Pengambilan MFGM ActiveTM berserta senaman yang kerap pula dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dalam yang sama.
“Bagi mereka yang gemar akan perisa yang lain, Anlene GOLD 5X™ juga tersedia dalam perisa Café Latte dan Dark Chocolate, yang menawarkan manfaat kesihatan yang sama,” kata Lim lagi.
Jom Check Kesihatan Tulang Di Anlene Mobility Check Roadshow
Buat anda yang berminat mahu menilai status kesihatan tulang secara percuma, anda boleh menyertai Anlene Mobility Check Roadshow di pelbagai lokasi dan cawangan Aeon di seluruh negara sepanjang tempoh November hingga Disember ini.
Nak tahu info lanjut seperti tarikh dan lokasi terkini Anlene Mobility Check Roadshow? Anda boleh layari laman web Anlene di sini.