Brick-tacular Holidays Meriahkan Pengunjung Legoland Malaysia Dari 15 November Hingga 5 Januari
Selain berpeluang bertemu Master Model Builder pertama di Malaysia, Zariq secara peribadi, tetamu juga boleh mempelajari teknik, trik dan membawa kemahiran membina Lego ke peringkat seterusnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pejam celik pejam celik, kita sudah pun menghampiri penghujung tahun 2024. Jadi bersempena musim cuti yang bakal tiba ini, apa kata cipta kenangan yang sukar dilupakan di LEGOLAND® Malaysia Resort’s Brick-tacular Holidays!
Dari 15 November 2024 hingga 5 Januari 2025 (Ya! hampir dua bulan) Legoland Malaysia Resort yang terletak di Johor akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik sekaligus menjanjikan keseronokan, keterujaan buat para tetamu bagi setiap peringkat usia.
Selain aktiviti sedia ada di taman tema ini, terdapat banyak lagi program menarik seperti persembahan langsung yang memukau, bengkel percutian eksklusif dan penampilan karakter-karakter istimewa yang akan menghidupkan keajaiban musim ini.
Bukan itu sahaja, bagi memeriahkan lagi sambutan, tetamu berpeluang memenangi hadiah harian bernilai RM50,000 daripada Cabutan Kalendar Advent.
Bagi tahun ini, LEGOLAND Malaysia berbangga menjadi sebahagian daripada ‘Build to Give’, inisiatif gabungan semua 10 Pusat Peranginan LEGOLAND dan 29 Pusat Penemuan LEGOLAND di seluruh dunia bagi misi global untuk menyebarkan kegembiraan.
Jadi apa kata sertai bengkel ‘Build to Give’ dan bina Lego berbentuk hati anda sendiri. Setiap blok hati yang dibina dan dikongsi di media sosial dengan #BuildtoGive, LEGO akan menderma satu set mainan kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Temui Master Model Builder di Legoland Johor
Jika anda ingat baru-baru ini Legoland Malaysia telah memperkenalkan Master Model Builder pertama di Malaysia, Zariq Mohd Ali.
Bukan sahaja kreatif, malah Zariq yang kini merupakan duta Legoland Malaysia juga terkenal sebagai polyglot kerana lancar dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis selain boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Cina serta Sepanyol.
Baca artikel berkaitan: Legoland Malaysia Perkenal Master Model Builder Pertama Di Malaysia
Jadi ambil peluang ini untuk ‘meet and greet’ dengan beliau di Legoland Malaysia Resort.
Workshop Wonderland
Sertai Master Model Builder, Zariq dengan bengkel ekslusif Build & Create. Selain berpeluang bertemunya secara peribadi, tetamu juga boleh mempelajari teknik, trik dan membawa kemahiran membina anda ke peringkat seterusnya.
Anda akan menjadi antara yang pertama belajar daripada pakar LEGO sejati, jadi jangan ketinggalan!
Holly Jolly Shows
Hujung tahun adalah waktu paling indah Jadi mulakan sambutan di “Season of Giving Kickoff” yang menampilkan LEGO® Santa bersama rakan-rakannya sambil bergembira di sekitar pentas di “Ollie’s Holiday Groove”,
Anda juga boleh menyanyi bersama-sama dengan “Wizard’s Festive Tune” sambil menonton para penari kegemaran bertarung di pertarungan tarian “Elves vs Toy Soldier”.
Selepas seharian berlibur, tamatkan hari anda di “Farewell Finale”, satu pengakhiran percutian yang sempurna di musim perayaan!
Bukan itu sahaja! “Pertunjukan Ilusi Brick-tacular” pasti membuat anda terpesona dan kagum dengan teknik silap mata dan aksi ilusi yang menakjubkan. Aktiviti ini akan berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad antara 15 hingga 31 Disember.
Dan jika anda ingin menjadikan sambutan hujung tahun anda lebih bermakna, sertai krew Legoland di “Brick-tacular Parade”, lengkap dengan pancaragam dan penghibur, yang berlangsung dari 21 hingga 25 Disember!
Sambut cuti dan perayaan hujung tahun dengan aktiviti menarik
Selain itu jangan lepaskan peluang untuk membina dan menghias LEGO kek cawan (cupcake) di ruangan anda untuk digantung pada pokok Krismas yang terdapat di sana. Buat korang atau ahli keluarga yang sukakan cabaran, serlahkan kemahiran ‘membina dengan pantas dan lihat sama ada korang koleh menyiapkan LEGO candy cane kurang dari catatan masa yang ditetapkan.
Sambil meneroka taman di sini, ‘buka mata anda besar-besar’ untuk mencari LEGO Snowmen yang tersembunyi di kawasan Miniland. Jika dapat menemui kesemua lapan Snowmen berserta nama rahsia mereka, anda akan dapat membawa pulang Token Krismas Istimewa!
Selain itu terdapat banyak lagi aktiviti menarik seperti:
- Cipta kenangan di sesi Meet & Greet
- Cabutan Kalendar Advent
- Minifigure Cabin Delights
Untuk maklumat lanjut tentang acara Brick-tacular Holidays di Legoland Malaysia, layari laman Legoland di sini.