MR.DIY PLUS Buka Cawangan Di JB, Kedai Pertama Bawa Konsep ‘Jewel’
Apa yang lebih menarik sempena pembukaan kedai baharu MR D.I.Y PLUS ini pelbagai aktiviti dan promosi menarik turut disediakan bermula 18 hingga 24 November 2024.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja MR D.I.Y pasti ramai yang ‘familiar’ dengan nama dan kedainya, malah ia merupakan salah satu kedai kegemaran ramai rakyat Malaysia di seluruh negara.
Bukan hanya memiliki pelbagai barangan yang memenuhi keperluan pelanggan bahkan kedai ini turut menawarkan harga yang berpatutan kepada orang ramai sehingga ia menjadi kegilaan masyarakat di negara ini.
MR D.I.Y PLUS buka lancar kedai baharu di Johor Bahru dengan bawa konsep ‘jewel’
Susulan dengan sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan, MR D.I.Y grup hari ini (18 November) telah melancarkan kedai terbaharunya iaitu MR D.I.Y PLUS di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Apa yang menarik kedai yang dibuka ini turut mencerminkan ciri-ciri kepelbagaian negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia ini seperti sejarahnya, budaya yang meriah, pandangan yang moden serta kedudukan yang strategik sebagai pintu gerbang ke negeri di selatan.
Malah ekonomi yang pesat juga menjadikan Johor sebuah permata (jewel) yang sebenar.
Konsep ‘jewel’ dibawa untuk menampilkan keindahan warisan Johor
Untuk mengembangkan lagi konsep ‘Jewel’ kedai ini turut menampilkan permata di hadapan pintu masuk yang diinspirasikan daripada batu permata dengan reka bentuk cermin, karya seni berlian merah delima serta corak geometri.
Bukan hanya itu, setiap sudut di kedai utama MR D.I.Y PLUS ini juga akan mencipta pengalaman yang menarik dan bermakna untuk pengunjung.
Karya seni ‘jewel’ yang dipamerkan di tengah-tengah kedai ini adalah salah satu penambahan yang akan memukau keindahan dan warisan Johor dengan reka bentuk berinsipirasikan batu permata yang sangat berseni.
Malah buat anda yang suka ber ‘OOTD’ kawasan ini merupakan salah satu spot wajib serta sesuai untuk bergambar.
Jelas Ketua Pemasaran MR D.I.Y grup, Alex Goh pihaknya komited dalam membawa konsep yang menarik untuk meraih perhatian pelanggannya.
“Tema ‘jewel’ untuk kedai ini adalah penghormatan kepada Johor, sebuah negeri progresif dan dinamik yang dikagumi rakyat Malaysia- satu permata yang sebenar. Dengan inspirasi ini, kami mencipta perjalanan peruncitan istimewa yang merangsang pancaindera dan meraikan semangat Johor.
“Komuniti dan perkembangan Johor Bahru yang pesat menjadikan ia lokasi ideal untuk kedai utama ini. Kami berhasrat untuk menjadi lebih daripada sekadar peruncit, kami ingin menjadi sebahagian daripada komuniti ini, mencipta ruang yang mesra untuk warga Johor. MR D.I.Y PLUS di The Mall Mid Valley Southkey menyediakan pengalaman membeli-belah yang menarik, memenuhi keperluan harian, meraikan semangat Johor, dan sudah pastunya menawarkan ‘Always Low Prices’ (sentiasa pada harga rendah),” katanya.
MR D.I.Y PLUS di Johor Bahru adalah kedai ke 1,300
Untuk makluman, MR D.I.Y PLUS yang dibuka ini merupakan kedai ke 1,300 syarikat berkenaan yang berkeluasan 33,000 kaki persegi serta menawarkan lebih daripada 17,000 produk dari jenama MR D.I.Y grup seperti:
- MR D.I.Y
- MR. DOLLAR
- MR. TOY
- EMTOP
Apa yang menarik lagi mengenai kedai ini adalah ia menawarkan pengalaman interaktif yang menarik di mana penggunjung dapat melihat Skrin LED dengan sensor pergerakan, ruang promosi khusus, ruang bengkel dan acara, zon ‘retailtainment’, taman permainan kekal termasuk bilik seni infiniti.
Selain itu, pelbagai aktiviti dan promosi menarik turut disediakan sempena dengan pembukaan MR D.I.Y PLUS ini bermula 18 hingga 24 November 2024 ini.