fbpx
Now Reading
Peak Fitness Buka Cawangan Premier Di The Exchange 106 [Video]

Peak Fitness Buka Cawangan Premier Di The Exchange 106 [Video]

Peak Fitness Premier ini direka untuk semua golongan, sama ada ‘newbie’ atau mereka yang sudah berpengalaman dalam dunia gimnasium.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peneraju dalam industri kesihatan dan kecergasan, Peak Fitness hari ini (18 November) telah mengadakan majlis pembukaan cawangan utama baharunya di The Exchange 106, TRX.

Terletak di tingkat bawah Exchange 106, cawangan berstatus Premier ini dijangka menjadi pilihan utama untuk pencinta kecergasan dengan kemudahan moden dan persekitaran yang mesra komuniti.

Pengalaman kecergasan yang unik

Peak Fitness Premier ini direka untuk semua golongan, sama ada ‘newbie’ atau mereka yang sudah berpengalaman dalam dunia ‘fitness’.

Salah satu tarikan utamanya adalah kolam ais untuk Terapi Air Sejuk yang akan terdapat di cawangan ini sahaja.

Pengasas Bersama Peak Fitness, Dr. Andrea Lim turut berkongsi kegembiraannya tentang pembukaan cawangan baharu ini.

“Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada (keluarga) TRX, salah satu kawasan paling dinamik di Kuala Lumpur.

“Cawangan baharu ini mencerminkan dedikasi kami untuk membina komuniti yang fokus pada kesihatan dan kesejahteraan,” katanya.

Rekaan moden dan kemudahan premium

Gim ini menawarkan rekaan moden dengan semua yang diperlukan untuk senaman kecergasan yang serba lengkap.

Antara kemudahan itu termasuklah:

  • Zon Pemulihan dan Kesejahteraan: Menyediakan sauna detoks, terapi kontras, kolam air sejuk dan panas (onsen) untuk relaksasi mendalam dan ruang regangan untuk meningkatkan fleksibiliti serta melegakan ketegangan.
  • Latihan Kardio dan Kekuatan: Terdapat pelbagai fasiliti seperti platform angkat berat, ruang latihan fungsional, dan mesin kardio seperti treadmill, basikal, ‘rowers’dan ‘ellipticals’.
  • Latihan Berkumpulan dan Peribadi: Pelbagai kelas berkumpulan seperti Bodypump, Zumba, Yoga, Pilates, serta latihan intensiti tinggi (HIIT), selain sesi latihan peribadi bersama jurulatih profesional.

Lebih Daripada Sekadar Gim

Peak Fitness juga menawarkan kemudahan mewah untuk meningkatkan pengalaman kecergasan anda seperti:

 • Kafe Dalam Gim: Dikendalikan oleh Kenny Hills Coffee Roasters, kafe ini adalah tempat santai untuk menikmati snek atau minuman yang sihat.

 • Bilik Persalinan Mewah: Lengkap dengan loker yang selamat, kelengkapan mandian premium, dan ruang persalinan yang selesa untuk pengalaman selepas bersenam yang menyegarkan.

Waktu Operasi yang Fleksibel

Waktu operasi gim ini juga sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan mereka yang mempunyai jadual harian yang ketat:

  • Hari Bekerja: 6.30 pagi – 10.00 malam
  • Sabtu: 8.00 pagi – 9.00 malam
  • Ahad dan Cuti Umum: 8.00 pagi – 8.00 malam

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.