fbpx
Now Reading
Tengah Cari Beg Sesuai Untuk Semua Jenis Percutian? Ini Bagasi Yang Ideal Untuk Kaki Travel!

Tengah Cari Beg Sesuai Untuk Semua Jenis Percutian? Ini Bagasi Yang Ideal Untuk Kaki Travel!

Nak pastikan pengembaraan berjalan dengan lancar, pastikan anda memilih dan menggunakan beg atau bagasi yang sesuai mengikut destinasi bakal dituju.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti percutian sememangnya memberi rasa teruja kepada setiap individu. Siapa sahaja di dunia ini tak suka pergi bercuti? Semua orang pasti sukakannya. Namun sebelum pergi bercuti, perkara paling pening sekali nak buat adalah mengemas barang yang akan dibawa.

Pemilihan bagasi (luggage) yang tepat memainkan peranan penting kerana ia akan digunakan bagi membawa barang seperti pakaian, peralatan make-up dan sebagainya.

Nak pilih luggage yang sesuai pun tak mudah, ya. Kena fikir betul-betul jenama dan ciri yang berkualiti tinggi tapi harga tak terlalu mahal.

Luggage Hunting!

Tanpa melengahkan masa, mereka terus ke kedai American Tourister yang terletak di Sunway Velocity Mall.

Sedang Curtis dan Amrel lalu di hadapan kedai bagasi American Tourister, mereka terpandang dua luggage dari jenama popular tersebut iaitu Curio dan Argyle.

Ia merupakan koleksi terbaharu dari American Tourister dan merupakan luggage paling sesuai untuk dibawa ke mana sahaja lokasi dan dalam apa jua keadaan.

Pegang Beg Pun Dah Boleh Dapat ‘Bayangan’ Pergi Ke Destinasi Percutian!

Yang menariknya, setiap kali Curtis dan Amrel memegang koleksi bagasi terbaharu ini, mereka seolah-olah sudah berada di lokasi percutian yang ingin ditujui.

Sebagai contoh, sebaik Curtis menyentuh beg Curio bersaiz medium, dia sudah mendapat ‘vision’ di mana dirinya diselaputi kabus tebal dan suhu nyaman seperti berada di Perancis!

Malah, dalam imaginasinya dia sudahpun menggunakan beg Curio tersebut yang dipenuhi barang-barang seperti baju sejuk dan lain-lain.

Kuat sungguh berangan!

Mahu Amrel Rasai Pengalaman Sama Sepertinya

Dengan rasa teruja dan mahu Amrel merasai pengalaman sama, Curtis terus meminta Amrel memegang beg Curio tersebut.

Sama seperti Curtis, Amrel juga teruja dengan pengalaman dalam dunia khayalannya yang terus membawa dia ke Australia dan melakukan aktiviti ekstrem seperti menunggang kuda selain bersia-siar menaiki bot.

Malah, pelbagai kelengkapan yang sesuai digunakan untuk aktiviti lasak itu turut dibawa dengan hanya menggunakan beg Curio.

Sedar dengan ‘magis’ pada bagasi berkenaan, mereka yang sudah kembali ke dunia realiti lantas bersama-sama memegang luggage itu sebelum sekali lagi ‘teleport’ ke destinasi lain antaranya seperti Korea Selatan dan Bahamas.

Bila dah habis berangan, rupanya baru sedar bahawa mereka masih berada di kedai American Tourister. 🤭

Ada Diskaun Sebanyak 50%?!

Kalau korang nak tahu, dengan membeli satu set bagasi CURIO 3P yang terdiri dari tiga saiz beg, korang boleh dapat diskaun sebanyak 50%!

Bukan itu sahaja! Bermula 8 November 2024 hingga 5 Januari 2025, korang juga boleh dapatkan set bagasi daripada American Tourister dengan hanya bermula RM799.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari laman web mereka di sini.

American Tourister, Sunway Velocity Mall

  • Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Lokasi: Unit No. 1-42, First Floor, Sunway Velocity Mall, Lingkaran Sunway Velocity, Jalan Cheras, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain di Sunway Velocity, barangan American Tourister juga boleh didapati di Parkson, Seibu (TRX), Sogo, Isetan dan eslite Spectrum (The Starhill KL).

Bagi kaki online shopping pula, korang boleh membeli secara dalam talian melalui platform Lazada, Shopee dan Zalora.

Apa Sebenarnya Jadi Dekat Amrel & Curtis? Boleh Tonton Sendiri Video Kat Bawah:

Final_The Curio-us Case of Argyle_2024_AT x BUZZKINI

Kajian terbaru menunjukkan bahawa rakyat Malaysia antara yang paling tak gembira dalam Asia Tenggara, dan juga antara negara yang paling teruk dari segi keseimbangan kerja-hidup (no.2 daripada 60 negara!). Itulah sebabnya kita patut plan untuk bercuti dan rilek sekejap… Tapi tak sangka pulak koleksi Argyle & Curio daripada American Tourister betul-betul membawa kita “pergi bercuti”! Mereka sedang menawarkan Getaway Bundle yang bermula dari RM799 saja — sah sampai 5 Januari 2025! Tinggalkan segala beban dan angkat je Argyle atau Curio untuk percutian idaman anda dekat tempat-tempat ni! 📍Sunway Velocity, Unit No 1-42, First Floor, Sunway Velocity Mall 📍Isetan KLCC, Level 3, Suria KLCC 📍Isetan The Gardens, Level 2, Gardens Mall 📍Parkson Elite Pavilion Kuala Lumpur, Level 6, Pavilion KL 📍Parkson Elite 1 Utama, 2nd Floor, 1 Utama 📍Parkson Sunway Pyramid, Lower Ground Floor, Sunway Pyramid 📍Parkson Mahkota Parade, Level 2, Mahkota Parade 📍Parkson Ipoh Parade, Level 1, Ipoh Parade 📍Parkson Imago, KK, Level 2, Imago Shopping Centre 📍Sogo KL, Level 2, Sogo KL 📍Sogo South Key Mall, Ground Floor, Sogo South Key Mall, JB 📍eslite Spectrum Kuala Lumpur, First Floor, The Starhill KL 📍Seibu, TRX, Level 2, TRX American Tourister

Posted by BuzzKini on Wednesday 20 November 2024
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.