Macam Mana Panda Bijak Dalam Wujudkan Suasana Yang Selesa? Ini Adalah Kepakaran Haiwan Comel Ini
Dari segi saintifik, panda juga dikenali dengan nama ‘Ailuropoda melanoleuca’ yang membawa maksud binatang hitam putih berkaki kucing.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali nampak haiwan panda yang berwarna putih dan hitam di zoo, mesti ramai yang geram dengan kecomelan mereka kan? Rasa nak peluk dan bawa balik rumah!
Dari segi saintifik, panda juga dikenali dengan nama ‘Ailuropoda melanoleuca’ yang membawa maksud binatang hitam putih berkaki kucing.
Kalau anda nak tahu, panda mengambil masa separuh hari iaitu 12 jam untuk makan sahaja serta mempunyai jangka masa hidup sekitar 20 hingga 30 tahun jika dijaga dengan baik.
Bagaimana Panda Boleh Wujudkan Suasana Yang Selesa?
Mengikut kajian, panda memerlukan suhu sekeliling sekitar 18 hingga 21 darjah Celcius untuk mewujudkan suasana yang selesa selain perlu dikelilingi dengan habitat kayu buluh.
Selain itu, haiwan ini juga tidak boleh didedahkan dengan suasana yang bising dan perlu sentiasa berada dalam suasana yang senyap.
Selain itu, panda adalah haiwan yang pandai berenang dan faktor fizikalnya membuatkan panda senang untuk menyembunyikan diri di kawasan bersalji. Ketika berusia lima bulan, anak panda juga sudah pandai memanjat dengan berlatih memanjat pada badan ibunya.
MR.DIY Perkenal Maskot Baru Yang Cute!
Bercerita tentang panda, tahukah anda MR.DIY baru sahaja memperkenalkan maskot terbaharu mereka iaitu seekor panda bernama PANDAi.
Jika anda perasan, nama maskot ini adalah gabungan ‘panda’ dengan huruf ‘i’ yang membawa kepada sebutan PANDAi. Kalau dalam bahasa Melayu, pandai itu bermaksud bijak.
Jadi, sesuailah karakter PANDAi ini dijadikan sebagai maskot utama untuk kempen terbaharu dari MR.DIY iaitu ‘PANDAi Jaga Anda’ di mana ia mencerminkan komitmen MR.DIY dalam menjaga masyarakat dengan memberikan solusi yang pintar bagi segala keperluan harian.
Tapi mesti ada yang pelik, kenapa panda? Ini kerana haiwan ini dikenali dengan karakter yan mesra, comel, bijak dan boleh dikatakan semua orang menyukainya.
Sama seperti panda, maskot ini juga akan memberikan kegembiraan kepada para pelanggan.
Eh tapi, apa jadi dengan maskot MR.DIY sebelum ini yang berbentuk penukul? Jangan risau, karakter itu masih bersama dengan jenama ini dan PANDAi adalah tambahan untuk ‘keluarga’ ini bagi memeriahkan lagi orang ramai.
Antara Aktiviti Menarik Sempena Kempen ‘PANDAi Jaga Anda’ Di Bukit Bintang
Kempen ‘PANDAi Jaga Anda’ oleh MR.DIY ini telah pastinya akan menarik perhatian ramai terutamanya mereka yang berada di sekitar Bukit Bintang.
Ini antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang kempen ini berlangsung. Antaranya:
#1 Patung Gergasi PANDAi
Bagi anda yang mahu berjumpa dengan patung comel ini secara bersemuka, boleh cari di sekitar Fahrenheit 88 iaitu di luar butik uniqlo yang dibina dengan ukuran berketinggian 14ft dengan lebar 14ft. Anda akan lihat patung PANDAi ini memegang payung berwarna kuning untuk memberikan perlindungan bagi mereka yang mahu berteduh dari cahaya matahari atau hujan.Tapi anda kena cepat kerana ia hanya akan berada di sana sehingga 29 November.
#2 Bas Hop-On Hop-Off
Sebanyak 10 buah maskot PANDAi telah mengelilingi Kuala Lumpur dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off pada 7 November lalu sambil berinteraksi dan melambai tangan ke arah orang ramai dari bas yang dinaiki. Comel je!
#3 Flash Mob
Bukan itu sahaja, aktiviti ‘flash mob’ ketika hari pelancaran bersama media juga memperlihatkan sebanyak 24 PANDAi berarak dan memenuhkan ruangan di hadapan patung PANDAi.
#4 PANDAi Bersiar-siar Sambil Beri Hadiah
Bagi anda yang mahu mendapatkan barangan percuma, bersiap sedia kerana maskot PANDAi akan memberikannya secara percuma.
Untuk anda yang mahu mendapatkan ‘freebies’ tersebut, berikut adalah jadualnya:
- IOI City Mall, Putrajaya: 23 November pada jam 5pm hingga 7pm.
- Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur: 30 November pada jam 5pm hingga 7pm.
- MRT Cochrane ke MRT Pasar Seni: 4 Disember pada jam 2pm hingga 5pm.
- Elmina Lakeside Mall: 7 Disember pada jam 5pm hingga 7pm.
#5 Filem Web
Bagi menghargai lagi maskot terbaharu dari MR.DIY ini, ada tiga mini filem web menunjukkan bagaimana PANDAi bijak menjaga masyarakat dalam senario yang berbeza menggunakan produk dari MR.DIY.
Tiga filem web itu mengetengahkan tiga kisah berbeza iaitu:
#6 Skrin 3D DOOH 180 Darjah
Malah sebelum ini pengunjung di sekitar Bukit Bintang juda telah diperlihatkan dengan skrin tiga dimensi DOOH 180° di mana klip video maskot PANDAi yang dipaparkan beberapa kali dalam sehari bersama iklan-iklan yang lain. Serius sangat comel!
Sertai Pertandingan Snap & Win Untuk Menangi Hadiah Menarik!
Nak tahu apa yang lagi best? Anda boleh menang baucar bernilai RM100 dari MR.DIY. Senang je, hanya perlu bergambar atau mengambil video dengan 14ft patung PANDAi di Fahrenheit 88.
30 pemenang yang bertuah akan dipilih oleh MR.DIY pada setiap minggu bermula dari 7 hingga 27 November 2024.
Jangan lupa untuk muat naik gambar dan video anda dengan #PANDAiJagaAnda dan tag MR.DIY di media sosial. Kemudian, hantarkan penyertaan anda dengan klik SINI.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, boleh layari laman web MR.DIY.
P/s: Katanya ada banyak juga perkara menarik yang akan berlangsung pada bulan Disember ini. Nantikan info di akaun media sosial MR.DIY.