fbpx
Now Reading
Acara ‘Wonderland Walk: Miles with ecoBrown’s 2024’ Tingkatkan Kesedaran tentang Diabetes

Acara ‘Wonderland Walk: Miles with ecoBrown’s 2024’ Tingkatkan Kesedaran tentang Diabetes

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (24 November) telah berlangsungnya acara Wonderland Walk: Miles with ecoBrown’s 2024 anjuran ecoBrown’s, jenama terkemuka dari Serba Wangi Sdn. Bhd di 99Wonderland Park, Selayang, Kuala Lumpur.

Bagi tahun ini, terdapat dua kategori acara yang diadakan iaitu berjalan sejauh 3KM di lokasi dan berjalan sejauh 6KM secara maya.

Aktiviti berjalan dimulakan pada pukul 4 petang, di mana para peserta menikmati laluan yang indah melalui taman, manakala berjalan secara maya membenarkan orang ramai untuk menyertai dari mana-mana lokasi, dengan peserta dapat menyelesaikan jarak 6KM mengikut kadar mereka sendiri.

Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Serba Wangi Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak RM25,000 kepada Diabetes Malaysia menerusi acara Wonderland Walk: Miles with ecoBrown’s 2024.

Dana ini bertujuan untuk:

  • Menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai diabetes
  • Langkah pencegahan diabetes
  • Penjagaan pesakit yang sudah didiagnos sebagai penghidap diabetes

Sumbangan ini mencerminkan komitmen Serba Wangi terhadap kesejahteraan masyarakat dan usaha berterusan untuk memberi impak positif kepada komuniti.

Ketua Jabatan Pemasaran Serba Wangi Sdn Bhd, Vynce Lim turut menzahirkan rasa terima kasih kepada penaja acara dan juga rakan kongsi mereka.

“Ucapan terima kasih kepada Spritzer Sparkling, Himalaya, Decathlon, dan Signature Market atas sumbangan mereka dalam kejayaan acara ini. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Diabetes Malaysia atas usaha berterusan mereka dalam menyebarkan kesedaran serta memberi pencerahan kepada individu untuk membuat pilihan yang lebih bijak mengenai kesihatan mereka.”

ecoBrown’s terus komited untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat melalui diet seimbang dan hidup aktif.

“Ini bukan hanya sekadar berjalan; ia adalah langkah menuju masa depan yang lebih sihat.

“Kami berharap agar dapat usaha sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat,” kata Vynce Lim lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ecoBrown’s dan acara-acara yang akan datang, sila klik link di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.