fbpx
Now Reading
Parkview Cafe Jadi Spot Menarik Untuk Nikmati Hidangan Dengan View KLCC [Review]

Parkview Cafe Jadi Spot Menarik Untuk Nikmati Hidangan Dengan View KLCC [Review]

Bukan hanya pemandangan semata-mata, menu yang ada di Parkview Cafe juga pasti akan membuatkan anda rasa sangat berbaloi untuk berada di sini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercuti ke Malaysia, salah satu lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong adalah Menara Berkembar Petronas.

Antara perkara yang menjadi kewajipan pelancong untuk dilakukan setelah datang ke sini semestinya bergambar dengan latar belakang bangunan ikonik tersebut.

Jika anda mahu menikmati suasana bangunan ikonik ini dengan lebih mengujakan, ada satu lokasi yang pastinya akan membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang ke sini.

Layan ‘view’ Menara Berkembar Petronas sambil makan di Parkview Cafe

Parkview Cafe yang terletak di Aras 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menawarkan pengalaman menjamu selera sambil menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas.

Kafe yang boleh memuatkan seramai 120 orang ini dilancarkan sebagai ruang makan dan ruang acara serba boleh, sama ada untuk menganjurkan majlis korporat atau menikmati makanan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Parkview Cafe juga menampilkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang memukau mata dan kehijauan Taman KLCC seluas 50 ekar.

Parkview Cafe bukan hanya sajikan view yang indah, malah makanan yang sedap-sedap

Bukan hanya pemandangan semata-mata, menu yang ada di kafe ini juga pasti akan membuatkan anda rasa sangat berbaloi untuk berada di sini.

Kami berpeluang merasai sendiri pengalaman memenuhi nafsu gastronomi dengan beberapa menu yang ada di kafe ini, semalam (5 Disember).

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Antara menu yang begitu memikat hati kami adalah Roasted Garlic of Lamb Loin. Rasa dagingnya yang tidak hanyir dah sungguh lembut serta mudah hancur ketika dikunyah. Memang tak liat langsung.

Apabila daging ini dimakan dengan sos dan kentang putar yang dihidangkan bersama, kombinasinya cukup mengagumkan!

Roasted Garlic of Lamb Loin (Foto:BuzzKini/Hairy Ezreen)

Selain itu, menu Maguro Poke Bowl juga antara yang menjadi kegemaran kami lebih-lebih lagi bagi penggemar ikan tuna.

Kalau nak cuba menu ini, anda mungkin akan rasa biji buah delima yang digandingkan di dalamnya. Tapi mungkin tak berapa kena dengan tekak kami.

Kalau nak rasa sendiri boleh cuba order. Mana tahu suka. ☺

Bagi pencinta sayur-sayuran pula, anda boleh cuba Miso Confit Mixed Mushroom Salad. Gabungan antara cendawan dan tomato yang ditambah dengan rasa minyak zaitun boleh membuatkan anda jatuh cinta pada menu ini.

Maguro Poke Bowl & Miso Confit Mixed Mushroom Salad (Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen)

Tidak ketinggalan juga beberapa menu pencuci mulut (dessert) yang ada di Parkview Cafe ini. Antara yang paling kami gemari dan kena dengan citarasa rakyat Malaysia adalah Kek Onde-onde.

Kek Onde-onde (Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen)

Selain makanan utama dan pencuci mulut, Parkview Cafe juga menyediakan pelbagai menu sarapan pagi, menu tempatan seperti nasi lemak, roti canai, menu barat dan pelbagai jenis minuman termasuk kopi.

Parkview Cafe lebih daripada sekadar tempat makan

Sementara itu, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur iaitu John Burke ketika ditemui berkata, matlamat Parkview Cafe adalah untuk mencipta sesuatu yang lebih daripada sekadar tempat makanan.

“Sama ada untuk menikmati kopi bersama rakan-rakan atau untuk menganjurkan acara berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau, Parkview Café ialah ruang yang direka bentuk untuk memberi inspirasi.

“Ia merupakan tempat yang sempurna untuk memupuk hubungan antara satu sama lain dan juga untuk mencipta detik-detik istimewa,” katanya.

John Burke (Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen)

Waktu operasi Parkview Cafe

Alamat: Aras 1, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (8 pagi- 6 petang)

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.