TikTok Shop Lancar Affiliate Link Menjelang 12.12, Buka Peluang Pencipta Tempatan Jana Pendapatan
Affiliate Link memberikan pencipta TikTok Shop fleksibiliti untuk menjana komisen sambil menyokong perkembangan penjual.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
TikTok Shop, platform e-dagang berasaskan kandungan yang terkemuka, mengumumkan pelancaran ciri terbarunya, Affiliate Link, di Malaysia menjelang Jualan Akhir Tahun 12.12 yang bakal berlangsung dari 9 hingga 13 Disember 2024.
Inovasi baharu ini akan memberikan fleksibiliti kepada lebih 2 juta pencipta tempatan di TikTok Shop untuk menjana komisen sambil menyokong pertumbuhan penjual*.
Ketua Komunikasi Pemasaran TikTok Shop Malaysia, Aisya Rosly berkongsi: “Ciri Affiliate Link TikTok Shop akan memudahkan rakyat Malaysia biasa untuk mencari rezeki sebagai pencipta. Selain format Affiliate Kerjasama yang sedia ada melalui kandungan dalam aplikasi serta fungsi beg kuning ikonik kami, pencipta kini boleh memperluas capaian mereka di luar platform untuk mempromosikan penjual TikTok Shop melalui Affiliate Link.
“Ciri ini terbuka kepada semua pencipta tempatan di TikTok Shop, tanpa mengira bilangan pengikut mereka.*”
“Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS), yang mewakili lebih 96% daripada lebih 1.3 juta penjual kami di Malaysia, juga akan meraih manfaat daripada ciri baharu ini. Dengan membolehkan pencipta tempatan mempromosikan produk secara lancar di luar platform, kami memupuk satu ekosistem perdagangan sosial yang lebih inklusif dan bersepadu, di mana usahawan dan jenama tempatan dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik. Kami menggalakkan semua pencipta, baik yang baharu mahupun yang berpengalaman di TikTok Shop untuk mencuba ciri Affiliate Link semasa Jualan Akhir Tahun 12.12 yang dinanti-nantikan ini,” tambah beliau lagi.
Bagi menggunakan Affiliate Link, pencipta perlu menyertai Program Affiliate melalui Halaman Profil TikTok mereka (TikTok Studio > TikTok Shop for Creator > Enable Affiliate)*.
Pencipta boleh menjana Affiliate Link terus dalam aplikasi TikTok Shop setelah memilih produk yang layak dipromosikan dalam Program Affiliate.
Pautan ini boleh dikongsi di pelbagai platform bagi menarik trafik ke halaman produk. Pada masa yang sama, penjual akan mendapat manfaat dengan memperluas capaian mereka di luar TikTok, membolehkan pencipta mengarahkan trafik dari luar ke kedai mereka, seterusnya meningkatkan jualan dan keterlihatan produk.
Kadar komisen ditentukan berdasarkan struktur komisen penjual individu, dan hanya akan diberikan kepada pencipta apabila pesanan dipenuhi*.
Komisen daripada Affiliate Link sah untuk maksimum 100 hari. Selepas itu, pencipta perlu menjana pautan baharu. Harus ingat bahawa komisen bergantung pada sama ada pautan produk terakhir yang dilihat oleh pembeli adalah pautan pencipta sendiri.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ciri hebat ini! Jualan Akhir Tahun 12.12 TikTok Shop menawarkan baucar Penghantaran Percuma yang boleh digabungkan di seluruh platform, bersama tawaran penghabisan stok serendah RM12 pada jam 12 tengah hari setiap hari untuk jenama seperti Dynamo, NIVEA, Simplus, Swiss Thomas, Anua dan banyak lagi*.
Selain itu, terdapat juga tawaran Harga Hangat setiap hari dengan harga yang kompetitif. Jangan lupa menonton Siaran Langsung Jualan Akhir Tahun TikTok Shop pada 11 Disember dari jam 9 malam hingga 11.30 malam untuk menikmati baucar dan tawaran eksklusif siaran langsung, serta persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Ernie Zakri, dan Amir Masdi*.
Sertai cabaran tanda pagar #TikTokShop1212YearEndSale untuk berpeluang memenangi hadiah elektronik bernilai sehingga RM50,000*.
Untuk maklumat lanjut tentang Jualan 12.12 sila tekan sini.
Untuk maklumat lanjut tentang Affiliate Link TikTok Shop, sila tekan sini.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.