fbpx
Now Reading
7 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Jika Berkunjung Ke Club Med Cherating!

7 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Jika Berkunjung Ke Club Med Cherating!

Ada banyak aktiviti yang boleh korang lakukan jika berkunjung ke Club Med Cherating ni, antaranya adalah menaiki kapal layar!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Club Med Cherating yang terletak di Balok, Pahang merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya.

Malah kawasannya yang berada di tepi pantai ini juga membuatkan ramai tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menginap di resort eksklusif ini.

Baru-baru ini, team BuzzKini telah menerima satu jemputan istimewa dari Club Med Cherating untuk meneroka resort berprestij ini selama 3 hari 2 malam.

Pengalaman lebih 48 jam berada di resort berkeluasan 85 hektar ini membuatkan kami teruja. Apa yang lebih menarik, resort ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjungnya sehingga membuatkan korang pasti tak nak pulang ke bilik selagi tidak puas.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan dengan korang tujuh aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika berkunjung ke Club Med Cherating.

#1 Mendekati alam semulajadi

Umum mengetahui Club Med Cherating ini berada di tepi pantai dan dikelilingi oleh alam semula jadi. Oleh itu, ia merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk korang yang nak ‘healing’ dan meninggalkan hiruk-pikuk di bandar.

Mana taknya, bangun sahaja di awal pagi korang dah boleh dengar deruan ombak memukul pantai. Pemandangan dari bilik sahaja dah boleh buat korang rasa tenang dan nyaman sepanjang berada di sini.

Bukan hanya itu, Club Med Cherating juga turut mempunyai penambahan aktiviti baharu iaitu ‘Nature trail’ untuk korang mendekati flora dan fauna.

Perjalanan untuk nature trail ini sekitar 2 kilometer dan ia mungkin memakan masa sehingga 45 minit.

Apa yang menarik untuk nature trail ini, korang dapat melihat pemandangan laut dari tempat tinggi dan berjumpa dengan hidupan liar (jika berpeluang). Kami berpeluang jumpa Lutong dan juga ular daun sewaktu meneroka alam semulajadi ini.

Namun kami pasti korang akan enjoy sepanjang lakukan aktiviti menarik ini.

#2 Sukan air

Foto: Shatana

Jika sudah berada di tepi pantai tentunya ia tidak akan lari dari aktiviti air. Walau bagaimanapun, setiap aktiviti air ini dilakukan di satu pantai peribadi (private beach) dimana ia hanya boleh diakses oleh tetamu Club Med Cherating sahaja.

Untuk ke pantai ini, korang boleh menggunakan keretapi yang disediakan atau berjalan kaki (jika ingin menikmati pemandangan). Keretapi ini mempunyai jadual perjalanan setiap 30 minit bermula jam 9.30 pagi sehingga 6.45 petang.

Antara aktiviti air yang ada adalah kapal layar, berkayak, mandi di tepi pantai, jet ski, towable tube, bola tampar pantai dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk aktiviti ini, korang akan sentiasa diawasi oleh individu bertanggungjawab yang digelar sebagai G.O (Great Organizer) yang akan memberi panduan cara untuk bermain setiap aktiviti.

Walau bagaimanapun, mana-mana tetamu yang ingin melakukan sebarang aktiviti air perlulah mempunyai kemahiran asas berenang dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

Foto: Shatana
Foto: Jaket keselamatan turut disediakan

#3 Memanah

Foto: Club Med Cherating

Korang sukakan sukan memanah? Atau mungkin teringin untuk mencubanya? Di sini mereka turut menyediakan sukan memanah termasuk dengan peralatannya.

Apa yang menarik korang juga boleh ‘challenge’ bersama rakan atau keluarga sewaktu bermain permainan ini dan melihat skor siapa yang lebih tinggi.

Ia hanya sekadar suka-suka dan dilakukan untuk mengeratkan lagi hubungan antara keluarga dan para sahabat.

Tempat memanah ini juga sangat senang untuk korang kunjungi kerana ia berada di hadapan tempat menunggu keretapi.

Foto: Club Med Cherating

#4 Rock Climbing

Foto: Club Med Cherating

Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti lasak, korang boleh mencuba rock climbing di tepi pantai. Ha korang bukan memanjat batu yang dibuat tau tapi ini adalah batu semula jadi yang berada di Club Med Cherating.

Mana-mana yang mungkin pertama kali ingin mempelajari sukan ini, korang akan sentiasa di berikan penjelasan terlebih dahulu menegenai cara memanjat rock climbing ini.

Apa yang penting, setiap keselamatan tetamu di resort ini menjadi keutamaan. Oleh itu, untuk permainan ini tentunya korang akan dibekalkan tali keselamatan, topi keledar serta jurulatih yang akan memerhati langkah korang dari bawah.

#5 Zen Pool

Sebut mengenai kolam, siapa sahaja yang tidak teruja. Meskipun sudah berusia atau kategori dewasa pasti korang ada masanya ingin berendam atau berenang sambil menikmati pemandangan.

Namun ada masanya korang juga tidak ingin diganggu dengan bunyi bising kanak-kanak yang sedang seronok sewaktu bermandi-manda. Yelah bukan ‘healing’ lah namanya kalau ada gangguan kan?

Di Zen Pool ni korang tak perlu risau tentang semua itu, kerana kolam ini hanya yang berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk masuk dan mandi di sana.

Selain itu, korang juga boleh menikmati pemandangan pantai yang dapat dilihat jelas daripada kolam ini. Bukan hanya itu, korang juga dapat membasahkan tekak dengan minuman yang disediakan.

Bukan hanya itu, Zen pool ini juga antara spot menarik untuk korang ambil gambar.

Pemandangan dari Zen Pool

#6 Malam tema

Satu keunikan di Club Med Cherating, setiap malam merupakan malam yang luar biasa di mana mereka membawa pelbagai jenis tema yang bersesuaian untuk semua peringkat umur.

Ketika kunjungan kami pada hari Rabu (4 Disember) lalu mereka mempunyai malam bertemakan ‘White Party’ di mana kesemua tetamu termasuklah para staf digalakkan memakai baju berwarna putih.

Parti ini akan bermula sekitar jam 8.45 malam atau selepas makan malam dan dimulakan dengan acara persembahan dari G.O yang berada di sini.

Sebaik persembahan selesai korang juga boleh sertai tarian yang dihoskan oleh G.O.

Pada setiap Khamis malam pula, mereka mengadakan malam Asian. Di mana untuk malam itu korang semua boleh memakai sebarang pakaian melambangkan identiti pendudukan asia seperti baju tradisional dan sebagainya.

Pada malam ini, mereka turut mengadakan beberapa aktiviti seperti permainan congkak, chess, henna dan banyak lagi.

Selain itu korang juga akan dihiburkan dengan persembahan seperti tarian naga dan bermacam-macam lagi.

#7 Sport center

Buat peminat sukan gelangang di sini juga ada tersedia court badminton, skuash, bola keranjang, futsal dan tennis.

Apa yang lebih menarik korang juga boleh bawa peralatan sendiri, namun sesiapa yang tidak memiliki alatan sukan korang boleh sahaja guna yang sudah disediakan.

Lagi pun nak bercuti pastinya korang nak pack light dan tak nak bawa barangan yang berat sebabkan percutian ini untuk korang enjoy.

Mana-mana yang berminat untuk membuat tempahan di Club Med Cherating, korang boleh layari laman ini.

Harga penginapan di sini bermula serendah RM1,241 mengikut musim dan bergantung pada ketersediaan bilik (availability) dan semuanya boleh disemak menerusi laman sesawang Club Med Cherating.

Jangan lepaskan peluang korang, tempah sekarang dan ajak rakan-rakan untuk sertai sekali. Setiap harga yang ditampilkan juga sudah termasuk dengan makanan serta aktiviti yang disenaraikan ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.