fbpx
Now Reading
Korang Pengguna Grab? Ini Cara Raih 9X GrabRewards Korang Patut Cuba Bulan Disember Ini!

Korang Pengguna Grab? Ini Cara Raih 9X GrabRewards Korang Patut Cuba Bulan Disember Ini!

Memang best betul promosi hujung tahun Grab kali ini!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila dah sampai bulan Disember iaitu penutup bulan pada setiap tahun, pastinya banyak tawaran menarik buat pelanggan. Bermula daripada pakaian, produk penjagaan kulit, gajet, barangan keperluan rumah, makanan, dan sebagainya.

Dan kali ini, khas untuk mereka yang tak suka bawa kereta untuk ke mana-mana, tawaran hebat ini sememangnya khas buat korang.

Guna GrabCar Pada Bulan Disember 2024, Raih Poin 9X GrabRewards!

Kalau korang jenis yang suka kumpul poin untuk apa-apa pembelian ataupun servis, Grab kali ini mengumumkan bahawa pelanggan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang melanggan GrabUnlimited boleh menerima 9X poin GrabRewards setiap kali menempah GrabCar sepanjang bulan Disember ini.

Berbaloi sangat, sebab korang boleh kumpul poin GrabRewards dan tebus dengan diskaun ketika memesan makanan dengan rakan kongsi Grab menerusi GrabFood.

Bayangkan, kalau setiap hari guna GrabCar untuk pergi dan balik dari kerja, korang boleh raih lebih kurang 90X poin dalam masa seminggu. #girlmath

Sumber: Google

Nanti bila nak pesan GrabFood, boleh guna poin yang ada untuk terima diskaun pula!

Dan bukan itu sahaja, selain daripada diskaun makanan, boleh juga dapat free rides untuk pesanan GrabCar yang seterusnya. Yang penting, poin GrabRewards korang cukup.

Memang berbaloi, TBH.

#1. GrabUnlimited Member

Untuk cara pembayaran pula, jika anda membuat pembayaran menggunakan GrabPay, GXBank, atau PayLater by Grab – anda akan raih 9X poin GrabRewards. Dan jika anda menggunakan pembayaran secara tunai, debit dan kad kredit pula, anda masih akan menerima poin GrabRewards sebanyak 7.5X.

#2. Bukan Ahli GrabUnlimited

Jika anda bukan ahli, anda masih boleh menerima poin tapi hanya 0.75X GrabRewards sahaja. Untuk pembayaran tunai pula, anda tidak akan menerima apa-apa poin. Jadi, ayuhlah mendaftar sebagai ahli GrabUnlimited sebab memang sangat berbaloi!

Kalau Bukan GrabUnlimited, Dapat Apa?

Oh, don’t worry! Grab tak akan lupakan pengguna yang tidak melanggan dengan GrabUnlimited sebab anda masih boleh menikmati kempen hujung tahun Grab di mana anda boleh menerima pelbagai diskaun hebat.

Fuh, memang best betul promosi hujung tahun Grab kali ini. Macam-macam ada, semuanya akan ‘selamatkan’ poket!

Kalau nak tahu lebih lanjut promosi apa yang anda boleh dapat, KLIK SINI.

Happy Holidays!

via GIPHY

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.