
Cantik! Ini Antara Kad, Charm & Tag RFID Keluaran Touch ‘n Go Yang Patut Korang Miliki
Jika dahulu, kad Touch ‘n Go hanyalah berbentuk seperti kad biasa sahaja, kini anda boleh memiliki pelbagai rekaan dan bentuk yang menarik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja nama Touch ‘n Go, siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama daripada syarikat Touch ‘n Go Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 1996 ini.
Sepanjang 28 tahun penubuhannya, Touch ‘n Go telah melalui pelbagai fasa perubahan bermula dari perkhidmatan pembayaran tol elektronik sehingga kad pintar tanpa sentuh dengan ciri NFC (Near Field Communication) dan Tag RFID.
Jika dahulu, kad Touch ‘n Go hanyalah berbentuk seperti kad biasa sahaja, kini anda boleh memiliki kad pelbagai fungsi ini dengan pelbagai rekaan dan bentuk yang menarik.
Mari kami kongsikan kepada anda 4 rekaan kad dan ‘charm’ Touch ‘n Go yang menarik!
#1 Touch ‘n Go siri POP, kad lime
Tidak semua orang suka sesuatu yang mempunyai rekaan atau corak terlalu banyak, ada yang lebih memilih sesuatu yang ‘simple’ namun tetap kelihatan menarik – minimalis!
Susulan itu, Touch ‘n Go sekitar Disember tahun lalu telah melancarkan kad siri POP terbaharu mereka iaitu Lime.

Kad ini menampilkan elemen-elemen seperti berani, menyerlah dan penuh keperibadian selain warnanya yang terang boleh menceriakan hari anda.
Ia turut dilengkapi dengan kemudahan NFC untuk memastikan anda boleh menambah nilai kad ini dengan hanya menggunakan aplikasi TNG eWallet.
#2 Kad Touch ‘n Go x Bichi Mao edisi terhad
Terokai siri terbaru Touch ‘n Go, hasil kolaborasi menarik bersama artis tempatan berbakat di sebalik Bichi Mao! Koleksi eksklusif ini menampilkan tiga reka bentuk comel yang sempurna menggambarkan keunikan dan budaya Malaysia yang penuh warna.
Daripada ilustrasi ceria hingga perincian kreatif, kad edisi terhad ini bukan sekadar berfungsi – ia adalah lambang kebanggaan Malaysia. Comel, imaginatif, dan penuh rasa tempatan, kad ini menjadikan setiap transaksi lebih istimewa.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi yang memikat ini selagi stok masih ada.

#3 Extendable Charm
Extendable Charm adalah inovasi terbaru dalam rangkaian produk Touch ‘n Go, direka untuk merevolusikan perjalanan harian anda.
Dengan panjang tambahan 50 cm, ia memudahkan pembayaran tol dan parkir, walaupun di tempat yang sukar dicapai.
Jadi tak perlu lagi guna stick pemegang kad TnG keluaran pihak ketiga (3rd party) yang biasa korang guna sebelum ini.
Bukan sekadar untuk tol, Extendable Charm juga berfungsi dengan lancar pada tren dan bas, menawarkan kemudahan yang tiada tandingan.
Apa yang lebih menarik, anda juga boleh menyemak baki dan membuat tambah nilai pada Extendable Charm ini dengan mudah melalui Touch ‘n Go eWallet sekali gus memastikan pengalaman tanpa gangguan ke mana sahaja anda pergi.

#4 Kad Touch ‘n Go x Edisi Barbie
Buat peminat Barbie pula, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kad TnG edisi terhad Barbie!
Ia baru sahaja diperkenalkan pada penghung Disember 2024 yang lalu. Jadi Barbie fans, segeralah sambar kad unik ini selagi stok masih ada.
#5 Dino Charm – Charm berbentuk dinasour
Jika anda seseorang yang gemarkan kartun khususnya dinosaur. Ini peluang terbaik untuk mendapatkan Touch ‘n Go Dino Edition Charms.
Charm dengan teknologi NFC berbentuk dinosaur ini bukan sahaja berfungsi seperti kad TNG yang lain, bahkan ia juga boleh menjadi hiasan pada beg anda dek kerana bentuknya yang begitu comel.
#6 Tag RFID edisi terhad: Edisi kucing
Sejak 2018 lalu sistem pembayaran tol secara RFID telah diperkenalkan di Malaysia. Kaedah pembayaran ini membolehkan pemandu tidak perlu membuka tingkap sama yang mana fungsinya mirip seperti Smart Tag – yang memerlukan peranti.
Sejak ia mula diperkenalkan, Touch ‘n Go telah mengeluarkan rekaan RFID dengan kolaborasi bersama Transformes One agar ia kelihatan lebih cantik dan tidak terlalu membosankan.
Terbaharu, syarikat terbabit akan melancarkan pula Tag RFID edisi kucing Oyen yang sangat comel. Jadi bagi mereka yang meminati si bulus, Tag RFID ini sesuai buat anda.
Edisi ini membolehkan anda membawa si Oyen bersama dan menjadikan pengalaman memandu lebih menyeronokkan.
Tag RFID edisi kucing Oyen ini bakal dilancarkan tidak lama lagi, jadi jangan lepaskan peluang!