
American Tourister & AirAsia Lancar Koleksi Eksklusif The Funseekers. Cipta Bagasi Trendy Buat Kaki Travel!
Lebih menarik, koleksi ini turut didatangi dengan Floatie Charm bagi menyerlahkan lagi gaya keseronokkan pada beg berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagasi atau luggage merupakan antara perkara wajib ada bila pergi bercuti. Pendek kata majoriti orang ramai mesti ada sekurang-kurangnya satu bagasi.
Yelah, itu yang akan digunakan untuk membawa pakaian dan barang peribadi yang lain.
Bagi kebanyakan orang, kriteria utama dalam pemilihan luggage mestilah yang tahan lasak kan? Tapi ada juga individu yang memilih bagasi kerana rekaannya yang cantik dan unik.
Namun, ada orang lebih-lebih lagi golongan muda yang mementingkan gaya dalam masa yang sama mahu bagasi yang berkualiti. Kadangkala, sukar menemui bagasi di pasaran yang ada kedua-dua kriteria ini.
Koleksi Bagasi The Funseekers, Hasil Kerjasama American Tourister & AirAsia
Buat anda yang mahukan kedua-duanya tidak perlu risau kerana American Tourister dan AirAsia telah melancarkan koleksi bagasi The Funseekers.
Koleksi kapsul baharu yang didatangi dengan dua warna ini direka khas bagi memenuhi citarasa pengembaraan anak muda khususnya golongan milenial dan Gen Z dengan menampilkan rekaan unik dan praktikal sesuai untuk percutian yang menyeronokkan.

Hasil gabungan dua jenama besar iaitu American Tourister serta AirAsia yang sinonim dengan percutian dan pengembaraan, koleksi The Funseekers menggabungkan gaya, ketahanan dan rekaan yang penuh ceria.
Dengan rekaan yang menyerlah dan pelbagai fungsi, si kaki travel boleh mengembara dengan yakin serta menyerlahkan personaliti dengan penuh gaya.

Semalam (16 Januari), kami berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Koleksi Bagasi The Funseekers American Tourister dan AirAsia di Sentul Depot.
Menariknya, majlis dipenuhi dengan pelbagai aktiviti interaktif menarik antaranya seperti permainan tradisi Malaysia, Tikam dan lukisan wajah untuk pasport.
Tidak hanya itu, jemputan juga berpeluang melihat dengan lebih dekat dan mencuba bagasi yang cantik itu.
Malah, turut berlangsungnya pertunjukan bagasi dari koleksi berkenaan serta cabutan bertuah buat jemputan yang hadir.


Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Ambert Khoo, Pengurus Besar Samsonite Malaysia Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia brand.co, Rudy Khaw serta Subrata Dutta, Presiden Samsonite Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Datang Dengan Tiga Pilihan Variasi
Koleksi The Funseekers ini datang dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan merah serta tiga pilihan saiz yang berbeza harganya.
Lebih menarik, koleksi ini turut didatangi dengan Floatie Charm bagi menyerlahkan lagi keseronokkan pada beg berkenaan malah rekaan strap dari koleksi ini juga diilhamkan daripada tali pinggang pesawat.

Info tentang tiga pilihan variasi koleksi The Funseekers adalah seperti berikut:
- The Spinner (68 cm) Medium Size – RM1,199
- The Spinner (55 cm) Cabin Size – RM1,099
- The Crossbody Beg – RM329
Buat anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi The Funseekers, ia boleh didapati di lokasi seperti berikut:
- Sunway Velocity (1-42, Tingkat 1)
- eslite Spectrum (Lot 118, Tingkat 1, The Starhill KL)
- SEIBU The Exchange TRX (Aras 2)
- SOGO Kuala Lumpur (Aras 2)
- SOGO The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru (Ground Floor)
- Isetan KLCC (Aras 3)
- Isetan The Gardens (Aras 2)
- Parkson Elite Pavilion KL (Aras 6)
- Parkson Elite 1 Utama (Tingkat 2)
- Parkson Sunway Pyramid (Lower Ground Floor)
Pembelian juga boleh dibuat menerusi laman web rasmi American Tourister atau di TikTok mereka.