
Kolaborasi Mokky’s Pizza x OnePlusTwo Perkenal Koleksi Merchandise Ekslusif Untuk Peminat
Kolaborasi Mokky’s dan OPT menawarkan barangan streetwear edisi ekslusif seperti t-shirt, topi trucker dan keychain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mokky’s Pizza, pizzeria tempatan yang semakin meningkat naik dengan bangganya mengumumkan kerjasama bersama jenama streetwear terkenal di Malaysia, OnePlusTwo (OPT).
Kerjasama unik ini bertujuan untuk menyatukan cinta peminat piza dan fesyen streetwear yang trendi, menyasarkan pasaran massa di Malaysia.
Mokky’s x OPT: Gabungan Fesyen & Kulinari
Mokky’s Pizza dan OnePlusTwo mengumumkan kolaborasi dalam penciptaan koleksi eksklusif yang menggabungkan hidangan kulinari dengan reka bentuk fesyen terkini. Kerjasama ini menampilkan pakaian streetwear edisi terhad yang diilhamkan oleh penjenamaan ikonik Mokky’s Pizza, yang boleh didapati secara dalam talian di laman sesawang rasmi OPT sendiri.
Acara pelancaran telah diadakan pada 15 Januari 2025, di Mokky’s Subang Parade bermula dari jam 5 petang sehingga 10 malam dan dihadiri oleh rakan-rakan media dan juga pempengaruh fesyen terkenal untuk sesi ‘pizza party #MokkysXOPT’.

Koleksi Mokky’s x OPT

Kerjasama ini akan menawarkan pelbagai barangan streetwear yang bergaya, termasuk t-shirt yang berharga RM159, topi trucker berharga RM139, dan keychain berharga RM39. Setiap item dalam koleksi ini adalah bukti kepada kreativiti dan kualiti yang dikenali oleh kedua-dua jenama.
Umar Abdul Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mokky’s Pizza berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan OnePlusTwo, sebuah jenama yang dekat dengan golongan muda dan mempamerkan semangat kreativiti dan inovasi. Kerjasama ini adalah gabungan sempurna antara semangat kami terhadap makanan dan fesyen trendi.”
Menurut Pengarah Pemasaran Mokky’s Pizza Muhammad Azfar Abdul Aziz pula, kerjasama dengan OnePlusTwo ini adalah contoh komitmen pihaknya untuk menggabungkan keseronokan dan rasa.
“Kami teruja untuk melihat pelanggan kami menerima gabungan unik pizza dan streetwear ini. Kami percaya setiap kunjungan ke Mokky’s Pizza seharusnya menjadi satu perayaan, dan kami menantikan untuk mencipta lebih banyak detik istimewa bersama komuniti kami.”
Pengasas OnePlusTwo, Hakim Mazlan, turut menzahirkan kegembiraannya dan menyifatkan kolaborasi ini adalah sangat menarik.
“Ini kerana ia kali pertama jenama kami bekerjasama dengan F&B. Saya berharap jenama kami (OPTXMOKKYS) dapat berkongsi lebih banyak ‘love and power.'”
Untuk maklumat lanjut, ikuti @oneplustwo.my dan @mokkyspizza di Instagram untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai perkembangan mereka!