fbpx
Now Reading
Pening Anak Kerap Bergaduh? Ibu Bapa Patut Bawa Anak Ke Sini, Dapat Latih Bersaing Secara Sihat

Pening Anak Kerap Bergaduh? Ibu Bapa Patut Bawa Anak Ke Sini, Dapat Latih Bersaing Secara Sihat

Anak-anak ni kalau masa cuti sekolah je, memang tak sah kalau tak bergaduh sesama sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjadi seorang parents ini kadangkala sangat menguji kesabaran lebih-lebih lagi ketika melayan kerenah anak-anak yang ada kalanya serba tak kena. Sekecil-kecil benda pun boleh dibesarkan jika tak kena dengan ‘angin’ mereka.

Waktu cuti sekolah pula, mereka akan muncul dengan hobi baru iaitu: berkelahi dengan adik-beradik. Tak boleh tersilap sikit, boleh runtuh rumah kalau bergaduh.

Manalah si ibu ayah tak stres.

via GIPHY

Para Ibu Perlu Bijak Selesaikan Masalah Anak Suka Berkelahi!

Para ibu sekalian…

Benda ini mungkin sukar untuk dilakukan sebab tidak dinafikan anak-anak memang boleh menguji tahap kesabaran kita yang senipis kulit bawang ini. Kalau dia dah mula tinggi suara dan mengamuk apatah lagi bertengkar sesama sendiri, walaupun tiada kena mengena dengan kita pasti darah kita boleh mendidih.

Benar, itu semua terjadi tapi jangan risau sebab kami ada tips terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kadangkala, budak-budak ini tidak boleh ditinggalkan bermain dengan adik-beradik mereka dalam jangka masa yang lama.

Minimum 30 minit. Kalau lebih, akan tercetuslah ‘peperangan’ dan jeritan antara mereka tanpa disangka-sangka.

Tips Tenangkan Anak: Bawa Ke Skyline Luge, Kuala Lumpur!

Sumber: TRP

Anak-anak mungkin stres juga sebab asyik duduk rumah kan. Jadi inilah masanya untuk ibu ayah bawa mereka keluar berjalan-jalan sambil melakukan aktiviti menarik untuk mereka. Contohnya bawa pergi Skyline Luge!

Apa Yang Ada di Skyline Luge Ini?

Bunyi macam menarik, kan? Kalau korang nak tahu, Skyline Luge ini antara lokasi tarikan terbaharu di Malaysia dan sangatlah sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. (Kaki ‘healing’ pun boleh join sekali).

Lokasi Skyline Luge ini terletak di Gamuda Luge Gardens di mana ia hanya beberapa minit sahaja selepas Plaza Tol Rawang (S). Setibanya korang di sana, memang automatik akan datang rasa keterujaan! Dan anak-anak akan stop bergaduh sesama sendiri. Percayalah.

#1. Skyride

Antara aktiviti menarik di sini adalah meluncur salji di kawasan pergunungan atau dipanggil sebagai Skyride. Wah, seram bunyinya tapi sebenarnya sangat fun sebab Skyride ini ala-ala “kereta kabel” di Bukit Nanas dulu kala. Tapi kali ini di Gamuda Luge Gardens pula.

Kerusi angkut di Skyline Luge mempunyai empat tempat duduk dan bergerak sepanjang tali kabel untuk membawa korang ke tempat permulaan Luge. Paling best, semakin tinggi pergerakan Skyride tersebut, semakin indah permandangan sekeliling korang.

Barulah fun anak-anak dapat tengok view bila berada di atas Skyride ni!

Nak book? Boleh KLIK SINI!

#2. Luge

Ada lagi aktiviti best yang confirm budak-budak suka iaitu Luge!

Luge ini berasalnya dari New Zealand– tanah penuh pengembaraan! Luge dicipta pada tahun 1985 dan merupakan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga yang telah dinikmati oleh jutaan orang di lapan (8) lokasi seluruh dunia termasuk New Zealand, Kanada, Korea Selatan, Singapura, dan juga di Malaysia.

Direka dan dihasilkan di New Zealand, kereta Luge ini memberi kawalan sepenuhnya kepada korang untuk menuruni trek, supaya korang boleh menikmati pengalaman mendebarkan ini mengikut kelajuan sendiri.

Skyline Luge Kuala Lumpur menawarkan 4 trek khas dengan selekoh tajam, terowong mendebarkan, dan cerun menurun yang boleh dinikmati pada waktu siang atau malam! Ia adalah aktiviti menyeronokkan yang sesuai untuk seluruh keluarga.

Di sini dapatlah anak-anak dan anda berlumba atau bersaing secara sihat sekaligus merapatkan silaturahim sesama sendiri. Mungkin apa nilai baik yang dipelajari di sini akan dibawa ke rumah bukan?

Oh! Nak tahu benda paling cool? Luge ini sebenarnya menggunakan kuasa graviti! Tiada bahan pembakar. Dan untuk mereka yang pertama kali mencuba, akan ada sesi penerangan (briefing) untuk korang.

Skyline Luge memiliki empat (4) trek untuk anda pilih di mana panjang kesemuanya adalah 1.6 kilometer iaitu Legend, Ultra, Gravity, dan Express. Bukan itu saja, Luge juga memiliki ciri tambahan iaitu paparan warna LED terang di waktu malam! Inilah tempat paling best untuk korang yang tak suka panas, tapi boleh enjoy!

Jom KLIK SINI untuk book!

Oh! Jangan risau sebab waktu operasi untuk Skyline Luge ini adalah setiap hari pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Tutup hari Rabu sahaja ya!

Skyline Luge Guna Sistem Pantau Cuaca!

Mesti ramai yang tertanya-tanya, Skyride tanpa bumbung ini kalau cuaca macam mana nak tahu? Buatnya tiba-tiba guruh, petir, hujan lebat waktu di atas, menggelupur jugalah.

Korang jangan risau sebab pihak Skyline telah memberikan jaminan bahawa pihak mereka telah mengambil kesemua langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi memastikan keselamatan pengunjung.

Jadi, sistem cuaca ini berfungsi untuk memaklumkan mereka jika akan berlakunya ribut petir supaya mereka boleh bersiap sedia menutup Skyride ini.

Pendek kata, Luge dan Skyride ini sangat sesuai untuk dinikmati oleh setiap peringkat umur. Tak kisah muda, tua, kanak-kanak. Jadi, cukup ketinggian dan tak takut tinggi. Memang seronok bila dapat main dengan adik-beradik atau kawan-kawan, lain macam ‘pergi’ dia!

KLIK SINI untuk maklumat lanjut!

Skyline Luge

  • Lokasi: Gamuda Luge Gardens.
  • Waktu Operasi: 10AM hingga 10PM (Tutup Rabu kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah).
  • Harga: Semak di link ini.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.