fbpx

Mahukan Cabaran Bersama Rakan Kerja? Escape Ipoh Tawar Program Team Building Konsep Tentera

Apa yang lebih menarik, pengunjung atau mereka yang akan mengadakan program team building di Escape Platoon dapat merasai pengalaman menjalani seperti latihan tentera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap syarikat pastinya mahu staf dapat bekerja dengan baik serta mempunyai persekitaran yang sihat di antara satu sama lain.

Tidak kiralah berpangkat tinggi mahupun rendah, hubungan baik yang terjalin di antara pekerja dapat membantu mereka melakukan tugas dengan lebih baik. Oleh itu, banyak syarikat akan mengadakan aktiviti yang boleh memberikan impak positif kepada pekerjanya sebagai contoh program team building.

Walau bagaimanapun, kesibukan bekerja adakalanya membuatkan segelintir syarikat sukar untuk membuat perancangan yang teliti bagi merancang aktiviti team building yang boleh dilakukan bersama pekerja.

Escape perkenalkan Escape Platoon di Ipoh, Perak yang tampil dengan konsep tentera

Namun usah bimbang, kini anda boleh membawa para pekerja atau memberikan cadangan kepada majikan untuk ke Escape Ipoh, Perak. Sebut mengenai Escape pasti ada yang sudah mula dapat meneka apakah aktiviti yang boleh dilakukan memandangkan taman tema ini begitu popular di Pulau Pinang dan Selangor.

Terbaharu Escape di bawah syarikat Sim Leisure Group telah tampil memperkenalkan Escape Platoon terletak di Ipoh yang menampilkan konsep unik serta berbeza dengan taman tema lain iaitu tentera.

Selain itu, Escape Ipoh ini juga mempunyai keluasan sekitar 140 ekar dengan pelbagai tarikan, landskap serta tasik yang memberikannya satu kelainan dengan taman Escape yang lain.

Perkenal konsep tentera untuk beri orang awam rasa pengalaman jadi askar

Apa yang lebih menarik program yang diadakan satu atau dua hari ini turut boleh dituntut 100% Human Resources Development Corp (HRDC).

Escape Ipoh juga turut menyediakan tempat penginapan berkonsep Base Camp bagi memberikan suasana persis seperti anda berada di kem tentera.

Konsep tentera yang dibawa pada taman tema ini adalah untuk memberikan orang awam merasai kehidupan sebenar tentera dengan menggabungkan senario di medan perang, latihan ketenteraan dan sebagainya.

Aktiviti team building di Escape bantu bina semangat pekerja

Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu membangunkan lagi semangat dan kemahiran pekerja untuk terus proaktif dan boleh berkembang maju di tempat kerja.

Ini kerana mereka akan bekerja dalam pasukan dengan membawa watak, kepimpinan, kemahiran yang dalam menempuh cabaran peribadi dan profesional.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran Escape Platoon, Escape Ipoh telah merombak tarikan halangannya yang dikenali sebagai Obstacleplay.

Antara tarikan bertemakan ketenteraan dilakukan di Escpae Ipoh ini adalah latihan fizikal, latihan lari berhalang, berakit, cabaran udan dan banyak lagi.

Jenis tarikan di Escape Platoon

Tanpa berlengah lagi, jom kami perkenalkan beberapa jenis tarikan yang ada di Escape Ipoh:

#1 Monkey Business and Flying Lemur

Tarikan ini menggunakan tali dan juga ziplines sejauh 200 meter. Peserta yang melakukan cabaran ini bukan sahaja perlu memberanikan diri untuk merentasi zipline bahkan dapat melihat permandangan tasik yang indah.

#2 Slip N’ Slide

Buat mereka yang sukakan aktiviti air, Slip N’ Slide merupakan salah satu gelongsor air terbaharu yang ada di Escape Ipoh.

Pengunjung akan meluncur menuruni gelongsor air ini di atas papan yang melintasi tasik.

#3 Marine Academy

Tarikan ini merupakan satu laluan halangan air besar-besaran dan apa yang lebih mengujakan ia 10 kali ganda lebih besar berbanding akademi yang ada di Escape Pulau Pinang.

#4 Bouncer

Anda sukakan cabaran? Ini adalah masanya untuk mencabar diri untuk terbang di awangan dengan menaiki Bouncer.

Tarikan Bouncer ini memerlukan seorang individu untuk berada di atas sebuah beg pelampung. Manakala seorang lagi akan melompat ke atas beg pelampung berkenaan dan menyebabkan individu yang berada di atas beg melambung dan jatuh ke dalam tasik.

#5 Sukan Air

Selain aktiviti yang mencabar, mereka yang sukakan aktiviti sukan juga boleh mencuba beberapa tarikan lain seperti kayak, bot pedal dan papan pedal berdiri (Stand-Up Paddleboarding) di sekitar tasik.

#6 Laluan berbasikal

Foto: Pexels

Escape Ipoh ini dibina dengan landskap yang begitu luas dan pelawat boleh bermain basikal mengelilingi taman untuk meneroka lagi tarikan yang berbeza.

Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba, basikal serta e-skuter ini disedikan untuk disewa oleh pengunjung.

Untuk mereka yang berminat untuk bermalam di Base Camp, terdapat pelbagai fasiliti dan kemudahan turut disediakan oleh Escape Ipoh di kawasan tasik.

Malah mereka yang menginap turut diberikan dua dan tiga hari tiket, khemah untuk pengunjung menikmati pemandangan di sekitar tasik.

Bukan hanya itu, pengunjung juga dapat melihat pemandangan matahari turun termasuk beberapa aktiviti di waktu malam seperti barbeku di tepi tasik, memancing, karaoke yang membuatkan Escape Ipoh sebagai destinasi yang seronok.

Buat anda yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pakej penginapan dan sebagainya klik di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.