fbpx
Now Reading
W Kuala Lumpur Tawar Bufet Ramadan Dengan Konsep Bazaar Malam

W Kuala Lumpur Tawar Bufet Ramadan Dengan Konsep Bazaar Malam

Hidangan bufet Ramadan di W Kuala Lumpur dari 3 hingga 30 Mac 2025 ini menggabungkan menu dari tiga rantau iaitu Malaysia, Pan-Asia dan Timur Tengah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kurang dari tempoh satu bulan dari sekarang, umat Islam bakal menyambut bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadan.

Bulan yang penuh keberkataan ini adalah yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap masyarakat Muslim di seluruh dunia di mana setiap amalan ibadah dan kebaikan yang dilakukan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda.

Sebagai contoh, anda boleh membawa ahli keluarga berbuka puasa di tempat yang istimewa seperti di hotel-hotel popular sekitar Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: Hotel Hilton Seluruh Malaysia Tawar Menu Bufet Ramadan Menarik. Boleh Letak Dalam List!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bufet Ramadan Bawah RM180 Sekitar KL. Yang Penting Semua Ada Surau!

Baca Artikel Berkaitan: Bufet Ramadan Novotel KLCC Bawa Suasana ‘Citarasa Desa’ Untuk Buka Puasa, Kambing Golek Pun Ada! [Review]

W Kuala Lumpur Tawar Bufet Ramadan Dengan Konsep Bazaar Malam

Kepada anda yang sedang mencari bufet Ramadan di hotel, W Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan berbuka puasa untuk pengunjung mereka.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Bertemakan Bazaar Malam, menu-menu yang disediakan di hotel ini ‘confirm’ akan membuatkan anda semua rambang mata tak tahu nak ambil makanan yang mana satu dulu.

Dari hidangan tempatan ke Pan-Asia dan Timur Tengah, semuanya disajikan kepada pengunjung yang berbuka puasa di W Kuala Lumpur pada bulan Ramadan tahun ini.

Antara Menu Yang Dihidangkan Di Bazaar Malam W Kuala Lumpur

Mesti anda semua tertanya-tanya makanan apa yang ada di bufet Ramadan Bazaar Malam ini kan?

Antara hidangan yang wajib anda cuba adalah seperti:

  • Hidangan tempatan dari Malaysia
    • Roti John Lobster
    • Sate Ayam dan Sate Daging
    • Ayam Percik
    • Ketam Masak Nenas
    • Rendang Tulang Rawan
    • Gulai Kambing Keting
    • Kerabu Siam Telur Mayong
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
  • Hidangan Pan-Asia
    • Salmon Sashimi
    • Rice Paper Maki
    • Tuna Sashimi
    • Chicken Satay Maki
    • California Maki
    • Chuka Idako
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
  • Hidangan Timur Tengah
    • Arabic Um Ali
    • Baked Sweet Potato with Custard Creme Brulee
    • Kebab
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Kalau anda suka makan makanan laut yang dibakar, boleh pergi ke bahagian ‘Charcoal Grill’ mereka. Ada macam-macam menu seperti Udang Galah, Sotong, Ikan Mahi-Mahi dan Ikan Siakap.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Masa Untuk Makan ‘Dessert’!

Walaupun anda sudah habis makan sehingga empat pinggan penuh, jangan lupa simpan sedikit ruang dalam perut untuk menu pencuci mulut mereka.

Memang semua ‘dessert’ sedap-sedap belaka dan unik. Sebagai contoh, kurma mereka. Bukan biasa-biasa ya kerana ia disaluti dengan coklat!

Kalau anda di antara anda yang tak makan buah kurma, mesti anda akan suka dengan kurma di bufet Ramadan W Kuala Lumpur ini sebab ia lebih kepada rasa coklat berbanding rasa kurma.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Antara pencuci mulut yang mencuri perhatian kami adalah:

  • Blueberry Crumble Cake
  • Fruity Tartlet
  • Gula Apong Burn Cheesecake
  • Peanut Butter Brownies Cake
  • Musang King Durian Gateu
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Kalau rasa-rasa nak makan sesuatu yang boleh menyejukkan tekak, ada juga aiskrim, cendol dan ABC.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Dah makan macam-macam, jangan lupa minum air yang disediakan. Terdapat lebih lima jenis minuman panas dan sejuk yang tersedia.

Pelbagai pilihan minuman yang disediakan. Air Matcha Cincau pun ada!

Boleh Makan Sambil Lihat View KLCC

Bagi anda yang mahu menjamu selera selain di bahagian dalam, para pengunjung juga boleh menikmati juadah di tempat duduk bahagian luar.

Antara tempat duduk di bahagian dalam.

Apa yang istimewa bagi tempat duduk di bahagian luar adalah anda boleh melihat pemandangan Menara Berkembar Petronas yang cukup menawan.

Nak selfie berlatarbelakangkan KLCC pun boleh sangat!

Antara tempat duduk di bahagian luar.

Jadi kepada anda yang berminat untuk berbuka puasa dengan hidangan bufet Ramadan di Bazaar Malam W Kuala Lumpur, berikut adalah maklumat lebih terperinci:

  • Lokasi: Flock, Level 8, W Kuala Lumpur, 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tarikh: 3 Mac sehingga 30 Mac 2025.
  • Waktu: Bermula jam 6:30 petang.

Dari segi harga pula adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM278
  • Kanak-kanak: RM139
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Bagi anda yang mahu mendapatkan harga lebih murah, W Kuala Lumpur kini menawarkan harga ‘early bird’ dengan diskaun 25% jika anda membuat tempahan dari 5 Februari sehingga 24 Februari 2025.

Malah, diskaun 20% juga diberikan pada minggu pertama Ramadan iaitu dari 3 hingga 9 Mac 2025.

Jangan lambat-lambat buat tempahan, takut penuh nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Hilton PJ Rai Ramadan Dengan Bufet Berbuka Puasa ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu Dan Kini’

Baca Artikel Berkaitan: Artisan’s Playground by COOKHOUSE Tawar Bufet Ramadan Untuk Berbuka Puasa [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Sheraton, Mardhiyyah, Botanica+Co & Pelbagai Restoran Serta Hotel Tawar Bufet Ramadan Sekitar Lembah Klang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.