fbpx
Now Reading
Kos ‘Maintenance’ Cecah Ratusan Ribu Setahun, Aliff Syukri Akui Terbeban Miliki Rumah Besar

Kos ‘Maintenance’ Cecah Ratusan Ribu Setahun, Aliff Syukri Akui Terbeban Miliki Rumah Besar

Aliff menasihati orang ramai yang ingin memiliki atau berpindah ke rumah yang lebih besar untuk bersedia menanggung kos penjagaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memilik kediaman idaman mereka, ada yang suka rumah seperti istana dan ada pula yang gemar rumah moden.

Pun begitu setiap rumah pastinya mempunyai kos penyelenggaraan yang berbeza-beza bergantung kepada saiz kediaman dan sebagainya.

Malah, usia rumah yang semakin meningkat juga akan menyebabkan kos ‘maintenance’ yang perlu ditanggung semakin tinggi.

Aliff Syukri rasa terbeban miliki rumah besar

Seperti baru-baru ini, usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan kegusaran berhubung komitmennya terhadap rumah mewah miliknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Aliff mengakui rasa amat terbeban dengan kos penyelenggaraan rumah terbabit yang perlu ditanggungnya.

“Dulu waktu ingin buat rumah ini fikir seronok sahaja, tak fikir nak jaga. Tapi bila dah ada dan dah duduk baru tahu kos nak ada rumah besar ini bukan mudah,” katanya.

Aliff peruntuk ratusan ribu setahun untuk baikpulih rumah

Menurutnya, dia perlu memperuntukkan ratusan ribu setahun untuk membaikpulih kediamannya itu apatah lagi kini rumah tersebut semakin berusia.

Susulan itu, Aliff menasihati orang ramai yang ingin memiliki atau berpindah ke rumah yang lebih besar untuk bersedia menanggung kos penjagaan.

“Semakin besar rumah, semakin tinggi kos terutamanya bila rumah itu sudah lama dan banyak kerosakkannya,” katanya lagi.

Sekadar info, rumah mewah seperti istana dengan konsep ‘royal modern classic’ itu dibeli oleh Aliff pada 2015 sebelum melakukan pengubahsuaian sepenuhnya pada 2016 dan siap diduduki pada April 2018.

Difahamkan, rumah yang diberi nama Aliff Syukri Palace itu berkeluasan 1 ekar dan mempunyai 30 buah bilik termasuk gimnasium, surau serta bilik kebal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.