fbpx
Now Reading
Betul Ke Kena Penyakit Hati Berlemak Sebab Banyak Makan Lemak? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Betul Ke Kena Penyakit Hati Berlemak Sebab Banyak Makan Lemak? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Menurut Pakar Jantung, Dr Onn Akbar Ali lemak di dalam hati bukan sepenuhnya daripada pemakanan tetapi pengambilan gula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjaga kesihatan merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap individu dalam setiap peringkat umur dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Namun tak dinafikan adakalanya kita juga tergelincir daripada azam untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dek kerana tergoda dengan pelbagai makanan enak sehingga membahayakan kesihatan.

Ini kerana, seseorang mungkin boleh berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan disebabkan cara hidup dan pemakanan yang tidak betul seperti jantung, diabetes, darah tinggi, obesiti dan juga penyakit hati berlemak.

Doktor jelaskan punca masalah penyakit hati berlemak

Penyakit hati berlemak atau fatty liver ini berlaku apabila sel lemak terkumpul di dalam hati. Walau bagaimanapun ada segelintir menyangkakan penyakit ini berlaku disebabkan terlalu banyak makan lemak.

Namun baru-baru ini Pakar Jantung di Hospital KPJ Kajang, Selangor, Dr Onn Akbar Ali menerangkan ia adalah pandangan lama yang tidak lengkap.

Malah dia menjelaskan punca utama kepada penyakit hati berlemak disebabkan pengambilan gula di dalam makanan atau minuman.

“Sebenarnya kebanyakkan lemak dalam hati, hati kita sendiri yang buat. Bukan kalau kita banyak makan lemak, lemak tu masuk dalam badan pergi pada hati kita dan menyebabkan penyakit hati berlemak.

“Itu pandangan lama, pandang yang tak lengkap di mana secara fisiologi tidak tepat. Lemak yang berada dalam hati kita dilakukan sendiri oleh hati kita dan bukan daripada pemakanan,” ujarnya.

Pengambilan gula punca utama masalah penyakit hati berlemak

Katanya lagi perkara itu berlaku disebabkan pengambilan gula dan menjelaskan ia mempunyai tiga kesimpulan.

“Apabila kita mengambil gula, badan kita akan guna semula gula (sumber) sebagai sumber tenaga. Kalau ada banyak gula lebih dalam badan, badan akan menukarkannya kepada ‘glycogen’ (molekul glukos) tempat menyimpan di hati dan otot rangka (skeletal muscle).

“Kalau otot kita, hati kita dah penuh dengan glycogen dan tiada tempat untuk simpan lagi, badan dan hati kita akan tukarkan gula yang kita makan kepada lemak,” jelasnya.

Lemak berlebihan akan disimpan di dalam hati dan menyebabkan berlakunya penyakit hati berlemak

Lemak yang berada dalam badan kita hanya mempunyai dua kesimpulan iaitu lemak yang dibuat oleh hati boleh dikeluarkan dan pergi kepada sistem badan untuk digunakan semula sebagai tenaga.

Natijah yang kedua lemak yang dibuat tersebut terpaksa disimpan dalam hati itu sendiri dan apabila perkara itu berlaku dari situlah terjadinya penyakit hati berlemak.

“Sebab kita terlalu banyak makan gula, badan terpaksa tukar kepada lemak dan lemak itu hati sendiri yang kena simpan, dan dapat penyakit hati berlemak.

“Apa yang perlu kita kurangkan adalah simple carbohydrates (seperti roti, biskut, makanan tenusu, kekacang) dan gula terutamanya fructose.

“Sebab gula fructose tiada natijah lain kebanyakan akan tukar menjadi lemak dan ia akan disimpan oleh hati kita sendiri. Kemudian dapat penyakit hati berlemak dan bukan daripada lemak yang dimakan oleh seseorang.”

Memetik laporan Hello Doktor antara faktor yang boleh menyebabkan hati berlemak adalah:

  • Obesiti
  • Diabetes
  • Kolestrol tinggi dalam darah
  • Tekanan darah tinggi
  • Pengambilan alkohol berlebihan

Antara tanda-tanda seseorang mungkin mempunyai masalah penyakit hati berlemak adalah cepat berasa letih, badan seperti tidak sihat, dan kurang selesa di bahagian atas kanan abdomen.

Walaubagaimanapun untuk mengetahui seseorang mempunyai penyakit hati berlemak atau tidak ia perlu menjalani pemeriksaan ultrasound atau x-ray serta ujiah darah fungsi hati untuk melihat kadar enzim.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.