
Lotus’s Malaysia Lancar Kempen ‘Senyuman Paling Bernilai Ramadan Raya’, Lebih Jimat & Banyak Ganjaran
Kempen yang bermula 13 Februari sehingga 16 April 2025 memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat persiapan lebih awal menyambut ibadah puasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pejam celik, kurang sebulan sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Sudah pastinya ramai yang teruja dan tidak sabar untuk menjalani ibadah dan merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.
Malah, ada yang akan melakukan persiapan awal menyambut bulan Ramadan sama seperti Hari Raya Aidilfitri.
Kempen Senyuman Paling Bernilai Ramadan Raya Bantu Orang Ramai Buat Persiapan Lebih Awal
Sempena menyambut ketibaan musim Ramadan Raya pada tahun ini, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) telah melancarkan kempen Senyuman Paling Bernilai – Serikan Ramadan, Ceriakan Raya.
Kempen yang bermula 13 Februari sehingga 16 April 2025 dilancarkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat persiapan lebih awal menyambut ibadah puasa.

Ia juga sebagai langkah membantu pelanggan yang mahu membeli barang lebih awal dengan pelbagai tawaran menarik.
Menurut Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel, rasional di sebalik pelancaran awal kempen ini selepas pelanggan memberitahu bahawa mereka sedang mencari tawaran yang lebih baik bagi barangan Raya dengan lebih awal.
“Hal ini menyebabkan penyebaran kos bagi persediaan raya pada kali ini adalah lebih penting berbanding tahun-tahun sebelumnya. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk memulakan kempen Senyuman Paling Bernilai – Serikan Ramadan, Ceriakan Raya dengan lebih awal,” katanya.
Tawar Penjimatan Sehingga 50% Bagi Lebih 4,500 Barangan
Menariknya, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50% bagi lebih 4,500 jenis barangan antaranya makanan asas, pakaian Rahmah Raya, barangan rumah, juadah perayaan, produk kesihatan dan kecantikan, produk segar serta perkakas memasak.


Ini antara promosi hebat buat pelanggan sepanjang kempen Ramadan Raya:
- MAG Air Fryer pada harga RM89.90
- Pakaian RAHMAH Raya dengan harga bermula dari RM35.00
- Set peralatan memasak Dessini detachable 5s pada RM138
- Cerek Elektronik Pensonic pada RM39.00,
- Udang Harimau saiz L pada RM33.99 setiap kilogram
- Ikan Bawal Emas saiz S pada RM5.49
- Kiub Daging Kambing Import Potong berharga RM21.99 setiap pek 1kg dan banyak lagi.


Tawar 18 Jenis Kurma Premium Dari Pelbagai Negara
Bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini, Lotus’s Malaysia turut menawarkan 18 jenis kurma premium yang diimport dari negara luar seperti Palestin, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi dan Iran.
Kurma dari jenis Safawi, Al-Madinah, Rabbie, Premium Lulu, Khenaizi, Dabbas, Mazafati, Medjool, Royal Dates Ajwa Aliyah dan Mariami akan dijual pada harga antara RM5.99 hingga RM77.99.

Belanja RM120, Dah Boleh Menang Hadiah Menarik Dengan Sertai Pertandingan Tap Tap Ketupat
Tidak hanya itu, orang ramai juga boleh menikmati ganjaran menarik serta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM1 juta sepanjang kempen dilaksanakan.
Bagi Peraduan Tap Tap Ketupat yang menawarkan ganjaran bernilai RM500,000 ahli My Lotus’s hanya perlu berbelanja RM120 dalam satu resit sepanjang kempen berlangsung.
Ahli kemudiannya perlu menghantar resit tersebut di aplikasi Lotus’s Malaysia untuk sertai pertandingan berkenaan dan menerima ganjaran:
- Hadiah Harian: baucar e-Lotus’s, mata My Lotus’s, baucar Lotus’s Shop Online bernilai sehingga RM410,000.
- Hadiah Mingguan: RM5,000 untuk keperluan Rumah Terbuka Raya yang ditaja oleh Lotus’s (9 pemenang sepanjang tempoh pertandingan).
- Hadiah Utama: Bekalan barangan runcit selama setahun oleh My Lotus’s bernilai RM15,000 (3 pemenang sepanjang tempoh pertandingan).

Gandakan Hadiah Dengan Sertai Kempen MyDebit Syiokkk Raya
Bukan itu sahaja, pengguna MyDebit pula boleh menggandakan ganjaran dengan menyertai Kempen MyDebit Syiokkk Raya dengan tawaran hadiah bernilai RM470,000.
Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM100 menggunakan kad ATM MyDebit mereka ketika membeli-belah di Lotus’s dan menghantar resit pembelian di microsite khusus bermula 13 Februari hingga 30 April 2025.
Ini bermakna pelanggan yang menggunakan kad ATM MyDebit untuk pembelian melebihi RM120 layak menyertai dua-dua peraduan.
Antara ganjaran menarik buat mereka yang menggunakan kad ATM MyDebit ketika membeli-belah di Lotus’s sepanjang kempen berlangsung:
- Hadiah Utama: Proton S70 Premium yang bernilai sehingga RM80,000 (2 pemenang sepanjang tempoh kempen).
- Hadiah Bulanan: Duit Raya bernilai RM500 (120 pemenang sepanjang tempoh kempen).
- Hadiah Mingguan: Baucar Lotus’s bernilai RM100 (2,500 pemenang sepanjang tempoh kempen).

Pameran Bazar Raya Di 37 Cawangan Lotus’s Terpilih
Sebagai memeriahkan lagi kempen Ramadan Raya ini, Lotus’s akan menganjurkan Raya World Indoor Bazaar di 37 cawangan terpilih.
Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan dan orang ramai berpeluang memenangi hadiah bagi setiap pembelian, demonstrasi memasak, pertandingan oleh jenama-jemana kegemaran ramai seperti Farm Fresh, Kellogg’s, Nestle dan AI Kurmaa.
Untuk sebarang info lanjut mengenai kempen Senyuman Paling Bernilai Ramadan Raya 2025 ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat di Facebook rasmi Lotus Malaysia.