
Bang Joni Kopitiam Tawar Menu ‘Mesra-Poket’, Bawah RM5.90 Je!
Bang Joni Kopitiam yang diasaskan oleh Aqil Ameerel ini baru sahaja di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Januari lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau cakap bab gaji lebih-lebih lagi pada hujung bulan, mesti ramai yang boleh ‘relate’ dengan situasi di mana kita semua termenung seketika sambil menghitung hari.
Bila duit dalam akaun tak berapa nak ada, maka kita pun terpaksa berjimat-cermat dan perlu memilih hidangan yang ‘mesra-poket’.
Buat anda yang memang kena minum kopi setiap pagi untuk bertenaga tapi tak mahu berbelanja sehingga belasan ringgit, kami ada satu lokasi yang anda boleh kunjungi, yang penting harga dijamin murah!
Bang Joni Kopitiam Perkenal Minuman Bawah RM5.90
Bang Joni Kopitiam yang bertempat di Kolej Pendeta Za’ba, Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi akan membuatkan anda menarik nafas lega melihat harga menu minuman mereka.
Mana tidaknya, kebanyakan air minuman yang dijual di premis itu tidak melebihi adalah RM5.90. Memang ‘kena’ betul dengan gaya-gaya kopitiam. Rasa yang sedap dan harga pun murah.

Terdapat pelbagai jenis minuman yang ditawarkan di Bang Joni Kopitiam ini. Kalau anda sukakan minuman klasik dan jenis ‘old-school’, boleh cuba menu seperti:
- Kopi O Joni (RM3)
- Teh O Joni (RM3)
- Kopi Susu Joni (RM4)
- Teh Tarik Joni (RM4)
- White Kopi Joni (RM4)
Kami juga berkesempatan untuk mencuba sendiri Kopi Susu Joni, memang sedap! Sebagai orang yang tak minum kopi sangat, memang rasa dia ‘just nice’ sebab tak terlalu pahit kerana ada rasa manis yang seimbang.

Tapi buat mereka yang tekaknya tak berapa nak ‘ngam’ dengan kopi klasik, jangan risau. Ada juga minuman kopi lebih bervariasi dengan harga RM5.90 sahaja seperti:
- Kopi Joni Butterscotch
- Kopi Joni Pandan
- Kopi Joni Caramel
- Kopi Joni Taro
- Kopi Joni Strawberry

Kami faham. Bukan semua orang minum kopi betul tak? Bang Joni Kopitiam ini memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana mereka juga mempunyai minuman yang bukan berasaskan kopi. Antaranya:
- Joni’s Green Tea
- Joni’s Chocolate
- Joni’s Butter Potter
Makanan Pun Paling Mahal RM5.90 Je!
Tak lengkap namanya kalau kedai kopitiam tanpa makanan, betul tak?

Bang Joni Kopitiam juga menawarkan beberapa menu hidangan dengan harga yang berpatutan iaitu di bawah RM5.90 sahaja seperti:
- Mi Wantan (RM5.90)
- Pan Mi (RM5.90)
- 3 biji dim sum (RM3.30)
- 5 biji dumpling (RM5.50)
- Roti Bakar (RM3.50)
- Roti Paratha (RM4.90)
Kalau anda pesan satu minuman dan makanan yang masing-masing berharga RM5.90, harganya baru mencecah RM11.80. Murah kan?
Latar Belakang Bang Joni Kopitiam
Mesti ramai yang pertama kali mendengar jenama Bang Joni Kopitiam kan?

Sebenarnya premis ini baru sahaja membuka cawangan pertama mereka pada Januari lalu di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya, kenapa buka kedai kopitiam dalam universiti?
Untuk pengetahuan semua, pengasas kepada Bang Joni Kopitiam iaitu Aqil Ameerel yang berusia 28 tahun merupakan seorang alumni UKM yang menuntut di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Sebagai seorang bekas pelajar universiti, Aqil memahami kepayahan hidup sebagai seorang mahasiswa yang mahu mencari makanan murah dan sedap.
“Saya dulu pun student juga. Jadi saya tahu betapa susahnya dulu hidup waktu belajar nak cari makanan murah, jadi saya ambil inisiatif ini untuk bantu mahasiswa dengan menawarkan harga yang murah di Bang Joni Kopitiam,” kata Aqil.
Dari pelajar kepada pelajar, Aqil tampil membawa jenama Bang Joni Kopitiam bukan sahaja untuk membantu pelajar mencari hidangan yang berbaloi, malah premisnya juga boleh menjadi lokasi mahasiswa berkumpul untuk melakukan perbincangan serta menyiapkan tugasan.
“Kalau mereka datang tapi tak beli apa-apa, saya okey je. Saya gembira juga bila pelajar pilih untuk buat kerja di Bang Joni Kopitiam. Ia menunjukkan kedai kami ini dapat memberi suasana yang sesuai untuk pelajar buat kerja,” tambahnya lagi.
Walaupun Bang Joni Kopitiam ini terletak di dalam universiti, namun ianya juga terbuka kepada orang awam yang ingin berkunjung ke kedai kopitiam ini untuk mendapatkan makanan dan minuman yang murah.
- Lokasi: Kafe Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 9:00 pagi sehingga 11:59 malam.
- Instagram: @bangjonikopitiam
Baca Artikel Berkaitan: “Murah Gila!”- Ramai Terkejut Lihat Warung Ini Jual Pasembur & Kopi O RM2 Sahaja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Rasa Dia?” – Kafe Di Indonesia Jual Kopi Indomie Curi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: 7 Unique Malaysian Drinks You Must Try At A Kopitia