
Doktor Nasihat Jangan Tidur Dalam Keadaan Ada Pencahayaan, Ini Sebabnya [Video]
Menurut Dr Zahir, melatonin ini juga akan menjadi satu mekanisme penyembuhan yang Allah SWT ciptakan untuk merawat pelbagai penyakit secara beransur-ansur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ramai yang tahu bahawa tidur yang cukup adalah penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Hal ini kerana kurang tidur boleh mendedahkan seseorang kepada banyak risiko penyakit.
Tidak dinafikan, masih ada individu-individu yang mengalami masalah susah untuk tidur pada waktu malam walaupun cakna mengenai kepentingan tidur yang cukup.
Selain tidur yang cukup, mungkin ramai yang tidak tahu atau sedar bahawa tidur dalam keadaan gelap tanpa pencahayaan juga adalah penting.
Doktor nasihat jangan tidur dalam keadaan ada pencahayaan
Seorang doktor pakar tulang yang dikenali sebagai Dr Zahir pada baru-baru ini menasihati orang ramai agar tidur dalam keadaan gelap tanpa sebarang pencahayaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, beliau menjelaskan bahawa pencahayaan yang ada ketika tidur boleh menyebabkan hormon melatonin seseorang akan menjadi terencat daripada keluar.
“Walaupun kita memejamkan mata kita tetapi jika ada pencahayaan, otak kita dan semua deria akan respon jadi gelapkan (bilik tidur) untuk mendapatkan rembesan melatonin yang maksimum,” katanya.
Melatonin satu mekanisme sembuhkan penyakit
Menurutnya, melatonin ini juga akan menjadi satu mekanisme penyembuhan yang Allah SWT ciptakan untuk merawat pelbagai penyakit secara beransur-ansur.
Beliau pada masa sama turut menasihati orang ramai agar tidur mengiring ke sebelah kiri untuk kesihatan tulang.
@drzahir.ortho Bila waktu malam kenapa tidur kena tutup lampu..kena tahu ya #melatonin #hormon #hormonmelatonin #tidur #tutuplampu #sains #sendi #orthopedics #drzahir
♬ original sound – Dr Zahir Ortho – Dr Zahir Ortho
Apa itu melatonin?
Memetik hantaran Facebook di akaun Dr Zubaidi Hj Ahmad, melatonin adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal, iaitu kelenjar di dalam otak. Ia berfungsi dalam mengatur pola tidur.
“Pada malam hari, tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin untuk membantu kita tertidur. Pada waktu siang hari, tidak banyak melatonin yang dihasilkan, menyebabkan kita tetap berrjaga.
“Kekurangan penghasilan hormon ini akan menimbulkan gangguan tidur. Ia mungkin disebabkan faktor usia yang meningkat, penyakit metabolik, terdedah pada radiasi elektromagnetik, dan terdedah pada cahaya dari lampu ketika mahu tidur,” jelasnya.