
“Tak Dibersihkan Semasa Berus Gigi” – Doktor Dedah Ini Punca Utama Mulut Berbau [Video]
Menurut doktor gigi yang dikenali sebagai Dr Abdullah, mulut tidak akan bersih sepenuhnya jika hanya gigi sahaja yang diberus untuk dibersihkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, pasti ada segelintir individu yang menghadapi masalah mulut berbau kerana berpuasa.
Tidak dinafikan, masalah sebegini pastinya boleh mengurangkan keyakinan seseorang untuk berbual atau bersemuka dengan orang ramai.
Meskipun kerap memberus gigi, masih ada individu yang berhadapan dengan masalah ini sekali gus menimbulkan persoalan apakah puncanya?
Doktor gigi dedah lidah punca utama mulut berbau
Baru-baru ini, seorang doktor gigi dikenali sebagai Doktor Abdullah menjelaskan bahawa lidah merupakan punca utama mulut berbau terutamanya ketika berpuasa.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@ampangdentallegacy), Dr Abdullah berkata, punca lidah berbau pula adalah kerana terlalu kering.
“Lidah berbau pula disebabkan bila kita berus gigi, kita jarang berus lidah, kenapa kita tak nak berus lidah sedangkan ia adalah sebahagian dari bahagian dalam mulut kita,” katanya.
Gosok gigi tapi tak berus gusi and lidah
Menurutnya, mulut tidak akan bersih sepenuhnya jika hanya gigi sahaja yang diberus untuk dibersihkan, manakala gusi dan lidah pula dibiarkan sahaja.
“(sisa) makanan (dalam mulut) nak pergi mana kalau kita tidak bersihkan (gusi dan lidah)? Itulah salah satu punca mulut berbau di bulan puasa.
“Mulut berbau adalah sesuatu perkara yang biasa di bulan Ramadan, cumanya dalam mulut kita kena pastikan sudah bersih.
@ampangdentallegacy Lidah punca utama mulut berbau
♬ original sound – Dr Abdullah – Dental Legacy – Dr Abdullah – Dental Legacy
2 situasi mulut berbau: sementara dan berpanjang
Dalam pada itu, memetik Harian Metro, terdapat dua jenis situasi mulut berbau iaitu sama ada sementara atau berpanjangan.
Pakar Pergigian Periodontik Universiti Malaya Dr Zamri Hussin berkata, bagi jenis sementara, mulut berbau disebabkan oleh pelbagai faktor seperti menikmati makanan berbau kuat atau nafas di awal pagi.
Jelasnya, masalah bau seperti ini selalunya akan hilang selepas memberus gigi dengan cara yang betul.
Ujar Dr Zambir, jenis kedua iaitu berpanjangan berkemungkinan pula disebabkan masalah kesihatan yang lain apabila bau mulut boleh menjadi simptom berlakunya penyakit yang dihadapi seseorang.
“Kebanyakan kes mulut berbau, hampir 80 hingga 90 peratus, berpunca dari rongga mulut. Bau busuk terhasil daripada pelbagai gas yang terbebas hasil tindakan kuman bakteria di dalam mulut.
“Ia boleh dikaitkan dengan selaput kuning atau putih di permukaan atas lidah. Semakin tebal selaput ini, semakin banyak kandungan bakteria dan sel mati dan semakin kuat bau busuk!” katanya.