fbpx
Now Reading
Ini 3 Idea Simple & Mudah Untuk Anda Yang Ingin Buat Open House Hari Raya Terpaling Instagrammable

Ini 3 Idea Simple & Mudah Untuk Anda Yang Ingin Buat Open House Hari Raya Terpaling Instagrammable

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Tak lama pun lagi, pejam celik pejam celik– umat Islam sudah pun berpuasa selama hampir setengah bulan. Kejap sungguh masa berlalu. Dan semestinya, persiapan untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini sudah mula dilakukan.

Awal tak kalut, orang kata.

Mesti ada di antara korang yang dah plan nak buat ‘Open House’ atau Rumah Terbuka sempena Aidilfitri, kan? Inilah masanya untuk berkumpul dengan ibu ayah, adik beradik, sanak saudara, rakan-rakan yang dah lama tak bersua muka dek kekangan kerja dan kehidupan masing-masing.

Memang renyah, tapi percayalah. Sangat memuaskan bila dapat hoskan rumah terbuka.

Ini Tips Untuk ‘Mendonia’ Di Hari Raya Dengan Open House Paling Win!

Di sini kami berikan beberapa tips menarik yang boleh korang ikuti kalau nak hos rumah terbuka Aidilfitri yang sedikit ‘extraordinary’. 🙌🏻

#1. Hias Rumah Dengan Tema Yang Menarik Perhatian

Macam mana tu? Tak perlu fikir mendalam sangat, make it simple! Hias je rumah korang dengan lampu fairy lights, letak alas meja mengikut tema (sebab nanti orang ramai akan tangkap gambar jenis flatflay) so alas makanan kena estetik! Dekat sofa pula boleh letak karpet atau bantal empuk dengan warna yang sesuai.


Bantal dengan design minimalist oleh MR.DIY. (Sumber: MR DIY via Oh Media)
Balang kuih estetik dari MR.DIY (Sumber: MR DIY Via Oh Media)

Jangan letak bantal design Spiderman, Power Rangers, dan sebagainya. PLEASE.

#2. ‘Bar’ Air Estetik

Bar air bukanlah seperti yang korang fikir. Just pastikan korang serve air yang sesuai untuk semua orang dan menarik untuk diminum. Jangan terlalu masam, manis, atau tawar. Sedang-sedang saja. Oh! Air kosong pun WAJIB ada untuk tetamu yang tak suka air manis.

Sumber: Corrigan Sisters / Austria Juice

Tips dia, korang keluarkan cawan-cawan yang match! Nanti kalau nak serve air pun boleh cantik-cantik dan letak buah-buahan pelbagai warna di dalam. Jadi anda sebagai tuan rumah kena ingat! Janganlah pakai cup plastik dari zaman tok kadok yang warna pun dah hauk tu. Nak lagi menarik, kalau air buah, tambahkan buah potong ke dalam jug ok? Kena bersemangat sikit untuk pastikan open house korang paling WIN! 🤌 

(Sumber: MR DIY via Oh Media)

#3. Serve Makanan Dengan Penuh Gaya!

Ya, tahu penat memasak dan sebagainya. Tapi ini bukan alasan untuk korang ala kadar letak je makanan atas tray tanpa susun mengikut jenis makanan. Kalau nak lebih estetik, cari tray warna putih atau hitam sahaja untuk lauk pauk dan nasi, manakala kuih muih dan desserts pula boleh diletakkan di dalam pinggan bertingkat. Baru slay!

Tetamu nak pilih makanan pun senang, tersusun rapi je semuanya. 😍

Raya Penuh Makna

Aidilfitri hanya setahun sekali. Banyak perkara yang boleh kita improve. Dan yang paling penting adalah memastikan perayaan Aidilfitri pada setiap tahun diraikan dengan penuh makna, di samping insan tercinta.

Oh! Korang tahu kan, untuk raya tahun ini MR.DIY telah memilih Syafiq Kyle sebagai ambassador mereka bertemakan Raya Penuh Makna?

Ha, memang meriah habis Raya korang tahun ini sebab ada beberapa aktiviti menarik yang korang boleh join bersempena kempen Raya MR.DIY bersama Syafiq Kyle ini tau.

Paling best, banyak hadiah menarik yang boleh dibawa pulang! 🥳

#1. Nak Hadir Open House Bersama Syafiq Kyle? Join TikTok Challenge: Raya Penuh Drama Dulu!

Tunjukkan kreativiti korang dengan stitch salah satu daripada tiga (3) video rasmi MR.DIY featuring Syafiq Kyle di TikTok dan lengkapkan jalan cerita dengan gaya paling drama.

50 penyertaan paling kreatif akan berpeluang menang hadiah menarik dan join Open House eksklusif bersama Syafiq Kyle! 🎊

Cara Nak Join Mudah Je!
1) Stitch atau muat turun template video Syafiq Kyle di mrdiy.co/RayaPenuhDrama
2) Sambung video dengan storyline paling kreatif
3) Muat naik di TikTok dengan #RayaPenuhDrama & tag @MR.DIY
4) Hantar penyertaan anda menerusi Google Form di mrdiy.co/RayaPenuhDrama

Hadiah Menarik Menanti! 🎁
– Hadiah Utama (x50): Jemputan Open House (2 pax) + RM200 Duit Raya + MR.DIY PANDAi Merchandise
– Hadiah Sagu Hati (x50): RM100 Baucar Tunai MR.DIY  + MR.DIY PANDAi Merchandise
– Hadiah Penyertaan Terawal (x100): RM20 Baucar Tunai MR.DIY

Dah ready nak tunjuk bakat? Jangan tunggu lama-lama, join #RayaPenuhDrama sekarang!

#2. Raya Penuh Makna – Teka & Menang 

MR.DIY juga bakal membawa kemeriahan Ramadan dan Syawal ke Fahrenheit 88, Bukit Bintang menerusi acara Raya Penuh Makna – Teka & Menang. Dengan aktiviti interaktif dan hadiah eksklusif, pengunjung berpeluang menyertai cabaran menarik sambil menikmati suasana perayaan lebih bermakna.

– Teka & Menang Hadiah Eksklusif

Salah satu tarikan utama acara ini adalah ‘Teka & Menang’’ – di mana sebuah beg gergasi MR.DIY akan dipamerkan dengan skrin TV yang memaparkan beberapa produk di dalamnya. Pengunjung perlu meneka jumlah harga keseluruhan produk yang dipaparkan untuk berpeluang memenangi hadiah menarik.

Cara Penyertaan mudah je!

  1. Lihat & teka jumlah harga di skrin
  2. Anda mempunyai lima (5) peluang dalam masa 30 saat 
  3. Jawapan anda tepat? Anda layak untuk sesi Putar & Menang bagi memenangi hadiah hebat!

Hadiah Utama & Ganjaran Buat Para Pengunjung

Hadiah utama acara ini memberikan peluang kepada pemenang untuk memilih satu barangan mewah daripada Grand Prize Box. Lebih menarik, hanya satu hadiah utama akan diberikan bagi setiap satu jam, memberikan peluang yang sama kepada semua pengunjung yang menyertai.

Antara hadiah utama yang ditawarkan:

  • Beg & dompet berjenama LV
  • TV PRISM+ 40-inci
  • Sony PS5
  • Apple iPhone 16 & iPad Air
  • Jongkong emas 3g

Selain itu, peserta turut berpeluang untuk memenangi baucar tunai MR.DIY bernilai RM500 dan RM250, plushie edisi terhad serta jemputan eksklusif ke Open House bersama duta Raya MR.DIY, Syafiq Kyle! 

Nantikan juga acara kejutan ‘walkabout’ oleh pasukan MR. DIY pada jam 12PM. Surrrrrprise!

#3. Iklan Raya Penuh Makna oleh MR.DIY

Kalau dilihat seperti tahun-tahun sebelum ini, banyak jenama terkemuka seperti MR.DIY akan melantik duta untuk menjadi muka depan bersempena dengan kempen raya, kan? Ha, seperti yang kami sebutkan di atas untuk raya tahun Syafiq Kyle telah dipilih sebagai ambassaddor mereka bertemakan Raya Penuh Makna ini dan jalan cerita yang cuba disampaikan pastilah amat memberi makna.

Tonton video penuh di sini:

#4. Edaran Bubur Lambuk MR.DIY di MRT & TBS Sempena Ramadan

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyemarakkan semangat Ramadan dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat, MR.DIY juga telah mengedar bubur lambuk secara percuma di beberapa lokasi terpilih, termaksud Terminal Bersepadu Selatan, MRT Semantan & MRT Kota Damansara.

Selain itu, 10 maskot PANDAi juga turut menyertai aktiviti ini, berjalan di sekitar kawasan edaran sambil mengagihkan beg cenderahati kepada orang ramai.

Sumber: MR DIY
Sumber: MR DIY
Sumber: MR DIY
Sumber: MR DIY

Program ini bertujuan mengukuhkan nilai kebersamaan dalam meraikan bulan Ramadan, di samping memberi sedikit keceriaan kepada para pengunjung dan penumpang pengangkutan awam di lokasi terpilih.

#5. Promosi Raya Penuh Makna

Sambut Aidilfitri lebih meriah dengan pelbagai pilihan produk Raya di MR.DIY! Dari pelita, sampul raya, lampu, bekas kuih, balang kaca, bantal, beg kertas, dan banyak lagi—semuanya tersedia pada harga berpatutan untuk melengkapkan persiapan Raya!

(Sumber: MR DIY via Oh Media)
(Sumber: MR DIY via Oh Media)

(Sumber: MR DIY via Oh Media)

Nota: Promosi Raya ini hanya tersedia di cawangan MR.DIY terpilih. Semak lokasi MR.DIY DI LINK INI.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari laman web MR.DIY. Ataupun akaun Media Sosial Rasmi mereka di Facebook, X (Twitter), Instagram, dan TikTok untuk informasi terkini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.