
[Review] Berbaloi Ke Ramadan Kongsi Bundle Dari Burger King? Ini Ulasan Kami
Kongsi Bundle daripada Burger King ini sesuai sangat buat korang yang ingin berbuka puasa bersama-sama keluarga ataupun rakan-rakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, tidak semua orang yang rajin untuk memasak makanan berbuka puasa di rumah pada setiap hari.
Pasti akan ada hari di mana kita memilih untuk membeli sahaja juadah-juadah berbuka puasa yang ada di bazar Ramadan mahupun mana-mana restoran.
Mana tidaknya, sepanjang Ramadan ini pasti badan akan berasa letih, lesu dan mengantuk lebih-lebih lagi jika jadual kerja padat.
Burger King: Ramadan Kongsi Bundle Promo
Kadang-kadang mesti rasa dah bosan makan nasi atau muak dengan roti john serta murtabak bukan? Jadi apa kata korang cuba pula Ramadan Kongsi Bundle Promo daripada Burger King.
Kongsi Bundle ini sesuai sangat buat korang yang ingin berbuka puasa bersama-sama keluarga ataupun rakan-rakan.
Promosi sempena Ramadan ini menyediakan empat pilihan set, sama ada berbuka dengan seorang rakan atau keluarga besar.
Buka puasa berdua? Ini pilihan yang ada
2 Pax Kongsi A: RM29.20
Set A ini menyediakan Cheeseburger, Mushroom Swiss Beef Burger, dua kentang goreng saiz medium, dua sundae coklat dan dua minuman.
2 Pax Kongsi B: RM29.90
Set B ini menawarkan Long Chicken, Burger King (BK) Chick’N Crisp, kentang goreng bersaiz medium, onion rings, lima ketul nugget dan dua minuman.
Buka puasa dengan keluarga pun boleh, ini pilihan set yang ad
4 Pax Kongsi C: RM39.90
Set C ini menghidangkan dua Whopper Jr, dua Cheeseburger, cheesy fries, onion rings bersaiz besar dan empat minuman.
4 Pax Kongsi D: RM45.90
Untuk pencinta makanan laut dan ayam pula, set D menawarkan dua BK Fish’N Crisp, dua BK Chick’N Crisp, dua kentang goreng besar, enam ketul nugget dan empat minuman.
Kami ambil 4 Pax Kongsi D
Team BuzzKini pada semalam (13 Mac) berkesempatan untuk mencuba sendiri salah satu set daripada promosi Kongsi Bundle ini.
Kami mengambil 4 Pax Kongsi D untuk melihat sendiri sama ada set yang berharga RM45.90 (bersamaan RM11.48 bagi setiap orang) itu berbaloi atau tidak.

Secara jujurnya, kami boleh katakan bahawa set ini sememangnya boleh mengenyangkan empat perut yang kelaparan setelah seharian berpuasa.
Namun, pilihan burger yang diberikan iaitu BK Fish’N Crisp dan BK Chick’N Crisp seolah tidak berbaloi kerana terlalu ‘simple’, rasa yang agak kosong dan tiada apa-apa yang istimewa.
Dua kentang goreng bersaiz besar bersama enam ketul nugget yang diberikan juga tiada yang istimewa, bagi kami kedua-dua makanan ini rasa sama sahaja seperti yang ada jual di luar sana.
Bagi minuman pula, anda boleh pilih sama ada ingin minuman berkarbonat seperti Coca-Cola, Sprite dan Fanta atau minuman tanpa gas iaitu Heaven and Earth dan Minute Maid.
Secara keseluruhan, kami berpendapat bagi set untuk empat orang adalah lebih berbaloi jika korang mengambil 4 Pax Kongsi C berbanding Kongsi D.
Apa-apa pun tepuk dada dan tanya selera okay…