fbpx
Now Reading
Sunway Pyramid Jadi Destinasi Sehenti Untuk Persiapan Raya, Siap Tawar Ganjaran Hebat Untuk Pelanggan

Sunway Pyramid Jadi Destinasi Sehenti Untuk Persiapan Raya, Siap Tawar Ganjaran Hebat Untuk Pelanggan

Sempena hari raya yang bakal tiba, Sunway Pyramid telah menganjurkan kempen EIDisi Manis yang diinspirasikan daripada kuih-muih tradisional rakyat Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Cepat betul masa berlalu hingga tidak sedar hampir masuk minggu ketiga kita telah berpuasa. Ini bermakna hanya berbaki kurang dari dua minggu sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pastinya ada yang sudah mula membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang hanya berlaku setahun sekali.

Buat mereka yang bergelar ibu bapa, pasti pening memikirkan cara untuk menyediakan kelengkapan raya termasuk pakaian untuk anak-anak.

Yelah, kadangkala, benda yang dicari memerlukan seseorang untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Sunway Pyramid Jadi One Stop Centre Untuk Persiapan Raya

Namun, tidak perlu risau kerana Sunway Pyramid ada segalanya. Orang ramai kini boleh mencari kelengkapan lebaran hanya di satu tempat.

Sempena hari raya yang bakal tiba, Sunway Pyramid juga telah menganjurkan kempen EIDisi Manis yang diinspirasikan daripada kuih-muih tradisional rakyat Malaysia.

Dari busana raya terkini di butik Auri dan Rimba, hinggalah ke produk kecantikan di Sephora atau hidangan iftar di restoran enak seperti Supamala dan Dandy, segalanya ada di Sunway Pyramid.

Menariknya, mereka turut bekerjasama dengan pelbagai jenama tempatan antaranya seperti seperti Khatam, Kapten Batik dan Qhalesaa dengan menawarkan baju raya menarik istimewa untuk pelanggan yang mahu tampil bergaya.

Kesemua jenama lokal ini akan berada di aras LG2 Orange Concourse dan GF Oasis Lobby bermula 7 Mac hingga 6 April 2025.

Ganjaran Hebat Menanti Pengunjung

Sunway Pyramid turut menjadikan raya anda lebih bermakna dengan menawarkan hadiah dan ganjaran hebat bernilai lebih RM600,000. Antara ganjaran yang menanti pelanggan bertuah adalah:

  • Sampul Raya Manis: Pengguna hanya perlu berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit (RM250 untuk pemegang kad HSBC)
  • Tiffin Raya Manis: Belanja RM1,500 dan ke atas dalam tiga resit (RM1,400 untuk pemegang Kad HSBC)
  • Set Hadiah RAYA Produk Shu Uemura Bernilai Lebih RM1,000: Buat 15 orang pelanggan dengan perbelanjaan tertinggi

Malah, penebusan setiap hadiah melayakkan pelanggan untuk menyertai EIDisi Lucky Draw di semua Pusat Beli-Belah Sunway.

Anda berpeluang untuk memenangi salah sebuah kereta seperti Proton e.MAS 7 Prime, Mitsubishi Xpander Base dan Proton S70 Premium.

Siapa tahu, anda mungkin menjadi pelanggan yang bertuah?

Foto: Fatin/BuzzKini

Guna Aplikasi Sunway Malls Lagi Banyak Ganjaran Menanti

Jika mahu ganjaran dan hadiah extra, anda boleh manfaatkan Aplikasi Sunway Malls.

Pelanggan berpeluang memenangi hadiah eksklusif menerusi aplikasi tersebut termasuklah satu set pakaian sedondon serta barangan eksklusif daripada Khatam, Kapten Batik dan banyak lagi menerusi Manis Giveaway.

Manis Journey pula membolehkan pelanggan menikmati ganjaran sambil menjamu selera.

Hanya dengan berbelanja minimum RM30 di mana-mana tiga restoran sepanjang kempen, anda boleh menebus baucar makanan di Kaunter Ganjaran yang berada di LG2 Orange Concourse.

Syaratnya, anda perlu memuat naik resit tersebut di aplikasi Sunway Malls.

Menarikkan? Jadi tunggu apa lagi, jom datang ke Sunway Pyramid dan menangi hadiah hebat. Banyak lagi aktiviti menarik menanti anda.

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan raya serta tawaran eksklusif dan aktiviti menarik, pengguna boleh layari laman web atau di media sosial rasmi Sunway Pyramid.

Baca Artikel Berkaitan: Sunway Malls Lancar Kempen Raya EIDisi Manis, Siap Ada Dulang Gergasi & Replika Kuih Muih

Baca Artikel Berkaitan: Hiasan Ramadan & Raya Di Sunway Putra Mall Raih Pujian, Siap Ada Replika Kuih-Muih [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.